Semenjak pendedahan identiti kedua-dua kembar Ozawa itu, mereka secara tiba-tiba jadi terkenal di Akedemi Saotome. Sebelum ini, kehidupan Aiko yang bagaikan melukut di tepi gantang itu kini berubah, apabila dia diberi perhatian oleh pelajar-pelajar akedemi.
Aiko menghela nafas berat. Dia letih apabila diberi perhatian sedemikian rupa. Biasanya dia tidak dipedulikan walaupun ke mana sahaja dia pergi, tapi, kini...
Ah! Itu pasal aku malas nak dedahkan identiti aku, bisik hati kecilnya. Namun...layanan orang sekelilingnya masih dikira baik, memandangkan dia hanya seseorang yang bekerja di balik tabir... yang menjadi mangsa sebenar ialah Kaho. Kemana sahaja dia, ada yang menyapa...agaknya dia boleh lawan dengan Si Kasanova Ren kut?
Tetapi, semenjak itu juga terdapat gosip baru tentang mereka...gosip yang agak menyakitkan hati dia...
" Adakah mereka masuk sekolah berdasarkan hubungan mereka dengan selebriti?"
" Merekakan profesional, buat apa buang masa bersaing dengan amatur?"
" Tak hairan kalau mereka dapat debut!"
Itu antara gosip yang didengarinya...naik bernanah juga telinga dia.
"....sebab itulah aku benci manusia..." bisik Aiko. Sepanjang dia mula bergiat dalam industri muzik, berhadapan dengan krew, produsor dan banyak pihak. Dia dah nampak pelbagai wajah, pelbagai perangai manusia.
Cantik, hodoh, tapi...yang memberi kesan mendalam dalam diri Aiko ialah sifat hodoh manusia...
Sebab itu dia enggan mempunyai ikatan emosi terhadap orang lain...
...walaupun Kaho.
Langkah Aiko termati di tengah jalan.
"...tapi kenapa aku masih di dalam industri ini? Kenapa aku masih berhubung dengan manusia?"
Bukankah lebih baik kalau aku tinggalkan bidang ini dan menjadi individu yang lebih pasif tanpa perlu berhadapan dengan orang?
Siapa yang mahu aku di sini? Semua orang tak mahu pesaing profesional seperti aku...mahupun Kaho....
...atau Hayato...
Tapi kenapa aku masih di sini? Aiko mengetap bibirnya.
Kemudian, dia teringat apa yang Shining katakan padanya.
"Mungkin lebih baik aku lepaskan..." ya, semua itu hanya mengusutkan kepala...
Tiba-tiba, Aiko terdengar rentak piano dimainkan. Dia mengangkat kepalanya. Siapa...main lagu tu?
Alunan muzik yang rancak, kakinya tergerak untuk mendapatkan kepastian. Melodi yang hangat itu membawanya ke salah sebuah bilik muzik di akedemi itu.
Berat hatinya untuk membuka pintu, tapi, perasaan ingin tahunya membuatkan dia tekad untuk tahu. Aiko mencapai tombol pintu dan memulas.
"Now, LET'S SONG, Singing a dream, Singing into the sky,
Bursting forth as I'll make a story,
A map of future drawn by you, This REVOLUTION,
Let's do it!, love would CHANGE THE STAR,
CHECK IT OUT!!"Dia tergamam. Lagu ni... lirik ni... Suara ni...
Kelihatan Otoya, Syo, Natsuki, Masato dan Haruka di dalam bilik muzik tersebut, sedang menyanyikan lagu.
Betul, dia ada dengar khabar angin yang Haruka tekad untuk menubuhkan band boy berbanding debut sebagai pasangan. Dia hasilkan lagu untuk kesemua enam pelajar lelaki yang ingin berpasangan dengannya; Ittoki Otoya, Hijirikawa Masato, Shinomiya Natsuki, Kurusu Syo, Jinguji Ren dan Ichinose Tokiya.
Tapi...idea mereka ditolak oleh Shining.
Otoya kebetulan sedang memaling kepalanya, ternampak Aiko di pintu.
