Lily pembantu tukang masak baru sehari bekerja di El_licious milik Eric. Hari ini dia ditugaskan untuk menebar roti jala di kuali tadi semasa tukang masak menunjukkan cara menebar roti jala kelihatan mudah. Masuk kali ini dah 10kali percubaan dibuat tapi masih belum menjadi.
Kau tak boleh buat satu-satu macam tu. Kata budak lelaki di sebelahnya. Kata mereka budak ni chef. Tapi ada yang kata tidak.
Habis tu nak buat macam mana? Tanya Lily.
Tengok cara aku buat ni. Lembutkan tangan kau.. pastikan bancuhan tepung ni keluar lancar. Kau kena cepat buat bulatan macam ni. Kata Hafis.
Cif.. panggil Alan salah seorang pelayan. 2set nasi goreng cina.
Baik jerit Hafis.
Kau tengok kuali ni panjangkan kau boleh buat enam biji serentak. Terang Hafis lagi. Faham. Cuba kau buat aku nak tengok.
Lily pun terus mencuba sekali lagi. Roti jala itu terbentuk cantik.
Bagus. Teruskan sampai habis.
Hafis terus memasak nasi goreng cina.
Ting.. Nasi goreng cina siap...
Cif tolong cover abang jap panggil abang Wan salah seorang tukang masak disini. Ada 5set chicken chop tak siap lagi.
Ok on kata Hafis. Lima keping dada ayam telah diperap untuk chicken chop terus dikeluarkan. Tepung gorengan ayam mula disalut dengan baik.. selepas itu ayam mula digoreng..
Siapa nama kau budak roti jala. Panggil Hafis.
Lily. Jawab Lily.
Sekejap lagi kau bancuh minuman tu dalam kuali aku dah buat nasi goreng kampung dengan ayam goreng berempah. Hidangkan untuk budak-budak kita buka puasa kata Hafis.
Baik. Jawab Lily.
Wah sedapnya menu buka puasa hari ni. Jerit budak-budak el_licious.. Hafis menggeleng kepala.
Betullah sejak cif masuk ke sini hari-hari makan sedap. Orang kata bulan puasa boleh kurus badan kami kerja kat sini dah naik berat badan. Kat Andy pelayan restoran ini.
Aku pun sokong tu. Kata Alan.
Kalau kak Liza dengar ni mau merajuk dia dengan korang. Kat abang Wan.
Hahaha. Pecah ketawa mereka semua.
Hafis kini mengganti posisi kak Liza ketua chef disini. Kak Liza keguguran kerana tergelincir dari bilik air rumahnya.
Pada mulanya mereka ingin melantik abang Wan sebagai ketua tukang masak tapi abang Wan kurang mahir dalam menyediakan masakan panas dan masakan melayu. Jadi tugas itu dipangku sementara olah Hafis sementara kak Liza cuti berpantang sehingga lepas raya.
Saya pun suka lah Hafis punya masak.. kata bilal menyokong kata-kata alan dan Andy.
See.. ramai yang setuju kata-kata kami. Bukan kami kata kak Liza tu masak tak sedap tapi tak memenuhi jiwa remaja seperti kami.
Ye lah kau. Balas Shima cepat makan pinggan mangkuk banyak nak cuci kat depan tu. Kata Shima selaku cashier disini.
Shima aku nak solat dulu. Panggil si Mimi, Lily dengan Along makan. Kata Hafis. Korang pun jangan lama-lama sangat makan tu lepas ni solat bising Mr. Eric nanti.
Baik cif.
Pukul 10.00 malam restoran El_licious mula beroperasi operasi. Sejak Hafis bekerja dengan Eric dapatlah Eric selalu bersama keluarganya. Lagipun masih berbaki 2 minggu lagi mereka akan menyambut kedatangan Aidilfitri.
Kau tak balik lagi?
Tak saya tunggu ayah saya.
Mari aku tolong hantar kan kau. Dah lewat sangat ni bahaya kau duduk sorang diri kat sini. Kata Hafis
Tak apalah. Tolak Lily.
Mari, jangan risau sekejap lagi adik aku datang ambil dia kerja kat grocery shop hujung sana je. Lagipun adik perempuan abang Ijat pun ada sekali, Si ayu. Terang Hafis.
Haris pun sampai dengan ayu.
We masuklah kata Hafis.
Siapa ni pis? Tanya Haris.
Lily staff baru abang Eric budak dapur. Tunggu ayah dia datang tapi tak datang kan dah lewat ni tu yang aku ajak dia tumpang kereta kita. Jawab Hafis.
Hai saya ayu. Tegur Ros Edayu. Saya kerja kat grocery shop hujung sana.
Hai awak nama kita Lily Arianna kita kerja kat restoran ni sekali dengan cif Hafis terang Lily. Kita tak pernah tengok awak kat sini. Dulu awak sekolah mana.
Kita asal Perak. Mak dengan ayah kita tak ada kat Malaysia sekarang diorang ke tanah suci Mekah. Jadi kita tinggal dengan abang kita sementara waktu ini diorang ni adik ipar abang Ijat kita.
Ooo...
Awak kat depan tu macam kereta ayah kita..
Ayah.. ya Allah.
Ayah ok? Tanya Lily.
Ayah ok cuma kereta kita ni kena tarik ke bengkel lah nampaknya.
Alhamdulillah kalau ayah tak ada apa-apa.
***
Terima kasih atas pertolongan kamu semua. Kata cikgu Azlan.Tak ada apalah cikgu kebetulan sahaja. Kami pun minta diri dulu dah lewat ni risau kakak dengan abang. Kata Hafis.
Esok macam mana cikgu nak ke sekolah. Tanya Haris.
Cikgu boleh guna skuter si Lily. Tapi si Lily lah macam susah sikit nak ke tempat kerja. Terang cikgu Azlan.
Kalau tak keberatan boleh saja Lily ni tumpang kereta kami lagi pun dia boleh berkawan dengan si ayu. Kata Hafis.
Tak susahkan kamu ke? Tanya cikgu Azlan.
Tak susah pun pakcik abang saya ni penyelia si Lily ni jawab Haris.
YOU ARE READING
Aku Janji
ActionHana Anisa telah ditunangkan oleh nendanya pada usia 21tahun dengan abang sepupunya Adam Adli. Adam Adli kemudian telah melanjutkan pelajaran ke luar negara dalam bidang kejuruteraan mekanikal Gas. Tiga tahun ditinggalkan oleh lelaki itu, kini Adam...