Klak!
Pintu bilik nombor 303 atau bilik yang menempatkan Ayana terbuka. Seorang lelaki berumur 20an yang mengenakan kot putih itu keluar dari bilik tersebut bersama seorang nurse perempuan.
Dato Zarul dan Datin Zara lekas bangun dari tempat duduk yang terletak disebelah kiri pintu. Mereka menghampiri doktor muda itu dengan wajah sayu dan risau.
"Macam mana dengan keadaan anak saya doktor?" soal Dato Zarul.
Doktor itu membalas dengan senyuman nipis. "Keadaan Ayana baik baik sahaja. Dia hanya terkejut dan kekurangan air sahaja. Jadi, Dato dengan Datin tak perlu risau kami dah bagi pesakit ubat tidur dan air secukupnya"
Dato Zarul dan Datin Zara menghela nafas lega. Bersyukur mendengar keadaan anaknya yang baik baik sahaja.
"Boleh kami masuk untuk lihat anak kami?"
"Boleh, tapi jangan ramai ramai sangat. Takut pesakit terganggu"
"Terima kasih doktor" ucap Datin Zara ihklas.
"Sama sama. Lagipun ini adalah tugas kami sebagai doktor. Kalau tiada apa apa lagi. Saya minta diri dulu" pamit doktor muda itu.
Dato Zarul dan Datin Zara hanya mengangguk. Mengizinkan doktor muda itu pergi.
Hanya tuhan sahaja yang tahu macam mana takutnya mereka berdua apabila melihat Ayana yang jatuh tidak sedarkan diri selepas mendengar 2 das tembakan beberapa jam tadi.
•
Flashback
Bang! Bang!
"Tchh" itu sahaja yang keluar dari mulutnya apabila merasai belakangnya ditembak. Tubuh Ayana yang terkaku itu dipeluk erat.
"ANA!! ARA!!" jeritan dari Dato Zarul dan Datin Zara mula kedengaran.
"A..a..kak?" tergagap gagap Ayana bertutur. Tangannya yang berada disisi terus sahaja diangkat lalu memeluk tubuh Adara dengan erat apabila tubuh Adara semakin memberat.
"Uhuk!" darah memercik dari mulut Adara. "Shuuu, it's okey" pujuknya apabila merasai tubuh kecil adiknya mengigil. Belakang adiknya digosok gosok perlahan.
Ayana merasakan tapak tangannya yang berada dibelakang tubuh kakaknya itu basah terus berasa tidak sedap hati. Perlahan lahan tangannya diangkat. Jelas diwajah Ayana, dia terkejut dengan matanya membulat besar. Tanganya terketar ketar melihat cecair merah pekat itu.
"Da..da.. Darah" mengigil teruk tubuh Ayana jadinya. Pandangannya menjadi kabur dan otat otot sendinya seperti tidak berdaya lagi untuk menampung berat badannya.
Serentak itu Ayana seperti ingin jatuh tetapi pantas ditangkap oleh Dato Zarul. Dato Zarul memangku kepala Ayana manakala Datin Zara menepuk nepuk pelahan pipi Ayana "Ana! Ana! Bangun sayang! Hey, wake up! Don't leave me sayang. Stay with us"
Adara yang masih dapat berdiri itu hanya mampu melihat sketsa di depat mata dengan hati yang sudah hancur berkecai kecai. Namun dikekalkan sahaja riak datar diwajahnya.
Kenapa? Tak layak ke dia?
Dia juga cedera dan jelas lebih teruk dari Ayana. Dia baru sahaja kena tembak. Ada peluru didalam tubuhnya sekarang ini. Tetapi kenapa sekali pun dia tidak pernah dilayani dan dirisaukan seperti Ayana sekarang ini.
Adara mengelap darah yang mengalir di bibir dan dagunya. Dia memusingkan tubuhnya membelakangi keluarganya. Matanya melihat kearah lelaki yang baru sahaja melepaskan tembakan kepadanya. Lelaki itu kelihatan mengerang kesakitan kerana tangannya mengeluarkan darah yang banyak.
YOU ARE READING
Happiness
RomanceAdara dan Ayana adalah sepasang kembar yang mempunyai iras wajah yang sama tetapi mempunyai kecantikan dan personality yang berbeza. Ayana yang baik hati, peramah dan lembut, manakalah Adara orangnya ganas, dinggin dan pendiam. Adara sihat Adara ku...