Bab 18🌾

930 41 0
                                    

Seminggu kemudian

1 March 20**

"Kompang dipalu.... Pengantin baru.... Yeah!" nyanyi Putri sambil memulas tombol pintu bilik yang menjadi tempat dimana pengantin perempuan berada.

Senyuman tidak lengkang dibibirnya apabila melihat figura Aryana dari pantulan cermin. Sahabatnya itu sangat cantik dengan busana pengantin berwarna putih.

"Ya Allah, Ara! Aku baru tahu kau ni cantik sebenarnya" kata Putri dengan teruja.

Adara yang mendengar itu memberikan jelingan tajam kepada Putri. Puji atau perli dia sebenarnyaa ni? Budak tu memang suka cari gaduh dengan dia.

"Kau nak apa?" soal Adara dengan nada datar. Dengan kata lain, dia merajuk.

Dan itu membuatkan Putri tergelak terbahak bahak. "Kau merajuk ke weh? HAHAHA okey okey I'am sorry okey. Aku main main jelah! Serius sangat lah kau ni. Kawan aku ni memang cantik. Tapi tak secantik akulah"

Adara buat muka menyampah.
"Kalau kau datang sini sebab nak buat perangai tak semenggah kau tu baik aku bla sekarang. Aku tak ada masa nak layan kau" katanya malas. Dia merapikan make upnya.

Dia sendiri yang memilih untuk menyiapkan dirinya sendiri di hari pernikahannya. Adara tidak suka orang lain menyentuhnya. Selagi dia boleh membuat sesuatu sendiri, dia akan buat. Lagipula, dia akan berasa rimas jika ada ramai orang berada di dalam biliknya. Rimas!

Overall, memang dia yang menyiapkan diri sendiri. Pakai baju, tudung dan make up semua dia sendiri yang gayakan. Tambahan pula dia juga tidak mengenakan sebarang inai di jari kerana dia tidak mahu pelajar pelajar disekolah mengesyaki apa apa.

Hanya pelamin dan baju nikah sahaja yang Datin Marina sediakan. Semua persiapan dia berikan kepada bakal mak mertuanya itu. Warna dan tema juga dia membiarkan sahaja mereka yang pilih. Untuk dia, dia hanya mahu majlis ini dibuat kecil kecilan dan diketahui oleh ahli keluarga sahaja. Jadinya, majlis pernikahan mereka dibuat di mansion milik keluarga Daniel.

Putri tersengeh. "Takdelah, saje je nak tengok kau dekat sini. Bakal mak mertua kau kata, dari pagi lagi kau seorang diri je dalam bilik. Jadi sebagai sahabat yang baik, aku datanglah sini. Manalah tahu kau nak minta tolong ke? Aku bolehlah tolong" jelasnya.

Adara meletakkan tisu diatas meja apabila dia merasakan solekan diwajahnya sudah rapi. Dia hanya mengenakan solekan yang nipis dan simple. Yang penting cantik dan ringgan dibawa.

Dia berdiri dari kerusi sebelum merapi rapikan bajunya. Dia memusingkan tubuhnya menghadap Putri yang tidak lengkang dengan senyuman dibibir.

"Okey tak?" soal Adara kepada Putri. Dia memandang Putri yang melihat dari atas hingga kebawah.

Adara mengenakan baju pengantin berwarna putih yang polos tetapi kelihatan sangat cantik. Dia menggunakan tudung bawal berwarna putih dan digayakqn seperti tudung shawl serta labuh menutup kebawah dada. Tidak lupa juga ada crown yang sangat cantik diletakkan diatas kepalanya. Make up yang natural dan simple membuatkan wajah Adara kelihatan berseri-seri.

Putri berjalan mengelilingi Adara sambil mengetuk getuk dagunya perlahan. Tiba dihadapan Adara semula, senyumannya semakin melebar. "Perfect!" puji Putri sambil menunjukkan kedua dua thambs nya.

Adara yang berasa mengumuruh melihat gelagat Putri tadi menghela nafas lega. Dia risau jika dia mengayakan tudungnya salah dan make up yang dia kenakan sekarang ini hodoh. Sungguh dia tidak mahu jika ada orang lain yang memakaikan dia semua ini. Dia tidak suka!

Putri merenung wajah cantik Adara. Adara pula membalas renungan tersebut dengan wajah innocent. Tak semena mena mata Putri berasa panas. Dia berasa sangat gembira namun bercampur dengan rasa sedih.

Happiness Where stories live. Discover now