"Ahh!! Ai-chan!!" Aiko terhinggut apabila namanya dipanggil. Kesemua mereka di dalam bilik itu memandang pintu. Dia hanya mampu tersengih.
"Ahh...maaf kalau saya mengganggu... saya terdengar muzik kamu tu yang saya ke sini..." ujar Aiko, sambil tunduk.
"Taklah! Awak tak mengganggu pun...Oh ya!! Tepat pada masanya, apa kata awak saksikan kami menyanyi??" tawar Syo, menuju ke pintu dan menarik tangan Aiko.
"Ya! Ya!! Ai-chankan profesional, dia mesti boleh tolong kita!!" sokong Natsuki. Masato hanya senyum tanda setuju.
Aiko jadi cuak bila dia diberikan pandangan tinggi sedemikian. "M-mana ada...banyak lagi yang saya perlu pelajari..." nafi Aiko, merendah diri.
"Tehe~ Ai-chan ni comellah" komen Natsuki. Aiko tergumam bila dipuji sedemikian.
"Jadi, kita mulakan semula...boleh? Nanami??" tanya Otoya. Haruka angguk.
Aiko memandang Haruka. "Kenapa kamu beria-ria berlatih?" tanya Aiko. Haruka memandang Aiko.
"Kami nak buat persembahan untuk tuan pengetua..."
"Untuk??"
Kesemua mereka melihat antara satu dengan yang lain. Haruka turut tunduk kepalanya.
"Awak tahukan...tentang idea Nanami untuk debut bersama kami semua?" Aiko mengangguk kepala.
"...tapi, bukan Pengetua membantah?" lagipun esok hari terakhir mereka hantar nama.
"Jadi, sebab itulah..."
"Kami akan buktikan kenapa kami patut debut bersama!!"
"Ehhh???" Biar betul mereka?!
"Awak dengar lagu Nanami tadikan??"
"Y-ya..."
"Sebab tu awak ke sini, kan??" Aiko tergamam. Ya, betul kata Otoya. Dia tergerak ke bilik itu sebab lagu itu menarik minatnya.
"Kami mahu Tuan Pengetua rasakan benda yang sama!!" Aiko termangu.
A-adakah ini yang dipanggil sebagai pemberontakan?
******
"Now, LET'S DANCE!! The dreams are dancing (LET'S SHOUT!!), It's dances in the sky (LET'S GO!!),
Overdoing is good enough, Are you ready, okay?
One time (YES YES), Special Life
As not listed (WE ARE), In a textbook (STARISH)
Love will CHANGE THE STAR, CHECK IT OUT!!"6 Suara, 6 Warna, ...Aiko tergumam melihat persembahan dari keenam rakan-rakannya (bersama Haruka) di bumbung bangunan akedemi....di hadapan Shining.
Sebaik sahaja persembahan mereka tamat. Tomochika menerpa Haruka.
Kesemua jejaka melihat sesama mereka, memandang Haruka dan Tomochika... kemudian memandang dirinya dengan senyuman pada wajah setiap antara mereka. Senyuman puas hati. Entah mengapa, Aiko berkongsi kegembiraan yang mereka alami.
Namun, kepuasan itu disambut baik oleh Shining apabila beliau sendiri yang memberikan tajuk pada lagu tersebut sebelum hilang dari pandangan.
"....Maji Love 1000%? Hambar betul tajuk lagu dia..." komen Aiko. Haruka dan yang lain hanya ketawa. Melihat senyuman mereka membuatkan Aiko tersenyum sama.
Betul, perangai manusia hodoh...
...tetapi segelintir mereka punyai perangai yang indah...
...dan suara ini bakal menerangi hari-hariku yang mendatang...
...sebab tu...aku perlu kekal di sini.
YOU ARE READING
Uta No Prince-sama 1000%; The Magnificent Melodies (Ozawas Story)
FanfictionCerita ini 'FULL VERSION' daripada fan fiction; Inilah Irama Kami [http://www.wattpad.com/story/976671-inilah-irama-kami]. Watak utama ialah kembar Ozawa; Ozawa Aiko dan Ozawa Kaho. "Bagaimana Melodi mampu menggubah persepsi seseorang?"