Maksu, telur untuk bunga telur ni mana? Tanya Tasya.
Mana Maksu tahu tanya lah mummy kamu. Mummy tu beli tak telurnya? Soal maksu Zara.
Mummy telur mana dah rebus ke? Tanya Tasya.
Mummy lupa nak beli.
What?
Mummy majlis perkahwinan pagi esok kita belum siap apa-apa lagi. Ni semua kerja ni siapa nak buat? Mak ngah dengan mama chik tu langsung tak tunjuk muka.
Azza, panggil nenda kepada menantu sulungnya.
Ye bonda. Mana bunga telur? Mana bunga rampai, mana pulut kuning semua tu? Marah nenda. Alas tapak mahar tu mana? Itu semua pun aku nak kena ingat kan ke? Leter nenda.
Ye bonda. Azza ambil kan.
Mummy mana baju Adam?
Azza panggil Pak long Nordin.
***
Assalammualaikum..
Waalaikumussalam.. ngah, Achik datang pun kamu berdua. Mana anak-anak kamu Achik? Soal mak long Azza.
Budak-budak tu dah balik ke Kuala Lumpur. Hana ikut suaminya. Hanan pun balik sekali sebab Iskandar dan Khalid kena naik mahkamah rayuan. Si kembar tu pulak kena wakil maktab mereka ke kejohanan ragbi. Kata mereka akan balik kesini sebelum hari esok. Jawab Achik Anizah.
Jadi tak ada orang lah buat kerja ni semua. Bisik mak long Azza. Nak tak nak dia kena hadap semua ni jugak.
***
Akhirnya..
Telur untuk bunga telur siap direbus dan di ikat pada bunganya. Bunga manggar pun siap dia buat.
Pulut kuning siap dimasak bersama dengan rendang daging. Kari kambing dan ayam goreng kunyit bersama kacang panjang juga siap dimasak. Ulam-ulaman dan sambal belacan tak ketinggalan. Nasi putih menjadi menu utama malam ini. Khemah siap dikemas laman rumah juga dibersihkan oleh anak mak ngah dan ayah chik. Hana, Hanan, Jasmine, Khalid, Iskandar dan adik-adiknya pulang ke kampung disebelah tengahari. Walaupun mereka dilayan dingin pada mulanya tapi hal itu tak menjadi kudis pada mereka.
Orang kampung pun mula datang menolong bila melihat anak cucu nenda mula ramai dikediaman itu. Sebenarnya mak long Azza seorang yang agak memilih orang untuk bergaul tak hairanlah kalau tak ada orang kampung yang ingin menolong mereka.
Siap mengemas tempat tahlil arwah. Mereka semua pun menyiapkan tempat untuk jamuan makan malam. Selesai semua kerja semua keluarga tuan Hanif dan mak ngah Aida pulang dulu ke rumah mereka.
Walaupun bermati-matian maksu meminta mereka untuk tunggu sehingga air minum siap disediakan.
***
Tuan Iskandar dan Hana bila pulak nak di sandingnya tanya salah seorang penduduk kampung.Insyaallah sebulan dari sekarang pakcik tadi majlis kami pakcik. Balas Iskandar.
Adam memang kurang bergaul dengan masyarakat seperti mummy dan daddynya. Jadi tak hairanlah jika kebanyakan orang kampung mudah mengenali Iskandar.
Benda baik jadi kita kena kongsi kan jawab seorang lagi penduduk kampung.
Betul tu.
Anak Iskandar ni bukan ke peguam yang uruskan kes jenazah nenek Melah yang mati ditetak anak angkat lelakinya yang berebut geran tanah tu kan. Kata salah seorang daripada mereka.
Ye pakcik. Saya wakil kepada arwah nenek Melah tu.
Hebatnya kamu. Kes tu kalau tak silap pakcik makan tahun jugakan. Tahniah lah pakcik dengar tanah tu dah dapat ke tangan kandungnya si Munah dan Malek. Beberapa orang penduduk kampung masih tak putus memuji Iskandar.
Hana pulang awal selesai majlis tahlil terus dia pulang ke rumah mereka. Kerana papanya tuan Hanif masih tak percaya pada Adam yang boleh melakukan apa-apa sahaja kepada Hana.
***
Abang Iskandar, boleh tolong Tasya tak. Panggil Tasya.
Sekejap ye Tasya kata Iskandar.
Beberapa minit kemudian datang si hafis dan haris.
Kenapa kak Tasya? Tanya mereka.
Mana abang ipar korang tu?
Dah balik. Kami pun nak balik ni kalau tak ada apa-apa. Kata mereka berdua.
Aduh melepas jaga kau Iskandar aku akan pastikan kau jadi milik aku.
YOU ARE READING
Aku Janji
ActionHana Anisa telah ditunangkan oleh nendanya pada usia 21tahun dengan abang sepupunya Adam Adli. Adam Adli kemudian telah melanjutkan pelajaran ke luar negara dalam bidang kejuruteraan mekanikal Gas. Tiga tahun ditinggalkan oleh lelaki itu, kini Adam...