Burung berkicau nyaring di luar tingkap, lelaki di usia hampir penghujung 60-an itu melemparkan pandangannya keluar tingkap. Seketika kemudian dia memaling semula ke sisinya. Di sudut bilik itu, terdapat seorang lelaki yang hampir sama usia mereka. Cuma, lelaki itu muda lebih kurang 10 tahun daripadanya.
“ So, you bercadang to menghantar cucu-cucu you ke my acedemy?” tanyanya, ingin memastikan apa yang didengarinya tadi.
“ Hah, Ozawa Seiji?” Seiji hanya mengukir senyuman. Kelihatan jelas kedut pada wajahnya. Perlahan-lahan dia mengangguk.
“ Hanya itu yang mampu saya lakukan untuk membolehkan mereka kekal dalam industri ini...” ujar Seiji selamba. Lelaki di sudut bilik itu menghela nafas.
“ Saya no problem, but, saya akan scout them, berdasarkan their talent and ability and bukan berdasarkan hubungan kita”, jawabnya, tegas. Keiji mengangguk faham.
“ Jangan risau, saya percaya mereka akan menunjukkan prestasi memberangsangkan dalam tempoh dua hingga tiga tahun ini, lebih-lebih lagi, mereka ialah cucu saya. Awak boleh perhatikan mereka dalam tempoh itu, memandangkan kontrak mereka dengan Agensi Voicer akan tamat semasa mereka berusia 14 tahun...”
“...Shining Saotome...” Saotome tersenyum mendengar jaminan daripada Ozawa Seiji, iaitu seorang lagenda konduktor orkestra juga merupakan senior dan merangkap sahabatnya dalam industri muzik.
“ Saya akan consider your request ini sebagai your ‘wasiat’, kelak”, jawab Saotome selamba. Kedengaran suara dua orang gadis dari luar bilik tersebut. Saotome lantas meminta izin untuk pergi. Seraya itu, pintu bilik tersebut dibuka.
Kedua gadis berusia 12 tahun itu bertentang mata memandang Shining Saotome. Shining hanya melemparkan senyuman lalu meninggalkan mereka berdua dalam keadaan kebingungan. Mereka melangkah masuk ke dalam bilik datuk mereka.
“ Siapa tu, datuk?” tanya Kaho kepada Keiji. Aiko meletakkan buah tangan di sisi meja katil datuk mereka. Seiji hanya tersenyum.
“ Oh? Lelaki tadi tu?? Em, dia tu...bakal majikan kamu...”, jawabnya sambil tergelak. Aiko dan Kaho berpandangan, kehairanan.
*****
2½tahun kemudian...
“ Bagus! Kalian telah buat kerja dengan baik sekali!”
“ Kay, Akko!” Kaho dan Aiko berdiri bersebelahan, berhadapan dengan Pengarah Agensi Voicer di dalam biliknya. Kaho menjeling Aiko; sama juga Aiko.
“ Kay telah menjadi seiyuu kepada beberapa watak seperti Pink Neko dalam Magical Nekohime serta penyanyi yang mempunyai album, manakala, Akko telah menjadi komposer yang telah menghasilkan lagu untuk Kay serta beberapa artis lain dan juga menghasilkan skrip sebuah telemovie...” Pengarah cuba melihat apa prestasi yang telah dilakukan mereka berdua.
“ Jadi...adakah kalian telah bertukar fikiran untuk meneruskan kontrak dengan agensi kami?” tanya Pengarah, akhirnya meluahkan apa poin penting yang menjadi faktor kenapa kedua-dua selebriti di bawah jagaannya itu dipanggil. Dia berharap kedua-dua mereka kekal di bawah syarikatnya. Masakan tidak, kedua gadis itu baru berusia 14 tahun dan sudah mencapai prestasi seorang selebriti dewasa. Sayangnya, kedua mereka tidak mahu didedahkan identiti sebenar atas alasan peribadi.
“ Maaf, Tuan Pengarah, kami kekal dengan keputusan kami, untuk berhenti dari industri ini buat sementara...” Kaho menyatakan ketegasan mereka terhadap keputusan yang telah mereka ambil. Berkerut dahi pengarah tersebut.
“ T—tapi...kalian sedang berada di kemuncak, sekiranya berhenti sekarang—“
“ Tapi, ini adalah wasiat datuk kami!” Kini Aiko yang menbidas. Langsung Pengarah agensi tergamam apabila mendengar perkataan ‘wasiat’. Dia menghela nafas berat.
“ Sekiranya ianya wasiat Lagenda Seiji, maka saya tak boleh buat apa-apa...tapi, sekiranya kamu bertukar fikiran, kami di sini bersedia untuk menerima kedatangan kalian berdua...” ujar Pengarah, akhirnya mengalah. Aiko dan Kaho tersenyum, akhirnya, majikan mereka faham. Mereka pun faham situasi mereka sekarang, tetapi, mereka sendiri tak mampu buat apa-apa melainkan mematuhinya.
