9

41 2 0
                                    

Selamat pagi Ummi.. tegur mereka bertiga.

Ummi berada di ruang makan sedang menikmati nasi lemak air tangan Hana. Seperti kebiasaan sejak menjadi isteri kepada Iskandar Hana akan menyediakan sarapan pagi dan malam untuk keluarga kecilnya ini. Makan tengahari akan disediakan oleh bibik. Kerana Hana sibuk di pejabat.

Ma. Nak tu... Tunjuk intan.

Intan nak makan nasi lemak jugak ye. Tegur Iskandar.

Mudah sahaja menjaga intan sekarang sejak Iskandar bertemu jodoh dengan Hana. Intan sangat rapat dengan Hana.

Nasi lemak sedikit sambal udang dan telur rebus menjadi pilihan intan.

Sedaap Abi... Kata Intan. Intan semakin lancar berbicara sejak ada teman berbual. Gagap ye jugak semakin kurang. Hana memang suka melayan gadis kecil itu jadi tak hairanlah Intan semakin pulih.

Kalau sedap makan banyak sikit kata Ummi.

Is, Ummi nak bagitau. Ibrahim dan Ika nak balik ke Malaysia awal bulan hadapan. Kata Ummi.

Ooo... Bagus lah mereka pun dah lama tak balik melawat Ummi. Jawab Iskandar.

Ummi berniat buat majlis kesyukuran kita dah lama tak berkumpul semua macam dulu. Cadang Ummi

Is, ikut je Ummi mana yang Ummi rasa terbaik.

Ummi harap perkara yang dulu tu tak berulang lagi. Kata Ummi perlahan.

Selesai sarapan Iskandar dan Hana bersama-sama menghantar intan ke sekolah pendidikan khas.

Abang diam je. Hana ada buat salah ke? Tanya Hana sebaik sahaja mereka menghantar intan ke sekolah Iskandar lebih banyak mendiamkan diri tak seperti selalu lelaki itu banyak bertanya tentang kedai miliknya atau ibu bapanya.

Tak ada apa-apa. Balas Iskandar..

Baiklah kalau macam tu. Balas Hana.

Hana...

Ye abang.

Cuti sekolah ni abang cadang nak bawa Hana dengan Intan bercuti. Dah lama abang tak bawa intan ke mana-mana. Kita pun pernah ambil masa bersama. Abang minta maaf Hana.

Tak apa abang. Hana faham kerja abang.

Thanks sayang. Tangan kanan digenggam erat lalu dicium lembut.

***
Ini kunci rumah ni, saya nak kak Jah kemaskan rumah tu dan buang mana-mana perabut yang dah rosak. Nanti maklumkan kepada saya untuk diganti baru. Kata Iskandar.

Baik Tuan. Kata kak Jah.

Abang Salleh, nanti tolong tengokkan jugak budak-budak teknikal kita pasang CCTV tu ye. Ini duit untuk bayar bill utiliti rumah tu. Kata Iskandar lagi.

Insyaallah Tuan.

Hujung bulan ni saya nak bawa isteri dan anak saya bermalam disana. CCTV tu kak Jah tolong tengokkan jugak kalau ada mana-mana CCTV yang tak jelas gambarnya bagitau terus pada saya. Kata Iskandar.

Tuan nak saya sediakan stock makan jugak ke? Tanya kak Jah.

Boleh jugak.

***

Hana dah siap kemas pakaian kita? Tanya Iskandar.

Sikit lagi abang. Jawab Hana.

Siapkan jugak sepasang baju kerja kita dan baju sekolah Intan. Abang rasa kita balik sini petang Isnin lah. Balas Iskandar.

Baik abang. Selain itu nak Hana tambah apa-apa lagi? Tanya Hana.

Tukkk... Tukkk... Bunyi ketukan di pintu bilik mereka.

Ummi.. kata Hana sebaik sahaja membuka pintu.

Boleh Ummi masuk. Tanya Ummi.

Masuklah Ummi. Kata mereka berdua.

Jadi kamu nak bawa Hana dan Intan esok bercuti? Soal Ummi.

Insyallah kalau tak ada halangan  Ummi. Balas Iskandar. Ummi macam ada sesuatu untuk bagitau Is.

Ibrahim dan Ika nak balik menetap di Malaysia. Mereka nak tinggal di sini. Ummi..

Is, faham Ummi.

Ummi bukan nak halau is sekeluarga. Ummi tak nak perkara lama berulang lagi. Balas Ummi.

Tak apa Ummi. Is faham. Ummi dah banyak berkorban untuk is. Sejak arwah meninggal Ummi banyak tolong is besarkan intan. Ucap Iskandar.

Ummi...






Aku JanjiWhere stories live. Discover now