Melodi 04

30 0 0
                                    

Imbas kembali; Episod 2<<<<<

Pencapaian Aiko dan Masato benar-benar mengejutkan kelas A. Masakan tidak, kedua-duanya orang yang pasif dan hanya bercakap bila perlu. Tetapi, itu membuktikan bahawa mereka tidak boleh dipandang rendah.

" JOM KITA RAIKANNYA!!!" sorak Kaho, meninggalkan Aiko.

" Ahahaha, pencapaian Ai-chan, awak pula beria-ria, Kaho?" Tomochika mengekeh.

" Achan juga kembar saya! Jadi kalau dia berjaya, mestilah saya pun raikan!" bidas Kaho. Tomochika tak mampu membalas kata-kata Kaho, hanya bersetuju. Mereka (Kaho, Tomochika, Haruka & Otoya) jalan beriringan, meninggalkan Aiko di belakang tanpa disedari. Aiko masih leka melihat skrin televisyen yang memainkan lagu gandingannya dengan Masato itu.

" ACHANNN!!! Apa awak buat tu? Kami nak ke kafetria niiii~" laung Kaho dari jauh. Aiko kembali ke dunia nyata. Dia menyahut Kaho dan mula membuka langkah.

"...ini pasti satu kesilapan..." Eh?

Aiko memaling, dia separa terkejut melihat jejaka yang beza hampir 20 cm itu berdiri tidak jauh darinya. Semenjak bila lelaki itu di sana? Lelaki....yang mengakui dirinya kembar kepada selebriti terkenal, Hayato itu...Ichinose Tokiya merundukkan kepalanya.

"...ya...ini satu kesilapan...pasti...lagu yang dia hasilkan tidak sesuai dengan saya...ya..." Aiko tergamam mendengar kata-kata Tokiya. Apa? A--apa maksud lelaki itu?

Lelaki itu mengetap giginya, mengepal penumbuknya, lalu beransur pergi. Selepas pasti yang Tokiya tidak akan kembali, Aiko mengintai apa yang lelaki itu perhatikan sebentar tadi. Dia separa terkejut melihat nama lelaki itu berada di kedudukan terbawah dalam senarai pelajar yang lulus dari kelas S. Nak katakan sebab namanya? Tidak juga sebab nama Jinguji dan Kurusu lebih kemudian dari namanya.

" Sebab ni dia marah?" Aiko memandang belakang susuk tubuh Tokiya yang kian menghilang.

>>>>>>kembali ke masa kini

"Oooooo!!!!!" suara Otoya menarik perhatian Aiko yang sedang leka mencatit sesuatu itu, dia mendongakkan kepalanya.

" Hyuuga-sensei berlakon!!!"

" MANA?!" sahut Kaho, bingkas dari tempat duduknya, menolak kasar kerusi Aiko dan segera mendapatkan Otoya. Aiko mendengus apabila ditolak sedemikian rupa. Tolonglah! Kau tu perempuan, Kchan! Rengus hatinya. Tapi, sebenarnya dia pun turut tertarik dengan berita itu, dia bangkit dan mendapatkan Kaho.

" Ooo!! Movie dialah!! Wahhh~" mata Kaho bersinar-sinar merenung wajah Hyuuga Ryuuya yang ala-ala hero itu! Tak tahu pula selama ini dia pun peminat cikgu mereka itu. Majalah di tangan Otoya dah beralih di tangan Kaho...err...sebenarnya, Kaho rampas daripada Otoya...

Majalah itu kemudian beralih tangan kepada Aiko. Dia membaca sekejap muka surat mengenai filem terbaru Hyuuga-sensei sebelum mengubah ke muka surat lain. Sementara, mereka yang lain sudah berbual tentang Syo, dan dia tak pedulikan sangat tentang tu...

" Ah--" Anak matanya tertarik pada satu artikel dalam majalah itu. Ianya bertajuk 'Pertandingan menghasilkan lagu untuk siri teledrama...', anak matanya memerhati setiap huruf-huruf kanji tentang pertandingan itu. Dari atas hingga ke bawah. Dari tajuk hingga ke penghujung syarat-syarat pertandingan. Dia tertarik untuk sertainya juga.

" Kchan, jom--" dia tergamam apabila menyedari kesemua mereka telah lesap. Dia terkebil-kebil. Ke mana mereka semua menghilang?

" Achannn~ awak tak nak pergi makan ke??? Dah rehat~!!" Aiko tersentak apabila namanya dipanggil oleh Kaho dari pintu. Dia memandang ke arah pintu dengan separuh geram, tetapi, menyahut panggilan Kaho. Dia menutup majalah tersebut dan dimasukkan ke dalam laci meja Otoya sebelum dia mendapatkan Kaho.

Uta No Prince-sama 1000%; The Magnificent Melodies (Ozawas Story)Where stories live. Discover now