Bab 20🌾

1.1K 44 1
                                    

Perlahan-lahan mata Adara terbuka dek kerana terasa ada hembusan nafas seseorang menampar-nampar lembut wajahnya. Terkelip kelip matanya apabila deria penglihatannya disapa dengan wajah suami yang baru sahaja dinikahi itu.

Wajah yang dekat benar itu ditatap lama. Rambut menutup dahi. Kening elok terukir. Mata terkatup rapat. Hidung mancung. Bibir merah separa nipis. Ada sedikit kumis jantan di sekelilingnya. Benarlah kata orang, manusia yang lahir dari perkahwinan berlainan bangsa, memang kacak orangnya.

Sejenak dia tersedar, lantas itu dia terus menjarakkan wajahnya dari wajah suaminya. Kepala terus sahaja ditolek ke kanan. Telefon yang terletak diatas nightstands di sebelah katil dicapai. Telefon dibuka untuk melihat jam.

5.30 a.m

Setelah melihat jam, telefon kembali dimatikan lalu diletakkan semua diatas meja. Belum masuk waktu subuh lagi. Sempat lagilah dia mandi dulu. Wajah Daniel yang nyenyak tidur sambil memeluk pinggangnya dipandang.

Perlahan-lahan tangannya mengalihkan tangan Daniel yang memeluk pingangnya. Tetapi tindakannya terhenti apabila Daniel bertindak menarik pingangnya merapati dirinya. Adara pula tersentak.

Sekali lagi matanya terkebil kebil memandang wajah suaminya itu. "Are you awake?" soalnya perlahan. Rambut Daniel yang terjuntai didahi diselak lembut ketepi.

Daniel hanya mengumam perlahan. Matanya dibuka perlahan-lahan. Pelukan semakim dieratkan. "Pukul berapa?" soalnya pula dengan suara serak serak basahnya.

"5 setengah" jawab Adara.

"Awal lagi" kata Daniel. Dia kembali memejamkan matanya. Tangannya tidak lepas dari memelik pingang ramping isterinya.

Adara mendiamkan diri untuk seketika. Tipulah jika jantungnya tidak berdegup kecang ketika ini apabila melihat wajah Daniel yang terlalu dekat dengan wajahnya. Dia mengelengkan kepalanya. Tangannya cuba mengalihkan tangan suaminya itu lagi, tetapi tidak berjaya. Daniel semakin mengeratkan pelukan.

Pap

Adara menepuk perlahan lengan suaminya itu. "Lepaslah, aku nak pergi mandi ni. Kalau kau nak tidur, tidur sendiri" katanya perlahan.

Daniel tidak mengendahkan. Malah dia bertindak menyembamkan wajahnya di ceruk leher Adara. Adara terkaku sebelum dia mengeliat geli apabila hembusan nafas Daniel mengenai lehernya.

"Daniel.....gelilah" runggut Adara. Sungguh dia berasa tidak selesa. Dia cuba menjauhkan lehernya. Tapi tangan Daniel menahan lehernya. Daniel menyelesakan wajahnya diceruk leher isterinya.

"You're mine now. Really mine" bisik Daniel sayup sayup kedengaran ditelingga Adara. Adara terdiam. Tiba tiba sahaja dia rasa bulu romanya meremang. Apa maksud Daniel? Daniel memang betul betul nak kahwin dengan dia ke?

"Lepaslah Daniel....tak selesa lah" pintah Adara lagi. Dia tidak tahu lagi cara bagaimana mahu melepaskan diri dari pegangan suaminya itu. Daniel sangat degil!

Daniel menarik senyuman sinis.

"You know what?"

"What?" Adara menyoal. Dia mengeliat geli apabila bibir Daniel mengenai lehernya ketika berbicara.

"Kau kena biasakan diri dengan sentuhan aku. After all.....I'am your husband and you're my wife. So..." segaja Daniel meleretkan katanya dan berhenti seketika. Dia menjarakan bibirnya dari leher Adara kerana sedar isterinya itu tidak selesa.

"So?"

"There will be a lot of touching between you and me.... "

Adara terdiam. Air liurnya terasa tersekat dikerongkong. Jantungnya tidak usah ditanya lagi. Berdegup kencang. Perasaan malu, segan dan takut bercampur aduk. Dia memejam matanya rapat. Perasaan itu terus sahaja ditepis jauh.

Happiness Where stories live. Discover now