Senyuman lebar terukir pada wajah Kaho. Langit nampaknya bersetuju dengannya. Dia mencapai sekeping kertas dalam tas tangannya dan menatap kertas tersebut.
[Konsert HAYATO]
Kepala iklan itu pada kertas tersebut. Ianya hampir 3 tahun lebih, dia tidak pernah pergi ke konsert sebagai 'penonton'. Biasanya, dia pergi sebagai 'krew' atau 'yang beri persembahan'. Jadi, kesempatan ini, dia nak pergi seberapa banyak konsert sebagai penonton kalau boleh dan ...sebagai permulaan. Konsert Hayato.
"Teruk betul, Achan..." rungut Kaho. Dia ada mengajak adik kembarnya untuk sertai, tetapi ditolak dengan alasan projek mereka yang masih belum selesai.
"Hmm...tapi kalau dia tak buat, siapa yang nak buat, kan??" akhirnya dia memujuk diri untuk maafkan Aiko. Kaho bergegas ke pagar utama akedemi, dia hanya berjalan kaki keluar dari kawasan akedemi; malas menunggu pengangkutan awam khas akedemi yang bawa keluar masuk pelajar.
Sebuah kereta Roll Royce hitam lalu di sebelah Kaho. Matanya sekilas ternampak kelibat penumpang di tempat duduk belakang kereta tersebut. Kaho tergamam, melihat kereta itu berlalu pergi meninggalkan perkarangan akedemi.
"Bu..."
"Bukan tu Natsuki?"
*****
Sebaik sahaja pengumuman bahawa kereta api bakal tiba dan peringatan untuk penumpang berada di belakang garisan kuning, sebuah kereta api ekpres berhenti tepat di hadapan Kaho. Sebaik pintu terbuka, Kaho melangkah masuk ke dalam gerabak tersebut. Beberapa saat kemudian, pintu gerabak itu tertutup dan mula bergerak meuju ke stesen perhentian seterusnya.
"Eh? Ozawa, kan?" satu suara menyapa Kaho. Gadis itu memaling, dia kenal individu yang menyapanya itu.
"Eh?? Kato??" balas Kaho, separa terkejut. Individu yang bernama Kato atau nama penuhnya, Kato Masaki ialah pasangannya semasa ujian rakaman pertama mereka. Walaupun namanya seakan-akan nama budak lelaki, tetapi dia seorang gadis.
"Awak nak ke mana? Seorang sahaja? Mana adik awak?" tanya Masaki.
"Keluar ke bandar kejap...Aiko tak ikut," ujar Kaho. Selain Haruka dan Tomochika, Masaki adalah antara rakan perempuan dalam kelas A yang dia boleh berbual seperti biasa. Masaki tidak sombong dan sangat merendah diri.
"Awak pula?" tanya Kaho. Masaki tersenyum nipis. "Saya nak ke hospital, melawat adik saya..." jawabnya.
" Eh??? Adik awak kat hospital? Dia sakit apa?!" terkejut Kaho. "Dia ada masalah jantung..." jawab Masaki. Kaho mengangguk faham.
"Tadi mak cik saya telefon, adik saya cakap dia nak jumpa saya...jadi sebab itu saya bergegas ke sana..." sambung Masaki.
" ...mak cik awak? Mak awak mana?" Masaki senyap, dan hanya mengukir senyuman tipis.
"...mak saya dah meninggal..." jawabnya, ringkas.
"Oh...ayah awak pula?"
"...saya tak tau..." Kaho tergamam.
"Stesen Shinjuku, Stesen Shinjuku" suara dari pembesar suara membuat pengumuman. Kaho berdiri.
"Oh!! Dah sampai!" sahut Kaho. Dia memaling memandang Masaki. "Saya minta diri dulu ya..."
"Baiklah" jawab Masaki dengan senyuman. Kaho melangkah keluar dan sekilas masih ternampak senyuman pada wajah Masaki semasa pintu kereta api itu tertutup.
Kaho kagum dengan gadis tersebut, walaupun dia kelihatan amat tenang dan peramah, tapi dalam diam dia menyimpan seribu perasaan. "...sukar nak jangka manusia, kan?" bisiknya, lalu dia memaling ke belakang--
YOU ARE READING
Uta No Prince-sama 1000%; The Magnificent Melodies (Ozawas Story)
FanfictionCerita ini 'FULL VERSION' daripada fan fiction; Inilah Irama Kami [http://www.wattpad.com/story/976671-inilah-irama-kami]. Watak utama ialah kembar Ozawa; Ozawa Aiko dan Ozawa Kaho. "Bagaimana Melodi mampu menggubah persepsi seseorang?"