Melodi 12

20 1 0
                                    

"Selamat pagi, Masa-kun!!" Masato memaling kepalanya ke sisi. Kaho melemparkan senyuman manis kepadanya.

"Ah, selamat pagi, Ozawa..." balas Masato, dengan senyuman. Kaho terdiam, kemudian ketawa kecil.

"A-apa yang lucunya?"

"Maaf...saya terkejut, awak masih panggil saya dengan nama keluarga sedangkan semua dah mula panggil saya dengan nama komersial saya semula..." ujar Kaho. Mencapai beberapa makanan ringan pada rak di hadapannya. Masato tergamam.

Betul, identiti kembar Ozawa telah terdedah. Gadis yang berdiri di sisinya ialah Kaho...atau lebih dikenali sebagai 'Kay'.

"...saya ingat saya takkan dengar nama tu untuk seketika..."

"Eh?" Kaho memandang Masato dengan senyuman tawar.

"...nampaknya betul-betul 'hanya seketika'..." sambung Kaho, seakan-akan mengeluh. Masato merenung wajah Kaho.

"...awak...tak suka nama tu ke?" Kaho menggelengkan kepalanya.

"Bukan sebab tu..." Masato menelengkan kepalanya.

"Kalau boleh...saya enggan campur adukkan identiti 'kerjaya' saya dengan 'personal' saya..."

Betul juga...kalau di sekolah, dan tempat kerja...orang memanggil dengan nama yang sama...sememangnya agak kurang selesa.

"...jadi sebab tu awak tak pernah dedahkan identiti awak semasa jadi 'Kay'?" Kaho mengangguk. Masato memandang ke arah rak di hadapannya.

"Jujurnya...saya benci 'Kay'..."

"Eh?"

" Rambut palsu, mekap tebal, kanta lekap, pakaian yang terlalu menonjol... penampilan 'Kay'...saya tak pernah suka..." komen Masato. Kaho membeliakkan matanya.

"Tapi...apabila saya berhadapan dan bercakap sendiri dengan Ozawa Kaho sebagai dirinya sendiri dan bukan Kay..."

"...entah kenapa, saya rasa lega dan gembira..." Kaho tersenyum. Ya...itulah yang dia mahu. Di luar tempat kerja, dia mahu menjadi seasli yang boleh tanpa mekap dan rambut yang palsu.

"Saya pun gembira...ada orang memahami kenapa saya macam ni..." Kaho mencapai sebuah majalah gosip pada para dan menyelaknya. Dia tergamam, wajahnya berubah cuak.

"Oh tidak" Masato menyedari perubahan pada wajah dan reaksi Kaho, merapati gadis itu.

"Kenapa tu?" tanya Masato, kehairanan. Kaho menunjukkan majalah gosip tersebut kepada Masato.

'WAJAH SEBENAR KAY TERDEDAH; IDENTITI KAY YANG MISTERI KINI TIDAK LAGI'

"Identiti awak..."

"Bukan tu je..."

"Eh??" Kaho menunjuk ke salah satu kepala tajuk pada muka hadapan majalah itu.

'HAYATO MENGKHIANATI AGENSINYA? AGENSI SHINING MERAMPAS ARTIS?'

Masato tergamam. Apa maksud semua ni?

******

Tangan kecilnya membelek-belek bungkusan yang baru diterimanya. Wajahnya berseri-seri melihat bungkusan tersebut.

"Sila tanda tangan di sini, cik..." pinta kerani pejabat. Aiko akur, mencapai pen dan menandatangani buku tersebut.

"Terima kasih!!" ujar Aiko, sebelum melangkah keluar dari pejabat, menuju ke laman akedemi.

Biasanya surat atau bungkusan dihantar ke peti surat pelajar. Tetapi, memandangkan dia menggunakan agensi penghantaran ekpres. Mereka akan hantar bungkusan pelanggan ke kaunter untuk mendapatkan pengesahan. Jadi, dia perlu ke pejabat untuk menuntut sendiri.

Uta No Prince-sama 1000%; The Magnificent Melodies (Ozawas Story)Where stories live. Discover now