Melodi 03

42 1 0
                                    

Tidak lama selepas Ujian Rakaman, Ujian Tarian diberikan. Tidak sempat untuk pelajar-pelajar itu bernafas lega, satu lagi tugasan diberikan. Mungkin pelajar Idola akan kehilangan nafas, manakala pelajar komposer tidak memandangkan mereka hanya perlu menulis lagu untuk pelajar idola.

Kaho dan Aiko tidak terkecuali...memandangkan ujian kali ini mereka perlu bekerja dalam pasukan; 3 pelajar Idola dan seorang pelajar komposer, dan mereka diberi peluang untuk memilih ahli sendiri, Aiko dan Kaho membuat satu kumpulan dengan dua lagi ahlinya diheret dari mana-mana pelajar Idola kelas A untuk mencukupkan jumlah ahli kumpulan mereka.

Bagi Kaho, ujian ini mudah, sebab mereka hanya perlu menari tanpa menyanyi. Berbanding semasa dia mengadakan konsert tempoh hari (Konsert Kay~beat~), dia perlu menari sambil menyanyi! Tambahan pula, menari memang hobinya. Tetapi, berbeza dengan dua orang lagi ahli mereka yang sudah kepenatan selepas menari 5 minit! Mahu tak mahu, dia terpaksa mengikut rentak mereka juga.

“ Achan! Kita rehat dahulu!” ujar Kaho, sambil mendekati Aiko yang sedang leka membuat kerja lain. Aiko hanya akur dan mematikan radio. Kaho mengambil tempat di sisinya.

“ Apa awak buat? Tulis lagu lagi?” tanya Kaho. Aiko hanya mengangguk. Dia boleh duga, itu hobi adik kembarnya.

Tidak jauh dari tempat mereka berlatih, kedengaran suara yang mereka kenali; agak riuh-rendah. Mereka mengalihkan pandangan mereka ke hujung padang bertentangan dengan mereka.

“ Eh? Itu bukan...Haruka, Masa-kun, Otoyan dan Nacchan?” Kaho menanya soalan yang boleh dikira cepu emas itu.

“ ...dan...pelajar Kelas S...” sambung Aiko, mendatar. Ah~ Jinguji Ren dan juga Kurusu Syo...bisik Kaho.  Tidak lama kemudian, muncul pula Cikgu Hyuuga Ryuuga (Guru Kelas S juga seorang pelakon terkenal) dari tepi padang.

“ Wah! Macam isu besar saja tu...” Kaho membuat kesimpulan. Meskipun dia tak dengar pun apa yang mereka bincangkan, tetapi, melalui reaksi mereka...terutama Cikgu Hyuuga yang seakan-akan marah pada pelajar kasanova itu. Dia mengagak yang dia ada buat masalah dengan Cikgu Hyuuga.

Aiko hanya membisu, dia menghela nafas dan meneruskan kerjanya.

*****

“ Achaaann~ awak ada dengar??” Aiko mengangkat mukanya. Dia seakan-akan terdengar seseorang menyebut namanya. Dibukanya earphone sebelah kanan, lalu memandang ke bawah.

“...kenapa, Kchan?” ujarnya mendatar, sambil memandang kakak kembarnya yang berdiri di bawah pokok tempat dia menikmati pemandangan sambil menulis lagu; dia gemar duduk di atas pokok untuk mendapatkan inspirasi menulis lagu.

“ Kononnya, Jinguji Ren akan dibuang sekolah...” sambung Kaho. Berkerut dahi Aiko, mana lagi kakak kembarnya dengar gosip macam tu?

“Mana awak tahu?” tanya Aiko. Kaho tersengih bangga... “Biasalah, spy!” jawabnya angkuh. Ceh! Spy ke, telinga lintah? Sindir Aiko. Tetapi, jujurnya, dia tidak terkejut sekiranya kakak kembarnya tahu, dia sedia maklum kakaknya berbeza dengan dirinya yang lebih suka menyendiri, kakaknya seorang yang bersosial.

Tapi...kalau betul lelaki tu dibuang sekolah pun, apa masalahnya? Tak jadi isu pun?Ah!! Mungkin semua gadis-gadis (ataupun bitch) akan rasa sunyi dengan ketiadaan penghibur kasanova macam dia. Dia menggaru-garu belakang telinganya.

Tak lama kemudian, berkumandang bunyi seksofon di ruang udara Akedemi Saotome. Kedua-dua kembar itu tergamam mendengar melodi tersebut...ianya...hangat dan...seksi...

“ Siapa yang main tu?” Kaho mengajukan soalan yang Aiko sendiri tidak tahu jawapannya; dia hanya mengangkat bahu tanda ‘entah’.

“...tapi, lagu tu...sedikit sedih...”, gumam Aiko. Kaho tergamam...sedih? Maksud?

Uta No Prince-sama 1000%; The Magnificent Melodies (Ozawas Story)Where stories live. Discover now