Adara menolak perlahan pintu rumah keluarganya. Sempat dia mengerli kereta Alphard milik papanya yang berada di garage.
Keluarganya sudah balik.
"Assalammualaikum" Adara memberi salam. Tanpa menunggu balasan, Adara terus sahaja melangkah masuk.
Kakinya melangkah ke ruang tamu. Niatnya untuk merengangkan badannya terbatal apabila dapat merasai suasana di ruangan itu sangat tengang. Dahinya berkerut sebelum memandang kearah mama dan papanya yang duduk diatas sofa dengan wajah....tengang?
"What?" soal Adara selamba. Dia cuba beranikan diri melangkah untuk pergi dekat dengan keluarganya. Perasaan takut ditepis jauh. Tetapi perasaan tidak sedap hati sudah bersarang didalam hatinya.
Namun, langkah Adara terundur 3 langkah apabila melihat papanya yang meluruh kearahnya dengan wajah ketat dan garang.
Pang!
Pipi kiri Adara ditampar sehingga kepala Adara terleleng ke sebelah kanan. Bibir Adara mengeluarkan cecair merah. Darah. Adara mengelap darah dibibirnya lalu dilihatnya sekilas sebelum matanya memandang papanya semula.
Apa pula kali ni!
"What have you done?" keras nada Dato Zarul menyoal Adara.
"What do you mean? What have I done?" soal Adara semula. Dilihat papanya yang berdiri didepannya dengan mamanya yang duduk di atas sofa bersilih ganti.
Pak!
Beberapa gambar dilemparkan oleh Dato Zarul keatas meja. Semuanya gambarnya yang tidur bersama seorang lelaki dalam keadaan separa naked.
Adara memandang setiap gambar itu sebelum memandang mama dan papanya semula. Wow, cepatnya orang tu buat kerja. Tapi tak mengapa, itu dah buat dia semakin percaya yang malam tadi dia diperangkap.
"Explain to me, apa benda semua ni? Apa maksud gambar gambar ni semua! JAWAB ARA!" tengking Dato Zarul kuat.
Adara hanya diam. Fikirannya melayang entah ke mana. Wajah papanya ditenung lama kemudian dia mengangguk beberapa kali.
"Yes, that's me. Ara sendiri tak tahu nak terangkan macam mana and tak tahu nak terangkan apa. Semua benda ni berlaku terlalu pantas"
"APA ARA CAKAP? IS THAT YOU IN THE PICTURE? JADI MAKSUDNYA ARA TIDUR DENGAN LELAKI DALAM GAMBAR NI? IT'S TRUE?" Dato Zarul menikam tajam mata anak perempuannya. Bahu Adara digoncang kuat beberapa kali.
Adara hanya membiarkan sahaja perbuatan papanya. Untuk pertama kalinya dia berasa buntu. Dia tak tahu nak cakap apa. Tetapi mulutnya terasa sangat ringgan untuk membalas 'Ya' 'Yes'. Itu betul, perempuan dalam gambar tu adalah dia. Dia tidak rasa ingin menipu atau berdahli lagi.
Perasaan sebak mulai menjalar di hati Adara. Matanya dipejam rapat. Seluruh jiwanya terasa sesak. Bibinya kemam dengan kepalanya diangguk angguk lagi.
"Yes! That's me. It's true. Ara sendiri pun tak boleh nak nafikan kenyataan tu" balas Adara lemah dengan mata yang mulai berkaca kaca.
Dia sudah terlalu hancur.
Kenapa....?
Kenapa semua masalah ni datang secara serentak.
Dia perlukan masa.
Tolonglah!
Dia perlukan masa untuk terima semua benda yang menimpah dia setiap hari, setiap jam, setiap minit dan setiap saat. Dia juga manusia biasa.
Datin Zara terus sahaja bangun dari duduknya. Dia meluruh kearah Adara lalu menyingkap tudung shawl Adara bagi memeriksa leher Adara. Datin Zara terkelu melihat banyak tompokan merah dileher anak perempuannya itu.
YOU ARE READING
Happiness
عاطفيةAdara dan Ayana adalah sepasang kembar yang mempunyai iras wajah yang sama tetapi mempunyai kecantikan dan personality yang berbeza. Ayana yang baik hati, peramah dan lembut, manakalah Adara orangnya ganas, dinggin dan pendiam. Adara sihat Adara ku...