Melodi 06

24 0 0
                                    

Hujan menimpa bumi Jepun, agak lebat hingga mampu melecunkan tubuh seseorang, tiada tanda akan berhenti. Seorang lelaki berteduh di sebuah pondok perhentian bas, menanti bas tiba untuk memungut dirinya yang tidak berdaya di tengah hujan tersebut. Sementara menanti bas datang menjemputnya, dia mengeluarkan sebuah buku dari beg sekolahnya yang lembap dek tempias hujan. Dia tak terkecuali juga terkena tempias menyebabkan uniform sekolahnya lembap. Dia mula membaca buku tersebut...agak leka.

Tiba-tiba, dia ternampak kelibat dari jauh menghampiri perhentian bas tersebut, atau lebih tepat...menghampirinya. Dia membetulkan cermin matanya, agak kabur disebabkan wap dari nafasnya dan iklim yang agak sejuk. Perlahan-lahan kelibat itu kian menghampirinya. Dia tergamam melihat kelibat itu, ianya seorang perempuan...tidak, dia lebih terkejut apabila gadis tersebut berjalan di dalam hujan tanpa pedulikan dirinya basah kuyup.

Gadis tersebut memandang dingin ke arahnya, berhenti tepat di hadapannya, dalam keadaan yang sudah lecun. Dia memerhati gadis itu dari atas ke bawah. Melalui uniformnya, ianya bukan dari sekolahnya; yang hanya jauh lebih kurang 500 meter dari perhentian bas tersebut.

" Uniform sekolah perempuan Y" bisiknya. Gadis itu masih memandangnya, setitik air jatuh ke lantai dari hujung rambut hadapannya.

" Awak...tentu Shinomiya Natsuki, bukan?" tiba-tiba gadis itu bersuara. Lelaki itu terhinggut apabila namanya disebut.

" Y-ya...saya" gugup lelaki bernama Shinomiya itu, sambil membetulkan kaca matanya.

"M-macam mana awak tahu nama saya...awak kenal saya ke?" gugupnya. Gadis itu masih memberikan pandangan dingin.

" Tak...saya tak kenal awak..." jawab gadis itu sepatah. Lelaki itu kebingungan. Jadi?

"...adik saya...dia kenal awak...sangat..." lelaki itu mengerutkan dahinya. "...dan mungkin awak kenal adik saya..." sambung gadis itu. Natsuki menatap wajah gadis itu...betul, betul. Dia seakan-akan kenal akan gadis di hadapannya...tetapi, siapa?

"...Ozawa Kaori" Natsuki tersentak.

"...itu nama adik saya..." jawab gadis itu, tenang. Natsuki teringat akan gadis itu.

"O-Ozawa Kaori...pelajar tahun pertama dalam Kelab Kyuudo?" tanya Natsuki. Gadis itu mengangguk.

" saya teringat...dah hampir seminggu dia tidak hadir ke latihan kelab, minggu depan ada pertandingan, tidak salah saya dia pun wakil...awak kakak dia, kan? Kenapa Ozawa tak datang?" tanya Natsuki bertalu-talu. Tak semena-mena, gadis itu melemparkan pandangan yang sayu. Natsuki mula rasa tak sedap hati melihat reaksi gadis itu.

"...adik saya...seminggu lalu...dia telah mengalami kemalangan..." Natsuki tergamam. Kemalangan? Se-sejak bila? Kenapa dia tak tahu?

"...dia koma selama seminggu sebelum disahkan meninggal dunia semalam..." cerita gadis itu. Natsuki boleh nampak air mata mula bergenang di kelopak mata gadis itu. Dia mula rasa bersalah.

"...saya...simpati mendengarnya..." ujarnya Natsuki sambil merundukkan kepalanya.

"...Kaori...dia tiada kawan di sekolah...dia umpama lutsinar di mata orang lain...tetapi...awak...awak membuatkan dia wujud di dalam sekolah..." Natsuki mendongak kepalanya. "...warna...warna awak sangat menyerlah...tapi, Kaori...hanya pudar. Tapi, bila awak menegurnya, menarik masuk dirinya...serba sedikit warna awak terpalit pada warna pudar Kaori...dia mula dipandang..." ujar gadis itu.

"...awak telah 'menyelamatkan' Kaori" air matanya menitis ke pipi.

"...jadi, semalam...semasa saya mengemaskan katil di wad..." Natsuki kembali menatap gadis itu. "...saya jumpa sepucuk surat..." Surat itu dikeluarkan dari koceknya. Gadis itu memberikan surat itu kepada Natsuki. Dia menyambutnya. Surat itu dibuka perlahan-lahan, ianya lembap, tetapi tulisannya boleh dibaca lagi.

Uta No Prince-sama 1000%; The Magnificent Melodies (Ozawas Story)Where stories live. Discover now