4

42 2 0
                                    

Hana.

Ada apa? Hana yang sibuk di dapur menyediakan juadah makan tengahari untuk rumah nenda terganggu dengan kedatangan Adam.

Hana sayang abang kan? Kita lari? Atau Hana jadi isteri kedua abang. Cadang Adam

Apa yang abang Adam nak cakap ni Hana tak faham? Hana tak suka. Hana meneruskan tugasnya memasak hidangan tengahari.

Tiba-tiba..

Hana, abang sayang Hana.. tangan Hana mula dicapai oleh Adam. Lalu berlaku pergelutan.

Lepaskan Hana. Jerkah Iskandar. Kebetulan dalam masa yang sama Iskandar baru pulang dari mahkamah syariah singgah ke kediaman Tuan Hanif untuk mengambil beberapa pakaiannya yang tertinggal.

Kau jangan masuk campur. Dia ni tunang aku. Kata Adam.

Bekas tunang singkah Hana.

Badan Hana ditarik rapat ke tubuh Adam..

Bila mana melihat Adam leka, Iskandar pun merentap tangan Hana lantas berjaya menarik gadis itu dari dalam pelukan Adam.

Aaaa.. jerit Hana dalam keadaan terkejut dengan tindakan Iskandar.

Lalu...

***
Betul nenda. Adam cuba nak datang ambil makanan di rumah ayah chik. Tiba-tiba Adam tengok Hana dan peguam tu berpeluk-pelukan di dapur. Fitnah Adam terus ditabur kepada Hana dan Iskandar.

Kamu dengar tu Hanif anak kamu tu anak dara gatal. Sebab tu aku batalkan pertunangan hana dengan Adam. Kalau tak... Rosak cicit aku di masa hadapan. Kata nenda memenangkan Adam cucu kesayangannya.

Baik, kalau bonda masih percaya pada kata-kata Adam. Tanpa menerima langsung kata-kata Hana. Saya sebagai ayah kandung Hana malam ni jugak akan menikahkan mereka berdua.

Papa.

Hana, dayus papa sebagai ayah kandung kamu jika tidak menyelamatkan maruah kamu dari manusia bernafsu kan duniawi. Hana izinkan papa menikahkan kamu dengan Iskandar.

Papa demi Allah Hana tak salah. Jika apa yang papa buat ini semua untuk melindungi Hana dengan nama Allah Hana terima.

Iskandar?

Saya pakcik.

Seperti mana yang kamu katakan pada pakcik beberapa hari lalu. Malam ini pakcik bersetuju untuk menyerahkan anak pakcik kepada kamu. Tolong jagakan dia seperti yang selayaknya dan bimbinglah dia.

Saya tak mampu untuk menjanjikan kesenangan dan kemewahan. Saya pun masih mentah dan banyak kelemahan pakcik. Seperti yang saya ucapkan kepada pakcik beberapa hari lalu. Saya ikhlas untuk menyunting Hana sebagai isteri saya. Kerana dia adalah gadis dalam istikharah saya.

Terpana Hana mendengar kata-kata Iskandar.

***

Dengan bantuan pak ngah Zaim pagi tadi Hana dan Iskandar selamat di nikahkan dengan sekali lafaz.

Ummi Iskandar hadir bersama anak Iskandar. Intan anak Iskandar dengan arwah isterinya Imani. Imani meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya ketika dia pulang mengambil intan pulang dari sekolah. Sejak itu Iskandar menjalani kehidupan sebagai bapa tunggal.

Intan kenalkan ini mama Hana isteri Abi. Kata Iskandar.

Mama Hana... Tegur Intan dalam keadaan gagap akibat kemalangan jalan raya. Intan hilang keupayaan bertutur dengan baik.

Intan. Mereka semua pulang ke rumah homestay milik Hanif. Kerana malam esok majlis pernikahan Adam akan berlangsung.

***
Tak sangkakan Khalid kita sekarang ni biras. Kata Iskandar.

Itulah kau dari dulu lagi aku dah cakap nak kenalkan kau dengan sepupu Jasmine tapi kau tak nak. Sibuk nak cari gadis dalam istikharah kau tu. Last sekali orang yang sama. Balas Khalid.

Allah lebih mengetahui. Balas Iskandar.

Betul tu Is, aku doakan hubungan korang berdua kekal ke Jannah.. Aamiin. Doa Khalid.

Aamiin. Tengok tu bukan main manja intan dengan Hana. Selalunya dia susah nak rapat dengan orang lain. Kali pertama aku jumpa Hana masa intan hilang di Suria KLCC Hana jumpa intan. Tengah menangis cari bibik dengan Ummi. Masa aku sampai kat situ Ummi dengan bibik gagal nak pujuk Intan. Intan menangis dalam dakapan Hana sejak tu Hana selalu datang dalam mimpi aku. Sampai aku buat solat istikharah. Tapi wajah tu tetap datang sedangkan aku tak kenal langsung Hana. Cerita Iskandar.

Menarik jugak ye cerita korang berdua. Kata Jasmine.

Jemput minum abang, Iskandar. Ni kuih lapis air tangan Hana. Kau kena cuba Iskandar. Usik Jasmine.

Hahaha pecah ketawa mereka bertiga.

Selesai solat Isyak mereka mula bertolak pulang ke Kuala Lumpur. Majlis perkahwinan Adam dan Zita hanya dihadiri oleh orang tua mereka sahaja. Anak-anak pulang bersama Hana.

Aku JanjiWhere stories live. Discover now