Bab 1🌾

1.4K 44 3
                                    

Tengang.

Itulah gambaran suasana di dalam bilik yang sederhana besar ini. Renungan tajam dari lelaki berusia 30an itu menambah rasa lagi. Walaupun begitu mereka yang lain hanya beriak selamba.

"Apa yang kamu dah buat? Apa nak jadi dengan kamu semua ni! Bertumbuk sakan! Ingat sekolah ni tempat untuk kamu jadi gangster ke!" suara memetir dari guru disiplin mula kedengaran. Dada cikgu Adam naik turun dengan riak wajah tegas merenung dua pelajar yang menjadi harapan sekolah itu.

Dihadapannya berdiri 4 pelajar lelaki yang wajahnya masing masing berlebam teruk. Riak wajah tidak puas hati jelas terpempang didepan mata. Manakalah disebelah kanannya ada seorang pelajar perempuan yang berdiri santai dengan tangan bersilang didada. Riak wajah gadis itu juga kelihatan tenang dan bersahaja.

"Dan kamu Adara, saya ada banyak dengar rungutan dari cikgu cikgu lain pasal kamu. Biadap dengan guru, tidur dalam kelas dan tak buat kerja sekolah. Kamu tak sedar ke SPM tak lama lagi. Sepatutnya kamu belajar atau mengulang kaji pelajaran sekarang ni! Bukan nak jadi gangster sekolah!"

Gadis itu hanya beriak datar. Langsung tak mengendahkan bebelan cikgu disiplin itu. Senang kata masuk kiri keluar kanan. Walaupun dia agak bengang kerana cikgu disiplin itu hanya marahkan dia sedangkan 4 pelajar lelaki itu yang buat hal!

Mereka sentuh kepunyaan dia!

So.... They deserve it!

"It's not my fault and I don't fucking care about what you want to say. So, don't waste my time. I need to know about Ayana's condition" Biadap? Dia sudah tidak kisah. Ada yang lebih penting dari berada di dalam bilik ini dan mendengar bebelan dari cikgu dihadapannya ini.

Cikgu Adam dan seorang lagi cikgu wanita yang bernama Nurin itu menghela nafas perlahan. Mereka tahu punca kenapa gadis ini bertindak membelasah empat pelajar lelaki ini. Ayana Alisha adalah puncanya. Adara Alisya tidak akan membuat hal jika adik kembarnya tidak disentuh.

Gadis itu memang seorang gadis yang pendiam, suka buat hal sendiri, orangnya tertutup, heartless, emotionless, selalu nampak tenang dan suka bersendirian berbanding mahu mencari kawan untuk diajak berkawan mahupun bercerita. Namun begitu, Adara adalah pelajar yang sangat cemerlang dalam akademik dan kokurikulum.

Sangat aktif!

Tetapi, Adara akan berubah menjadi seorang yang ganas, kasar dan biadap apabila adiknya iaitu Ayana diganggu atau diusik sedikit. Bilik disiplin ini bukanlah asing untuk gadis itu jejaki. Banyak sudah surat amaran diberi, tapi tetap sama. Adara tetap Adara.

Bak kata Adara 'Jentik je adik aku, korang akan berurusan dengan aku. Mark my words!'

"Jangan risau, adik kamu hanya mengalami kecederaan ringan. Hanya luka kecil dibahagian bahu. Tapi kamu tak perlu risau Cikgu Siti sudah rawat luka adik kamu" jawab Cikgu Nurin lembut.

Adara Alisya tidak memberikan reaksi. Tetapi cikgu Nurin tahu yang gadis itu sudah menerima apa yang baru sahaja dia katakan.

"Damn Adara! Kau tunggu balasan aku. Jangan main main dengan kata kata aku!" ugut salah satu pelajar lelaki itu. Jelas wajahnya menunjukkan perasaan tidak puas hati. Matanya tajam menikam wajah Adara.

Adara hanya memandang kosong lelaki itu.

"I. Don't. Care. Kalau kau orang yang tak boleh bermain dengan kata, aku pula orang yang tak boleh dibawa main. You know nothing about me. So, aku nasihatkan kau berhati-hati bila bermain dengan aku. Aku bagi kau amaran terakhir...." Adara menikam tajam mata pelajar lelaki itu. Aura Adara mula memenuhi bilik disiplin itu. Kelam dan dingin.

"Jangan"

"Berani"

"Sentuh"

"Ayana lagi"

Happiness Where stories live. Discover now