Bab 2🌾

972 42 0
                                    

Pap!

Pintu kereta ditutup. Sebelah tali beg sekolahnya dibawa ke bahu. Dengan riak bersahaja dia berjalan masuk kedalam rumah. Kelibat mama dan papanya tidak kelihatan. Tak perlu dicari, dia sudah boleh mengagak mereka dimana.

Pasti berada dibilik Ayana.

Kakinya mula memanjat anak tangga. Biliknya ada ditingkat 3. Sama seperti bilik Ayana. Rumah ni ada lift tapi hanya boleh digunakan oleh Ayana memandangkan adiknya itu sakit. Dia pula terpaksa akur untuk menaiki tangga sahaja. Lagipun dia tak ada pilihan. Mahu tak mahu dia harus mengiyakan sahaja.

Sampai sahaja ditingkat 3, dia belok ke kanan kerana bilik Ayana berada disebelah kiri. Baru sahaja dia mahu memulas tombol pintu biliknya, namanya diseru seseorang.

"Ara!"

Adara terus memusingkan badannya. "Hmmm" sahutnya. Dia hanya memandang sepi wajah garang papanya itu. Kedua dua lengannya disilangkan kedada sebelum nafasnya dihela perlahan.

Dato Zarul itu berjalan kearah anak perempuannya dengan riak wajah garang dan matanya menikam tajam mata anak perempuannya itu. "What have you done? Kenapa adik boleh pengsan dekat sekolah? Tell me"

Adara hanya memandang sepi wajah garang papanya itu. "Kena buli" jawabnya pendek.

Dato Zarul seperti ingin meletup. Lengan anaknya dicekap kuat. Adara meringis kecil. Dia tidak kisah kalau papanya itu mencengkap lengannya kuat tetapi papanya mencengkam lengannya yang terluka tadi.

Damn! Sumpah sakit. Kalau lukanya tadi tidak dalam, pastinya dia boleh tahan. Tapi malangnya lukanya kali ni agak dalam. Mana taknya, pelajar lelaki tadi menggunakan pisau semasa mereka bergaduh tadi.

Perit!

Dasar lelaki pengecut!

"Ara pergi mana! Kenapa tak jaga adik! Kan papa dah arahkan Ara untuk jaga adik! That's why lah papa letakkan adik satu sekolah dengan kamu supaya kamu boleh tengokkan adik dekat sekolah. Tapi hampa! Rupanya kamu tak tengok adik sampai dia cedera macam tu! Kamu tahukan adik tu sakit! Kalau apa apa jadi tadi macam mana? Ara nak tanggungjawab ke?" marah Datuk Zarul.

Ara merentap kasar tangan papanya yang mencengkam lengannya. Dia yakin lukanya tadi berdarah kembali. Sakit? Mungkin hatinya lebih sakit. "Ara nak masuk mandi. Kita bincang nanti lepas Ayana dah sedar. I'm tired now"

Tanpa pamitan dia menolak pintu biliknya lalu masuk. Wajah bengang Dato Zarul itu dipandang sepi. Tanpa rasa bersalah dia menutup pintu biliknya lalu dikunci.

Adara menghela nafas berat. "Penatnya" keluhnya perlahan. Badanya direngangkan. Beg sekolahnya dilepas ke atas meja belajatnya. Tudung sekolahnya dicabut lalu disumbat kedalam bakul baju kotor.

Seperti rutin biasannya, dia mengambil tuala lalu masuk kedalam bilik air. Selepas membersihkan badannya dan memakai baju, dia akan membaringkan tubuhnya diatas katil. Tenangkan fikirkan and then.....

Tidur.

Bertindak seperti tiada apa yang berlaku.

🌿🌿🌿


Selesai sahaja mengosok baju sekolahnya. Strika baju dimatikan, papan strikaa juga dikemas. Semua barang yang ada dibiliknya adalah miliknya. Dia tidak berkongsi dengan sesiapa. Dia malas nak meminjam minjam. Terutama sekali barang milik Ayana. Kang hilang, satu hal.

