Makluman kepada semua ahli kadet bomba, sila berkumpul didewan terbuka sekarang. Sekali lagi.......
Mendengar penguguman dari Cikgu Nurin itu, Adara, Putri dan ahli kadet bomba terus sahaja berdiri.
"Kau masuk kadet bomba ke?" bisik Adara kepada Putri.
Putri tersengeh "Hehe, haah. Aku bodek pengetua. Aku katalah aku nak tengok tengokkan kau. Manalahtahu kau buat perangai ke apa. Aku boleh bantu apa yang patut. Terus pengetua setuju. Hebat tak aku?"
Adara menjulingkan matanya keatas. "Aku bukan budak kecil lah nak kena jaga bagai" bidasnya. Selama 4 tahun ni elok je dia ikut semua aktiviti kokum. Rekod dia clean. Sebabnya, Ayana tidak akan diizinkan untuk pergi mengikuti aktiviti lasak atau berkhemah.
Adara mula berjalan untuk keluar dari kelas setelah mendapat izin keluar kelas daripada guru yang sedang mengajar. Cikgu Nisa, cikgu ajar mata pelajar sains.
"Alamak kau ni, kan aku kata nak bodek pengetua je. Lagipun, kau pun tahu kan aku minat aktiviti yang lasak. Memandangkan tahun ni kau yang jadi pengerusi kadet bomba, aku yakin 100% yang kau akan adakan banyak aktiviti yang lasak dan best best. So, I'm here. Plus, aku boleh jadi PA tak diiktiraf untuk kau"
"Yakin je kau ehh"
"Ehh, mestilah aku yakin. Kau ingat dulu masa darjah 6, siapa yang jadi tunggak utama aktiviti perkhemahan untuk persedian UPSR. Kau kan. Semua aktiviti kau yang rancang semua. Sampai sekarang aku tak lupa semua kenangan tu weh. Seronok, mencabar dan yang paling penting bermanfaat. Fuhhh, rindu gila aku masa tu"
Adara hanya mendengar sahaja. Mereka sudah tiba di dewan terbuka. Kelihatan sudah ramai yang turun. Cikgu Kamarudin perangkap ketua persatuan ini pun dah ada. Mereka berdua berjalan hendak mengambil barisan paling belakang.
"Aku tak pernah setuju lagi nak jadi pengerusi. Cikgu tanya je kan hari tu. Aku tak pernah kata yes pun. Jangan nak beriya sangat. Kang kau juga yang kemurungan"
"Lantak lah, asalkan aku ada dengan kau. Kalau kelab lain ada aktiviti best, aku join jelah. Easy"
Adara hanya mengumam pendek sebagai jawapan. Suka hati Putri lah, hidup dia kan. Mereka berdua duduk di barisan paling belakang yang khas untuk form 5.
Baru sahaja Adara ingin menyelesakan diri untuk duduk, tiba tiba sahaja seseorang menepuk bahunya. Terus sahaja kepalanya menoleh kebelakang.
Cikgu Nurin.
"Ikut cikgu pergi depan" kata Cikgu Nurin.
"Nak buat apa?"
"Kamu kan pengerusi, duduklah depan. Susah lah cikgu nak panggil kamu kalau kamu duduk jauh sangat" terang Cikgu Nurin. Cikgu Nurin adalah salah satu guru penasihat persatuan kadet bomba.
Adara mengeleng laju. "Saya tak nak jadi pengerusilah cikgu. Cikgu cari lain lah. Jadual saya padat tahun ni. Saya ada banyak benda lain nak kena buat" katanya.
Cikgu Nurin mengumam perlahan. Kalau dah macam tu, mereka tak boleh nak paksa. Takut masa pembelajaran Adara terganggu pula. "Ohh takpelah kalau macam tu. Nanti cikgu tanya Cikgu kamarudin"
"Okey, terima kasih cikgu" kata Adara sopan. Cikgu Nurin hanya mengangguk sebelum melangkah ke hadapan.
Adara memandang kearah Putri. Dia tersenyum kecil melihat wajah monyok seketul Putri. Merajuk lah tu kononnya. Sempat dia menyiku lengan Putri sebelum perhatiannya fokus kepada Cikgu Kamarudin di depan.
YOU ARE READING
Happiness
RomanceAdara dan Ayana adalah sepasang kembar yang mempunyai iras wajah yang sama tetapi mempunyai kecantikan dan personality yang berbeza. Ayana yang baik hati, peramah dan lembut, manakalah Adara orangnya ganas, dinggin dan pendiam. Adara sihat Adara ku...