"Carried on this melody created by two,
it seems like the future is overlapping with today.
Firmly without changing, like this phrase,
I don't want let this go."Dia memaling apabila melodi yang agak rancak menyapa dirinya. Pandangannya menatap ke arah televisyen yang terpampang pada dinding kafeteria. Ianya lagu hasil Haruka dan Otoya... untuk seketika dia leka mendengar lagu yang rancak itu.
Entah mengapa, lagu tersebut menarik perhatiannya. Pertama kali didengarinya selepas giliran Masato menyanyi semasa kali pertama ujian rakaman. Nama Otoya ialah selepas nama Masato; berdasarkan susunan abjad rumi dan huruf pertama nama keluarga mereka. Setelah sekian lama dia dalam industri muzik... ini kali pertama dia tertawan dengan lagu yang dihasilkan amatur. Dia dapat rasakan kehangatan dalam lagu tersebut.
⎾...hey! These feelings...are overflowing.
I'll make tomorrow with you! ⏌Aiko kembali ke biliknya, banyak benda bermain dalam fikirannya. Dia melangkah ke arah meja belajarnya dan menghempukkan punggungnya. Dia membisu. Membiarkan dirinya ditelan dalam kegelapan yang kian menelan cahaya. Ianya hampir malam. Aiko menatap bingkai gambar pada mejanya. Tangannya di hulur, mencapai bingkai gambar tersebut. Ianya gambar dia, Kaho dan datuk mereka...sayu menyelubungi dirinya.
"...Datuk..."
" ...saya dan Kchan nekad untuk graduate bersama..."
" ...saya dah berjanji..."
"...lagu saya hanya untuknya..."
...tapi...
Semakin lama dia dalam akedemi Saotome, semakin pelbagai suara yang didengarinya. Hatinya mula keliru. Kini, dia bukan sahaja ingin mendengar suara Kaho...tetapi...semua orang...
Aiko mencapai sebuah fail yang diselit satu tempat yang paling sulit. Dia membuka isi fail tu. Tertera helaian kertas not yang penuh dengan catitan...dan pada garisan paling atas tertera nama-nama alat muzik seperti piano, violin, dan banyak lagi.
Dia senyum nipis, selama ini, dia hasilkan lagu-lagu tersebut dalam diam...tanpa pengetahuan Kaho.
" ...setiap suara mereka ada cerita, setiap lagu mereka ada hati..."
...tapi...
"Saya setuju untuk jadi penyanyi awak sebab saya percaya awak akan mencungkil keluar kebolehan saya melalui lagu awak..."
Kata-kata Tokiya tempoh hari benar-benar menusuk hatinya. Meskipun dia tak pernah menyatakannya, dan dia telah berbaik dengan Tokiya...namun, jujurnya, kata-kata itu masih menghantuinya.
" ...lagu saya tidak sesuai untuk orang lain..."
Jika benar, dia terpaksa menerima kenyataan untuk hasilkan lagu hanya untuk Kaho.
...HANYA UNTUK KAHO
Lagi sekali kenyataan itu membuatkan dia menggigil...
" Maaf...Kchan..."
" Andai saya pernah membelakangi awak..." keluhnya...perlahan.
*****
Bayu yang bertiup lembut itu menampar pipinya. Telinganya menangkap muzik yang dihasilkan secara asli oleh ombak laut. Sinaran sang suria pula membakar kulit anggota tubuhnya yang tidak ditutupi kain...bau yang dihela...sungguh masin...ianya bau air laut. Aiko menghela nafas lega. Akhirnya...mereka tiba...di lokasi Kem Musim Panas Akedemi Saotome!!
Berada di resort persendirian, di pulau persendirian Saotome ini membuatkan Aiko tertanya...berapa banyak sebenarnya hartanah milik pengetua mereka itu? Kemudian, perhatiannya beralih kepada para guru yang menjelaskan apa yang patut mereka lakukan dan tujuan mereka di pulau itu...ya! Cari pasangan untuk debut!
YOU ARE READING
Uta No Prince-sama 1000%; The Magnificent Melodies (Ozawas Story)
FanfictionCerita ini 'FULL VERSION' daripada fan fiction; Inilah Irama Kami [http://www.wattpad.com/story/976671-inilah-irama-kami]. Watak utama ialah kembar Ozawa; Ozawa Aiko dan Ozawa Kaho. "Bagaimana Melodi mampu menggubah persepsi seseorang?"