Melodi 09

34 1 0
                                    

Kadang-kala, kita pernah bingung...

Kadang-kala, kita pernah rasa bersalah...

Tak apa untuk bingung,

Tak apa untuk rasa bersalah...

Tapi, jangan pernah hilang rasa PUTUS ASA

*****

"Lost in a labyrinth in the dark of night,
I don't know my true feelings"

Aiko mencelikkan matanya. Sayup-sayup kedengaran suara yang gemersik, beralunan dengan bunyi gersikan dedaun pohon-pohon tidak jauh dari blok kediaman.

" Suara siapa tu?" bisik Aiko. Bangun dari atas katil dan melangkah ke balkoni biliknya. Kaho masih lena dibuai mimpi di atas katil.

"If I could turn back time,
Surely it'd seem a little selfish"

Dia kenal suara ini...kemudian, anak matanya perlahan-lahan menangkap cahaya bulan, dan kelihatan kelibat seseorang berdiri di balkoni bilik tidak jauh dari biliknya.

"...bilik tu..."

"Under this vast sky, even though
I'm connected to everyone, why is it so?
Answer me, my song!"

Haruka?

Dia leka mendengar bait-bait lirik yang meluncur keluar dari bibir kecil Haruka. Lagu yang merdu...dan sangat menyayat hati...

Baru dia sedar, dia bukan keseorangan yang mengalami keadaan buntu. Tak tahu sama ada tindakannya benar, atau tidak. Selama ini, dia sangka hanya dia seorang mengalaminya...rupanya, dia salah. Dia hanya pentingkan diri.

"Cuma bezanya kita berdua...awak terlebih pilihan dan saya...tak ada pilihan..."

Melalui hari-hari bersama rakan-rakan mereka yang lain, Masato, Otoya, Syo, Ren, Tokiya, Natsuki, Tomochika, Haruka...membuatkan dirinya diwarnai pelbagai jenis warna...

Tapi...

Baginya, membiarkan dirinya dipalit warna-warni orang lain, membuatkan dia rasa dia telah mengkhianati kembarnya.

Dia janji hanya hasilkan lagu untuknya, hanya mendengar suaranya, tetapi...kini...

Not-not muzik yang dihasilkan pada kertas-kertas not yang dalam genggaman Shining itu...sebenarnya lagu yang telah dihasilkan untuk rakan-rakannya.

Setiap seorang...

...kecuali Kaho...

Sebab itu, dia ingin membuang jauh perasaan keinginannya mendengar mereka nyanyi not yang ditulisnya dengan membakar kertas-kertas tersebut.

Tak sangka sebaliknya pula berlaku...

Berlainan dengan Haruka, setelah dapat tahu 5 orang lelaki dari kursus idol mendaftarkan namanya sebagai komposer mereka. Dia tahu, Haruka ingin berpasangan dengan Tokiya...tapi, dia berbudi dengan 5 rakannya yang lain. Ini membuatkan dia rasa benar-benar bersalah untuk menolak tawaran kelima-lima rakannya.

Aiko mendongak...

" ...agaknya, kalau Kchan tak 'claim' aku awal-awal...berapa ramai yang nak berpasangan dengan aku?" monolog Aiko. Entah kenapa dia rasa lega ada kakak kembarnya yang lantang menyuarakan hal itu semasa percutian tempoh hari. Tiba-tiba, Aiko tersengih.

" Setiap perkara ada hikmahnya..."

Uta No Prince-sama 1000%; The Magnificent Melodies (Ozawas Story)Where stories live. Discover now