Selesai sahaja mengemas semua yang perlu dia kemas. Dia mengambil tudung sarung. Manalah tahu datang tamu ke apa, tinggal sarung sahaja ke atas kepala. Tak perlulah jadi ninja, hilang tiba tiba bila tetamu datang.

Dengan lagak bersahaja dia turun kebawah. Sampai sahaja kebawah dia terus melangkah ke dapur. Dia lapar sebenarnya, maklumlah masa dekat sekolah tadi dia tak sempat makan sebab kena masuk bilik disiplin. Balik tadi pula terus tidur. Mana tak laparnya.

"Umi?" panggil Adara sambil tercari cari seseorang.

"Ye sayang, umi kat laman belakang!" jerit umi.

Adara tersenyum. Dia berjalan kearah pintu yang bersambung dengan halaman belakang. Dilihat wanita berusia 50an sedang menyiram pokok bunga. "Umi, Ara lapar" renggeknya kepada pembantu rumah mereka itu.

Wanita tua yang digelar Umi oleh Adara itu menoleh sebelum menghadiahlan senyuman manis kepada anak gadis majikannya itu. "Ara lapar ya, meh sini. Umi siapkan makanan" Umi berjalan mendekati Adara sebelum tangan gadis itu ditarik sama.

Adara hanya akur. Dia duduk diatas kerusi yang berada di tepi meja tempat Uminya memasak. Dia malas nak ke meja makan, jauh. Dilihat sahaja Uminya mengambil nasi dan daging deng deng.

"Uuuuuu daging deng deng! Tahu tahu je yang Ara craving nak makan ni. Umi memang yang paling terboek" Ara siap memberikan thums kepada uminya.

"Mestilah Umi tahu, dah kamu tu macam dah tak lalu nak makan ikan bakar semalam. Hmmm memang takde yang lain dah, craving makan daging deng denglah tu. Tu je kegemaran kamu"

Adara tersengeh. "Hehehe, you know me well. Ini yang makin sayang ni" katanya sambil memeluk uminya itu.

"Apa wel wel! Ingat umi faham ke kamu cakap orang puteh tu" bebel Umi. Bebel manja manja je. Tanganya menghulurkan pinggan yang sudah berisi makanan.

Adara menyambut huluran itu. "Hehe, terima kasih umi~~"

"Umi tak makan sekali" soalnya pula.

Umi mengelengkan. "Dah tadi, kamu je yang belum"

Adara menganggu. Dia mula melahap makanan yang dimasak oleh pembantu rumah kesayangannya. Hanya dia sahaja yang memanggil pembantu rumah mereka ini Umi. Mama papa dengan Ayana memanggilnya Mak Tom.

"Penat sangat hari ni" katanya.

Mana tak nya awal pagi tadi dia bantu Cikgu Nurin menghias dewan. Katanya ada jamuan minggu hadapan. Dia akur sahaja. Lepastu masuk kelas math kena denda 10 round lari padang sebab tak siap kerja sekolah. Waktu rehat pula pergi belasah 4 gangster tu tadi. Last dia berdiri dekat bilik disiplin tu selama sejam.

Kau rasa?

Umi tersenyum nipis. Kepala Adara diusap lembut. Dia ada semasa Adara kena marah oleh majikannya tadi. Dia tahu sekarang ini Adara tengah bersedih tapi Ara selalu sembunyikan kesedihan dia.

Adara hanya tersenyum tawar. "Sedapnya umi masak" pujinya ikhlas.

Umi tersenyum. "Makanlah banyak banyak. Bagi kenyang perut tu. Umi ada masak banyak, esok boleh jadikan bekal bawa pergi sekolah. Ara nak? Kalau nak umi sediakan esok pagi"

"Nak nak nak" Adara mengangguk laju.

.
.
.

TBC

[04.02.2022]
925 words

🌼Vote and comment ☘️

Happiness Where stories live. Discover now