Bab 12🌾

911 38 1
                                    

Bang!

Peluruh itu dengan laju pergi kearah Daniel. Sipi sipi sahaja peluru dan leher Daniel berselisih. Jika Adara tersalah sedikit, pasti Daniel sudah jatuh melorot kebawah. Peluru itu mengenai kaca bingkai gambar yang elok tergantung di dinding belakang Daniel.

Semua orang melihat kearah Daniel yang berdiri tegak dihadapan Adara dengan mata membulat. Sungguh mereka tidak percaya dengan apa yang baru sahaja dilihat ketika ni. Budak umur 17 tahun berani mengacukan pistol dan melepaskan tembakan.

"What you want, you will get it. Lucky you sebab aku tak akan kotorkan tangan aku untuk bunuh kau. Tapi kalau kau masih berdegil, aku takkan teragak agak buat badan kau cedera. Jadi, lebih baik kau suruh budak budak kau ni berambus dan biarkan aku pergi" kata Adara datar.

Daniel yang masih beriak tenang itu memberikan isyarat untuk berundur kepada bodyguard bodyguardnya yang masih setia mengacukan pistol mereka kearah Adara.

Bukan dia takut dengan amaran dari Adara. Cuma dia rasa, dia patut lepaskan Adara sekarang. Sebab dari tadi lagi jam Adara berbunyi dan mungkin keluarga gadis itu betul betul dalam bahaya.

Tahu dengan maksud dari isyarat Tuan Muda mereka, secara serentak mereka semua menjatuhkan pistol mereka dari terus diacukan kepada Adara. Mereka juga berundur dan mula membuka laluan untuk Adara.

Adara yang merasa pergerakan itu sudah bersyukur dalam hati. Pistol ini dia dapatkan dari kereta lelaki itu tadi. Dia tidak segaja terlihat senjata ini dibawah kerusi. Semasa dia hendak ke luar, dia sempat mengambilnya. Awalnya, dia hanya membawanya untuk berjaga jaga. Tapi sikap degil lelaki itu menyebabkan dia terpaksa melakukan hal gila ini.

"Give me your car keys" katanya yang masih mengacukan pistol kearah Daniel. Tangan kirinya dihulur kepada Daniel.

"Pilih je mana mana kereta yang kau nak dekat luar tu. Kunci ada dekat dalam" kata Daniel.

"I don't trust anyone"

Daniel terus berjalan mendekati sebuah meja yang berada tidak jauh dari tempatnya. Adara mengerakan tangannya yang memengang pistol mengikuti Daniel. Laci dibuka sebelum dia mengambil segugus kunci. Dia berjalan balik ke tempatnya.

Spare key.

Kunci itu dilemparkan kepada Adara. Adara cekap menyambut.
"Thanks" setelah itu dia terus berlari dengan laju keluar dari rumah itu.

Daniel hanya melihat sahaja.

"Adam! Ian! Ikut aku. Aleen, kau call Inspector Adnan. Nanti aku send location, suruh dia pergi sana. Faham?"

Aleen yang mendengar itu hanya mengangguk "Abang nak buat apa?"

"I will tell you later. I'm sorry mummy, daddy. I have to go. Nanti Dee jelaskan semuanya" kata Daniel.

Pandangannya berahli kepada Adam dan Ian. Mendapat anggukan dari sahabatnya itu, mereka bertiga terus sahaja bergerak.

☘️☘️☘️


"Kau jaga depan, apa apa inform aku" kata lelaki yang tidak dikenali tu kepada anak buahnya. Kelihatan anak buahnya itu hanya akur.

"WHO ARE YOU? WHAT DO YOU WANT! SIAPA YANG HANTAR KORANG SEMUA HUH!" tengking Dato Zarul kuat.

Matanya tajam memandang satu demi satu orang yang berani menceroboh rumahnya dan mengugut mereka. 5 orang jumlahnya. Lelaki itu semua mengenakan baju serbah hitam dengan lagak seperti gangster.

Lelaki yang ditengking itu terus sahaja meluruh kearah Dato Zarul sebelum....

Buk! Buk!

Pipi lelaki tua itu ditumbuk sebanyak dua kali. Dato Zarul jatuh terduduk. Tangannya menekup pipinya yang berasa pedih. Darah juga mengalir di tepi bibirnya.

Happiness Where stories live. Discover now