"Penatnya" gumam Adara sambil melabuhkan punggungnya diatas kerusi dimeja yang tidak diduduki sesiapa pun. Hanya dia sahaja. Dia segaja memilih tempat ini supaya dia boleh berehat sekejap.
Adara mengeluh pendek. Tubuhnya terasa sangat lelah kerana melayan ramai tetamu tadi. Dia tidak sangka pula keluarga Daniel yang datang tadi sangat ramai. Belum termasuk lagi rakan rakan terdekat keluarga besar ini.
Adara mengurut gurut perlahan betisnya. Kasutnya dilepaskan lalu bawah buku lalinya pula diurut. Kakinya terasa sangat sakit dan leguh leguh, nasiblah kasut yang mak mertuanya pilih tidak bertumit tinggi. Jika tidak, pasti kakinya sudah lecet dan sakit sakit.
Setelah berasa kakinya sudah tidak terlalu sakit, Adara menyarungkan semua kasutnya. Giliran leher dan bahu yang direngangkan. Sungguh, hari ini adalah hari yang memenatkan bagi dirinya. Tubuh badannya terasa penat dan sakit sakit.
Hari juga sudah mulai gelap. Namun, majlis masih lagi berjalan. Cuma, para tetamu sudah banyak yang balik ke rumah. Hanya tinggal sepupu sepupu Daniel dan rakan rakan terdekat sahaja. Daniel pula tidak bersamanya kerana sibuk melayan rakan rakannya.
"Kau okey tak, Ara?" Putri yang baru sahaja datang terus menegurnya. Dia melabuhkan punggungnya dikerusi disebelah Adara.
"Okey. Cuma penat sikit" jawabnya.
Putri hanya mengangguk. Dia duduk menghadap Adara lalu menarik kedua tangan sahabatnya itu. "Ni, aku dah nak balik. Umi dengan abah suruh aku balik sebelum hari gelap. Kau tahukan, anak dara ni tak elok jalan malam-malam"
Adara mengangguk. Rasa serba salah mulai hadir apabila melihat wajah Putri. Mana tidaknya, dari pagi sampai dah nak masuk mahgrib ni Putri menemaninya. "Oh, betullah tu. By the way, thanks ya sudi datang. Sudi teman aku dekat sini. Aku tak tahu macam mana nak balas weh" ucapnya ikhlas.
"Tak payah nak berterima kasih dekat aku. Sahabat aku sendiri nak kahwin tau! Mestilah aku datang. Aku nak jadi pengapit kau, untung untung tu aku boleh cuci mata tengok lelaki lelaki kacak tadi. Haihh... Nasiblah iman aku kuat tadi" Putri melepaskan tawa dihujung ayat.
Adara mengelengkan kepalanya. "Gatal! Apa apa pun thank you for everything. Kaulah sahabat dunia akhirat aku" mereka saling berpelukan.
"Amboi amboi, tak habis lagi ke drama kamu berdua ni" tegur Datin Marina yang baru sahaja muncul entah dari mana.
Mereka berdua melepaskan pelukan. Adara tersenyum kekok manakala Putri tersengeh sengeh. "Takdelah Datin, si Ara ni haa.... Taknak bagi saya balik. Tulah saya pujuk pujuk ni" tipu Putri. Datin Marina menjongketkan keningnya sambil memandang menantunya.
Adara membulatkan matanya. Dia terus memandang Putri dengan giginya dikacip rapat. "Euww takda maknanya. Pergilah balik sana, nanti umi dengan abah kau cari pula"
Datin Marina mengelengkan kepalanya. Dia memandang kearah Putri. "Ohh, kamu dah nak balik dah ke?"
"Iya Datin, saya kena balik sebelum mahgrib. Maklumlah anak dara kan, tak elok balik lewat sangat" jawab Putri.
"Ohh betullah tu. Bahaya anak dara macam kamu ni drive malam malam. Ni, terima kasihlah sudi datang. Minta maaf lah ye, kalau tadi pihak kami ada susahkan kamu" kata Datin Marina.
"Ehhh, takde rasa susah pun datin. Saya okey jelah. Lagipun yang kahwin ni best friend forever saya, mestilah kena datang" balas Putri.
Datin Marina mengangguk sambil tersenyum manis. Putri membalas senyuman tersebut.
"Okeylah, aku gerak dululah Ara. Apa apa rojer" kata Putri kepada Adara. Adara hanya mengangguk.
Putri mendekati Datin Marina. Tangan wanita itu disalam lembut. "Saya pergi dululah ya Datin. Terima kasih untuk makanan yang sedap sedap tadi. Assalammualaikum"
YOU ARE READING
Happiness
RomanceAdara dan Ayana adalah sepasang kembar yang mempunyai iras wajah yang sama tetapi mempunyai kecantikan dan personality yang berbeza. Ayana yang baik hati, peramah dan lembut, manakalah Adara orangnya ganas, dinggin dan pendiam. Adara sihat Adara ku...