Adara dengan santai berjalan menuju kearah kantin. Dia tengah lapar sekarang ini, tetapi masa rehat dah tamat. Lantak lah, fikir dia kisah kerana tak masuk kelas? Yang dia kisah sekarang ni, makanan ada lagi ke kat kantin tu? Kalau ada keropok pun keropok lah. Asalkan boleh alas perutnya.
"Ara! Ara! Ara!" panggil seseorang dari belakang. Adara langsung menoleh.
"Yes. Cikgu Siti?" berkerut dahinya memandang Cikgu Siti yang berlari lari anak sambil memanggil namanya.
Dah kenapa?
Sampai sahaja dihadapan Adara, Cikgu Siti terus sahaja memengang bahu pelajar perempuan itu. "Jom, ikut cikgu kejap"
"Nak pergi mana? Tak boleh kejap lagi ke? Saya tengah lapar ni" balas Adara.
Cikgu Siti tersengeh. "Itulah Cikgu panggil kamu. Jamuan untuk malam ni tiba-tiba je cancel. Jadi kat dewan ada banyak kuih kuih dari bakery. Jom lah kita makan dekat sana, makanan dekat katin kemungkinan besar dah habis"
"Cancel? Why? " soal Adara sambil berjalan beriringan Cikgu Siti.
"Cikgu pun tak tahu. Cikgu tahupun dari Cikgu Rizqy. Katanya Tuan Muda Daniel yang batalkan. Ada emergency mungkin" kata Cikgu Siti sambil angkat bahu.
Adara hanya mengangguk. "Tuan Muda Daniel tu siapa pula? Anak pengetua ke?" soalnya.
Cikgu Siti memandang Adara tidak percaya. "Serius kamu tak kenal?"
"Kalau saya kenal takdelah saya tanya Cikgu" tergeleng-geleng kepala Adara jadinya. Cikgu Siti ketawa kecil melihat wajah sememeh Adara.
"Bukan anak, tapi cucu dia. Tadi dia ada datang. Tapi kejap je lepastu terus pergi. Cikgu pun tak tahu kenapa" balas Cikgu Siti. Jujur dia selesa berbual dengan Adara, gadis muda ini sangat matang.
Terangguk angguk kepala Adara mendengarnya. "Ohh, okey" katanya sambil menarik tangan Cikgu Siti agar mempercepatkan perjalanan.
"Hish kamu ni kan, cuba lah tanya Cikgu macam budak budak yang lain. Kamu tahu tak, semua pelajar tadi dok sibuk menempel dengan Cikgu sebab nak tahu pasal cucu pengetua tu tau! Hansem ke? nama apa? umur berapa?" celoteh Cikgu Siti.
Adara angkat kening sebelah. Dia tahu Cikgu Siti ni masih muda. Umur baru 24 tahun. Jadi dia memang senang bergaul dengan budak budak sekolah apalagi yang teenagers. Cikgu ni pun boleh tahan masuk airnya, that's whylah dia boleh selamba sahaja bercerita dengan Cikgu ni.
"Sorry, I'm not interested" tolak Adara sopan.
"Ahhh tapi cikgu nak juga bagitahu. Nama dia Hans Daniel Mikael. Umur dia baru 25 tahun. Dia hansem, tinggi, badan ketak ketak, berkarisma atau senang kata full pakejlah"
Adara buat muka redha. "Apa apa jelah Cikgu, asal cikgu bahagia. Ni sebut sebut nama anak teruna orang ni ada apa apa ke. Ke cikgu berminat dengan Tuan Muda.... apa nama dia tadi? Danial? Denial?" selorohnya.
"Tuan Muda Daniel lah! Kamu ni kan muda muda lagi dah jadi pelupa" Cikgu Siti membetulkan sebutan nama cucu pengetua itu.
"Ahh, tak kesah. Yang Ara nak tahu, Cikgu dah tangkap cintun ke dengan cucu pengetua tu? Ke dah jadi bakal suami. Atau sebenarnyaa dah jadi suami" Adara mula merapu sambil menunjukkan riaksi terkejut yang dibuat buat.
Cikgu Siti menepuk lengan Adara pelahan. "Hish, manadalah! Cikgu belum kahwin lagi lah. Cikgu muda lagi tau, tak nak kahwin dulu. Hmm, Cikgu tak delah berminat sangat dengan cucu pengetua tu, sebab muka dia tu ketat je 24 jam. Macam sendu je nanti kalau Cikgu nak masuk jarum lepastu dia tak layan. Dapat malu je nanti"
Adara hanya mengelengkan kepala.
Cerita punya cerita, akhirnya mereka sampai ke dewan. Kelihatan hampir separu Cikgu berada disitu. Kerani kerani sekolah pun ada. Apalagi membawang lah. Riuh rendah je dewan ni dibuat mereka.
YOU ARE READING
Happiness
RomanceAdara dan Ayana adalah sepasang kembar yang mempunyai iras wajah yang sama tetapi mempunyai kecantikan dan personality yang berbeza. Ayana yang baik hati, peramah dan lembut, manakalah Adara orangnya ganas, dinggin dan pendiam. Adara sihat Adara ku...