Seorang perempuan masuk ke dalam kawasan sekolah dengan menggunakan baju sekolah tanpa lambang sekolah mahupun tag nama. Dan itu menyebabkan dia terpaksa ditahan oleh pengawas yang menjaga pagar pada hari ini.
"Mana lambang dengan tag nama kau?" soal pengawas lelaki yang kelihatan sangat dinggin itu.
Pelajar perempuan itu hanya tersenyum. "Saya budak baru, baru je masuk hari ni. Jadi lambang sekolah dengan tag nama belum dapat lagi" jawabnya.
Pengawas lelaki itu mengangguk kepalanya beberapa kali. "Tahu dekat mana bilik pengetua?"
Laju sahaja pelajar perempuan itu mengelengkan kepala. "Tak, boleh tak awak tolong tunjukan dekat saya dekat mana bilik pengetua?"
"Boleh, sini ikut aku" kata pengawas lelaki itu. Pelajar perempuan itu hanya akur dan mengikuti sahaja langkah lelaki itu.
Sampai sahaja dihadapan bilik pengetua, pelajar perempuan itu terus sahaja berterima kasih dengan pengawas lelaki itu. Melihat pengawas itu sudah berlalu pergi, laju sahaja tanganya memulas tombol pintu itu.
"Assalammualaikum pengetua"
Pengetua yang duduk diatas kerusi kerjanya dengan tangan memengang satu fail putih terus sahaja memandang kearah pintu.
"Waalaikumsalam, ohh kamu pelajar baru, bukan? "Pelajar perempuan itu mengangguk "Iya, nama saya Putri Adrina"
Pengetua terus sahaja mengangguk. "Kejap ya, saya nak telefon guru kelas kamu" Putri hanya mengangguk.
Tak lama itu, kedengaran pintu bilik pengetua diketuk seseorang.
"Masuk" kata pengetua."Selamat pagi Pengetua" kata Cikgu Nurin.
"Selamat pagi Cikgu Nurin. Ni saya nak kenalkan pelajar baru sekolah kita, Putri Adrina. Dia akan masuk kelas kamu, 5 STEM" kata pengetua pula.
"Ohh baik lah Pengetua" katanya sebelum memandang pelajar baru bernama Putri Adrina itu.
"Jadi kamu lah anak murid baru Cikgu dari London tu kan? Saya Cikgu Nurin, saya guru kelas kamu. Macam yang pengetua katakan tadi, kamu akan duduk dalam kelas 5 STEM. Mari ikut cikgu" Putri hanya mengangguk tanda faham.
Setelah mendapatkan izin daripada pengetua, putri pun berlalu pergi mengikuti Cikgu Nurin untuk menuju ke kelasnya. Dalam perjalanan menuju ke kelasnya, di setiap lorong kedengaran bunyi gelak ketawa daripada guru dan anak muridnya.
Setelah sampai dihadapan pintu kelas 5 STEM, Cikgu Nurin membuat isyarat untuk tunggu sebentar dan isyarat itu dipenuhi oleh Putri.
Dia dalam kelas 5 STEM, selepas memberikan salam dan beberapa persoalan daripada murid mengenai kemasukan awal guru kelas mereka itu, suasana berubah senyap seketika seperti sedia kala.
"Baiklah murid-murid, hari ini kita ada seorang murid baru dari London yang akan masuk ke kelas kita" penyataan dari Cikgu Nurin itu menyebabkan suasana menjadi sedikit bising.
"Cop cop cop, kamu semua jangan nak bising sangat. Okey Putri, kamu boleh masuk" kata Cikgu Nurin serentak membuatkan suasana kembali senyap.
Putri yang mendengar arahan Cikgu Nurin pun terus sahaja masuk ke dalam kelas dengan senyuman manis. Dengan sekelip mata suasana kelas kembali bising dengan suara bisikan dan pertanyaan dari para pelajar.
'Cantiknya dia'
'Nama awak apa? Boleh kita berkenalan tak?'
'Single ke taken?'
'Awak duduk lah sebelah saya'
'Manisnya dia'
'Tcch! menyampah aku'
YOU ARE READING
Happiness
Roman d'amourAdara dan Ayana adalah sepasang kembar yang mempunyai iras wajah yang sama tetapi mempunyai kecantikan dan personality yang berbeza. Ayana yang baik hati, peramah dan lembut, manakalah Adara orangnya ganas, dinggin dan pendiam. Adara sihat Adara ku...