“ Jadi, hari ini hari terakhir kalian, bukan? Sila hati-hati di luar, ada ramai wartawan rasanya di luar menantikan kamu, terutamanya awak, Kay. Entah bagaimana mereka boleh dapat tahu yang awak ingin berhenti dari dunia industri tiba-tiba? Tambahan, salji lebat di luar...” layanan Pengarah agensi membuatkan mereka rindu dengan datuk mereka. Usia mereka juga tidak jauh beza.
“ Terima kasih, tuan pengarah, terima kasih atas tunjuk ajar tuan selama ini”, ujar mereka serentak, sambil memberi tunduk hormat. Kemudian, keluar dari bilik pengarah tersebut. Menuju ke luar bangunan agensi.
Tepat seperti yang dikatakannya, ramai wartawan di luar menanti mereka. Tetapi, mereka ada cara, tanpa ragu-ragu mereka keluar dari bangunan agensi.
“ Ah! Kay!” Seorang wartawan mendekati mereka. Kemudian, tergamam.
Kaho memandang mereka dengan muka selamba; tetapi berlagak bingung. Wartawan turut berasa bingung melihat kedua gadis itu.
“ Oh, maaf, salah orang!” wartawan itu meminta maaf, lalu meninggalkan mereka. Kedua-duanya menahan gelak. Mana tidaknya, hanya dengan memakai kaca mata, dan mengelapkan kulit sedikit kepada tan serta menutup tahi lalat di bawah matanya, sudah wartawan tidak kenal. Terima kasih kepada tukang make-up Agensi Voicer yang telah membantu mereka.
“ Hahaha, tak sangkakan?” gelak Kaho. Tak disangka idea itu berjalan dengan sangat lancarnya! Aiko tersenyum, kini mereka berada di sebuah kedai serbaguna tidak jauh dari apartmen mereka. Kaho perasan akan kemurungan Aiko, lalu menyiku gadis itu.
“ Kenapa, Achan?” tanya Kaho. Aiko tersentak.
“ Tak...saya cuma memikirkan bagaimana kehidupan kita selepas ini...” ujar Aiko, layu. Masakan tidak? Tidak lama lagi mereka menjejakkan langkah ke sekolah tinggi, dan dalam masa yang sama, mereka sudah berhenti dari industri muzik. Bagaimana mereka hendak membayar sewa apartmen?
“ Emm...betul juga...saya pun belum fikir lagi nak sambung belajar mana...” sungut Kaho, membayar barangan yang mereka beli di kaunter.
“ Lagipun, apartmen tu...saya tak fikir nenek nak—“
“ Syyhh! Jangan disebut nama orang tua tu! Dia tak sukakan kita, terima kenyataan, Achan!” tegur Kaho, menpercepatkan langkahnya meninggalkan Aiko di belakang. Aiko faham kenapa Kaho marah betul. Nenek mereka...benar-benar benci dengan mereka; cucunya ini. Alasannya? Ibu mereka. Oleh sebab dia tidak tahu identiti sebenar ibu mereka, dia membenci mereka serta ibu mereka. Biasanya Kaho seorang yang tenang, ceria dan tidak kesah tetapi, apabila isu ini dibangkitkan, dia pandai naik angin sendiri.
“ Ozawa Aiko dan Ozawa Kaho” serentak itu juga, langkah mereka mati. Lantas mereka memalingkan kepala.
“ SIAPA?!” sergah mereka.
Seorang lelaki berusia lingkungan 50-an, sambil memegang payung itu tersenyum. Tambah lagi dengan salji yang agak lebat, mereka tidak pasti siapa gerangan lelaki yang menyapa mereka itu.
“ Cucu kepada Lagenda Seiji, twin daughters kepada Diva Maaya and konduktor orkestra, Ozawa Keiji...gembira bertemu you guys...” sapanya. Dahi Kaho dan Aiko berkerut.
“ Saya dapat tahu you guys baru sahaja habis kontrak with Voicer Agency...ini bermakna you guys kini freelance, right?” mereka menelan air liur, tidak menafikan mahupun membenarkan kata-kata lelaki misteri itu.
“ Januari nanti, ada exam kemasukan ke Saotome Academy...saya nak you guys mengikuti exam tersebut...” kini, kelihatan jelas wajah lelaki itu, berikutan, salji kian reda.
“ In April later, saya mahu lihat you guys memakai uniform Saotome...” Shining Saotome melemparkan senyuman kepada kedua kembar tersebut.
YOU ARE READING
Uta No Prince-sama 1000%; The Magnificent Melodies (Ozawas Story)
FanfictionCerita ini 'FULL VERSION' daripada fan fiction; Inilah Irama Kami [http://www.wattpad.com/story/976671-inilah-irama-kami]. Watak utama ialah kembar Ozawa; Ozawa Aiko dan Ozawa Kaho. "Bagaimana Melodi mampu menggubah persepsi seseorang?"