Aiko melemparkan pandangannya keluar...hujan...tak henti-henti turun. Mungkin, sebab mereka masih dalam bulan 6 meskipun cuti musim panas bakal menjelma.
" Ac-chann!!" bahunya ditepuk, dia memaling. Kaho dengan senyuman lebar itu berdiri di sisinya. " Jom pergi kafeteria!" ajaknya. Aiko membisu, tapi dia akur, dia menutup bukunya dan bangun dari duduknya...mereka keluar dari bilik dan jalan beriringan ke kafeteria.
" Awak nampak macam sedih je, Achan...kenapa? Sebab awak tak dapat markah tertinggi dalam ujian baru-baru ni?" Kaho terkekeh-kekeh. Aiko menjeling. " ...awak yang tak pernah dapat markah tinggi, lagi nak sindir orang?" sindiran Aiko menusuk tajam dalam sanubari Kaho. Masakan tidak? Sekurang-kurangnya, Aiko 'pernah' dapat markah tertinggi, berbanding dirinya. "Kejamlah awak ni, Achan..." rintih Kaho.
"...tapi memang lagu Haruka sedap, tak dapat dinafikan, dia layak dapat markah tinggi..." sambung Aiko. Kaho akuinya. Yup! Dia pun suka lagu yang Haruka mainkan dalam kelas tadi!
" Awak tak dapat markah tinggi, mungkin sebab awak sibuk dengan pertandingan tu...tapi...AWAK MEMANG HEBAT ACHAN!! DAPAT TEMPAT KEDUA DALAM PERTANDINGAN TU!! Oooo SAYA BANGGA DENGAN ADIK SAYAAAA" Kaho merangkul leher adik kembarnya itu. Aiko mengeluh berat.
"...tempat kedua saja..." jawab Aiko. "Tempat kedua dah dikira hebat apa?" jawab Kaho. Yalah, dia bukan bersaing dengan budak-budak mentah...dia bersaing dengan orang luar! Aiko membisu...tetapi, tempat kedua tetap tidak dikira hebat...bila...
" APA...Tokiya?!" Perhatian mereka beralih kepada suara tersebut. Ianya suara Otoya...dan dia bersama kawan-kawan mereka yang lain. Syo mengangguk.
" Ya, dia dah disingkirkan dari kelas S" Kedua mereka tergamam...semua yang mendengar berita itu; termasuk Haruka dan Tomochika terkejut...tapi, yang lebih terkejut...ialah Aiko.
"...lagunya tiada hatinya..." Aiko berkerut. Dia merundukkan wajahnya...tiba-tiba, dia tersengih.
" Heh--ini memang teruk..." Aiko menakup mukanya dengan tangan kirinya. Kaho memandang Aiko.
" Kenapa Achan?" Dia menyedari sesuatu apabila mendengar esakan. "A--Achan, awak menangis ke?!" terkejut Kaho. Kesemua mereka melihat Aiko yang sedang mengesat air matanya itu. Aiko memberi isyarat dia ok, kemudian dia minta izin untuk kembali ke bilik. Mereka kebingungan.
" Kenapa dengan dia?" tanya Syo. Kaho mengangkat bahu; entah, lalu mengejar Aiko.
*****
Aiko mengesat air matanya...melalui laluan antara blok itu. Dia memandang keluar dari laluan berbumbung itu...hujan turun selebat-lebatnya....lebih lebat dari tadi...sama macam hari tu...cuma...hari ni...tiada guntur...
Hari itu...segalanya berjalan seperti yang dirancang. Tokiya berjaya membawakan lagu yang dihasilkannya. Ianya sangat sempurna...tiada cacat celanya...kecuali...entah kenapa...keputusannya tidak seperti yang diduga apabila nama mereka hanya diumumkan di tempat kedua.
Apabila nama Ozawa Aiko diumumkan, wajah Aiko menjadi berseri-seri. Dia tak sangka dia akan mendapat tempat, lebih-lebih lagi bersaing dengan komposer luar dan lebih mahir darinya. Aiko naik pentas untuk mengambil hadiah...tapi...dia pergi sendirian tanpa Tokiya bersamanya. "Ah! Tak apalah..." Aiko berfikiran optimistik. Dia enggan timbulkan masalah lagi dengan Tokiya...lebih-lebih lagi, kakinya baru sembuh.
Namun, apabila para pemenang dipanggil untuk bergambar dan lanjutan kontrak untuk lagunya...Tokiya meninggalkan Aiko. Menyedari yang lelaki itu meninggalkannya, Aiko mengejar Tokiya.
" Ichinose-kun...kita ada sesi bergambar lagi ni?"
" Tak apa, awak pergilah..."jawabnya, dingin. Aiko mengerutkan dahinya. Takkan lelaki ni emosional kot?
YOU ARE READING
Uta No Prince-sama 1000%; The Magnificent Melodies (Ozawas Story)
FanfictionCerita ini 'FULL VERSION' daripada fan fiction; Inilah Irama Kami [http://www.wattpad.com/story/976671-inilah-irama-kami]. Watak utama ialah kembar Ozawa; Ozawa Aiko dan Ozawa Kaho. "Bagaimana Melodi mampu menggubah persepsi seseorang?"