11

41 2 0
                                    

Assalammualaikum isteri...

Waalaikumussalam suami.

Bangun mandi wajib kita solat subuh berjemaah. Abang nak kejutkan intan bangun solat subuh sekali.

Baik abang...

Iskkk... Aduh.

Kenapa sayang?

Sakit.

Mari abang tolong. Lalu tubuh sang isteri di bawa ke tandas.

Abang. Tak apa Hana boleh buat sendiri.

Syuhhhh.... Diam. Kalau sayang terus macam ni abang gigit lagi macam semalam nak?

Tak nak...

Kalau tak nak diam...

Tubuh isterinya di mandikan selesai memandikan Hana giliran Intan pulak di mandikan.

Kelihatan cadar yang menjadi alas tempat tidur mereka semalam telah ditanggalkan oleh Iskandar. Melihat katil itu merona merah muka Hana.

Walaupun mereka sudah 3bulan berkahwin tetapi malam tadi lengkaplah kini dia menunaikan tanggungjawab sebagai isteri kepada Iskandar. Dia suka cara Iskandar yang tak suka memaksa.

Ya Allah... Abang, hana betul-betul dah jatuh cinta pada abang.

***
Selepas check out Iskandar membawa isteri dan Intan membeli belah beberapa pasang pakaian.

Baju kemeja lelaki menjadi pilihan Iskandar. Beberapa helai baju-t berkolar turut dipilih bersama seluar panjang.

Sayang pilihlah abang belanja.

Tak apa lah baju Hana banyak lagi kat rumah mama tu. Lagipun kat rumah Ummi pun ada beberapa pasang lagi baju Hana. Kita pun datang bercuti ke sini seminggu je. Kata Hana.

Sayang sekarang sayang ni tanggungjawab abang. Menyediakan tempat, persalinan, makan minum dan memberi nafkah pada sayang tu semua tanggungjawab abang. Jadi jangan nak menidakkan tugas yang Allah berikan kepada abang. Jawab Iskandar.

Baiklah kalau macam tu.. tapi abang pun pilih lah jugak mana abang rasa berkenan Hana ikut je.

Ok. Sambil tu kita pilih beberapa pasang baju untuk Intan.

Akhirnya mereka selesai juga membeli-belah. Empat pasang baju
t-shirt bersama seluar, 2 helai gaun kanak-kanak, tiga pasang baju tidur untuk Intan sahaja.

Manakala Iskandar memilih empat helai kemeja, dua helai baju-t berkolar, empat helai seluar panjang beberapa helai pakaian lelaki untuk Iskandar.

Hana pula memilih dua helai kemeja labuh wanita, sehelai skirt labuh, tiga helai palazo kembang, tiga helai blouse muslimah dan sehelai dress bermotifkan flora. Iskandar sempat membeli beberapa helai pakaian dalam untuknya.

Sebelum balik Iskandar sekali lagi memberi tahu mereka perlu membeli beberapa pasang baju kurung dan baju melayu kerana perjalanan ke Alor Setar nanti mungkin tiba disana petang atau malam. Disana nanti mereka perlu menghadiri majlis perkahwinan.

Jadi Hana dan Iskandar sepakat memilih warna ungu gelap dan warna pink sedondon untuk mereka bertiga. Kebetulan boutique itu turut menjual kurta lelaki jadi Iskandar memilih untuk membeli kepada bekas bapa mertuanya itu.

Tengok apa tu cantik caftan ni.

Sayang ambillah.

Abang dah banyak duit abang keluar hari. Kata Hana.

Emmm.... Tanpa menjawab kata-kata Hana, Iskandar terus mengambil beberapa helai caftan batik itu.

Hana menggeleng kepala. Dia pun mengambil sehelai kurta dan beberapa kain pelikat untuk dihadiahkan kepada Iskandar.

Mereka singgah di kedai mamak untuk menjamu selera. Kemudian mereka ke tempat jeruk Pak Ali untuk membeli order Jasmine dan sedikit buah tangan kepada keluarga.

***

Akhirnya mereka sampai juga, tujuan mereka ke Alor Setar Kedah untuk melawat bekas bapa mertua Iskandar.

Assalammualaikum abah...

Waalaikumussalam.. ya Allah Iskandar. Sampai pun kamu. Masuk nak, hari dah dekat maghrib ni. Cucu atuk pun ada mari sini atuk dukung rindunya atuk kat kamu.

Abah tak ke restoran ke hari ni? Tadi is lalu restoran tutup. Tanya Iskandar.

Tauke nak kahwin is... Hahaha gelak abah. Ini ke Hana yang kamu ceritakan tu.

Ye, abah. Inilah Hana.

Apa khabar Hana. Nama pakcik Ismail pakcik ni ayah kepada Imani bekas isterinya Iskandar. Iskandar ni memang menantu yang baik. Dia selalu bertanya khabar dengan pakcik. Walaupun arwah Imani dah lama meninggal dunia.

Abah. Hubungan kita tak akan terputus abah sampai bila-bila. Kata Iskandar.

Betul tu is. Hana jangan segan-segan panggil pakcik abah. Abah dah anggap is ni macam anak abah sendiri. Kata pakcik Ismail.

Baiklah pakcik... Eh, salah abah.

Pecah ketawa mereka.

Is tidur bilik abah ye. Kat situ abah dah letak dua katil satu katil bujang satu katil kelamin.

Is tak kisah pun abah bilik mana-mana pun. Jawab Iskandar.

Mana boleh macam tu kamu tu pun pengantin baru lagi. Takkan nak letak si intan ni ditengah-tengah. Lambat lah abah dapat cucu baru. Usik pak Ismail.

Dibalas dengan ketawa Iskandar.

Makan malam mereka malam ini dibelanja oleh pak Ismail. Mereka makan di restoran berlatarbelakangkan sawah padi.

Dalam perjalanan balik barulah Hana tahu. Sebenarnya pak Ismail akan bernikah kembali dengan bekas isterinya ibu kepada arwah Imani.

Mereka berkahwin suka sama suka tetapi dihalang oleh keluarga puan bibi Fatima. Bibi Fatima berketurunan orang berada. Manakala pak Ismail adalah seorang tukang masak kepada kelasi kapal. Ibu bapa pak Ismail sendiri pun tukang masak.

Bibi Fatima dan pak Ismail diugut bunuh oleh abang kepada bibi Fatima. Jika mereka tidak bercerai salah seorang daripada mereka akan dibunuh. Akhirnya mereka bercerai jua. Tempoh berkahwin yang singkat itu melahir benih cinta mereka iaitu Imani. Imani tua tiga tahun dari Iskandar. Oleh kerana tubuh Imani kecil jadi kelihatan Imani lebih muda dari Iskandar. Bibi Fatima dinikahkan dengan seorang pemilik kedai karpet. Suaminya agak berumur mereka mempunyai seorang anak lelaki bernama Saiful Bukhari. Ketika Saiful Bukhari berumur sepuluh Tuan Bukhari meninggal dunia.

Walaupun telah menjadi balu bibi Fatima masih dikongkong oleh abangnya. Gara-gara takut bini Fatima kembali semula kepada pak Ismail. Kerana tamakkan harta abang bibi Fatima hampir dibunuh oleh abangnya. Nasib baik bibi Fatima diselamatkan oleh adiknya.

Aku JanjiWhere stories live. Discover now