25

44 2 0
                                    

Selesai solat subuh berjemaah Ishan tertidur di ribaan Iskandar. Nyenyak..

Abang bagi Ishan pada Hana. Kesian abang nak rehat. Kata Hana.

Tak apalah sayang tu patut rehat abang sekejap lagi nak ke pejabat. Kalau abang baring kan terlajak pulak  jawab Iskandar. Pukul 8.00pagi abang kena ke mahkamah.

Baiklah.. letak sahaja kepala di bantal Hana terus tertidur. Iskandar faham keadaan tubuh Hana masih lemah dia pun belum sampai 30hari melahirkan anak tambahan lagi Hana berpuasa pada siang hari.

Pukul 6.45 pagi baru Iskandar meletakkan baby Ishan disebelah Hana. Kemudian dia pun bersiap-siap untuk ke pejabat.

Pipi sang isteri dicium lembut. Hana terjaga bila ada yang menyentuh pipinya.

Abang dah nak gerak ke pejabat? Tanya Hana.

Ye sayang. Jawab Iskandar. Tangan Hana memaut leher Iskandar.

Love u abang.

I love you too sayang. Jangan lebih-lebih batal puasa ni sayang. Bisik Iskandar.

Hahaha gelak Hana.. ye lah. Kalau penat rehat dulu jangan paksa sangat nanti sakit kepala. Jangan lupa balik awal. Pesan Hana.

Baik sayang.

***

Eric tidak lagi bekerja di syarikat el_z, kini mengambil alih operasi restoran western food milik Thomas. Restoran itu pun telah diberikan nama baru El_licious.. beberapa menu tambahan disediakan seperti nasi Briyani kambing dan kebab. Tak ketinggalan kuih muih tradisional Melayu seperti karipap pusing dan roti jala resepi asli milik Hana. Setiap kali waktu berbuka puasa ruang restoran ini sentiasa penuh kini diruang atas juga telah diubah suai menjadi ruang makan lebih selesa untuk pelanggan.

Keadaan Eric kini sangat terbatas dia masih perlu menggunakan kerusi roda. Walaupun begitu dia tak pernah mengalah. Tasya beberapa kali ingin membantu dia si restoran tapi awal-awal lagi sudah di tolak oleh Eric. Katanya tugas mencari rezeki itu adalah tugas dia. Bagaimana cara sekalipun dia tetap akan menguruskan restoran ini walaupun dia terpaksa terlantar sakit.

Peralatan untuk pelanggan OKU juga disediakan di restoran ini. Eric sedar ujian ini Allah datangkan dengan seribu satu nikmat yang perlu dia syukuri contohnya sejak dia berkerusi roda dia pun mula berfikir bagaimana orang OKU yang berkerusi roda untuk bersosial seperti orang normal lain?

Jadi dia menyediakan tangga khas untuk OKU. Mereka hanya perlu duduk di atas kerusi roda manakala satu mesin khas seakan lift akan membawa mereka ke tingkat atas. Jadi tak hairanlah restoran ini mendapat sambutan hangat kerana layanan kepada pelanggan OKU sangat istimewa. Selain itu tandas khas untuk OKU dan tempat cuc tangan untuk OKU juga disediakan.

***

Iskandar... Tegur Eric. Lama betul tak jumpa. Macam mana dengan Hana dan baby? Tanya Eric.

Alhamdulillah semua baik-baik sahaja. Kau apa khabar? Macam mana dengan kaki kau? Tanya Iskandar.

Aku Alhamdulillah sihat. Cuma kaki sebelah kanan ni lemah. Tak boleh berfungsi dengan baik lagi. Nak tak nak aku memang kena guna kerusi roda. Cerita Eric.

Sabarlah Eric mungkin ada hikmah di sebalik semua ni. Ucap Iskandar.

Betul kata kau tu Iskandar. Eh, berbual panjang pulak. Kau nak makan apa-apa order lah. Aku belanja untuk buka puasa. Kata Eric.

Memang datang ke sini berhajat untuk order kebab si intan tu suka benar kebab kat restoran kau ni dah jadi menu utama buka puasa dia. Kata Iskandar.

Alhamdulillah. Suka aku dengar macam tu. Kalau macam tu hari ni aku belanja kebab ayam dan kebab daging istimewa untuk keluarga kau. Ucap Eric.

Terima kasihlah Eric. Kau nak pakai staf partime ke? Tu ada iklan jawatan kosong tanya Iskandar.

Memang nak sangat staf partime ni tapi bahagian dapur. Aku ni sejak duduk atas kerusi roda kadang kala susah nak bergerak banyak. Kesian bahagian dapur orang datang nak buka puasa semua nak kena siap cepat. Kalau dapat partime pandai masak itu aku bersyukur sangat. Jawab Eric.

Macam ni. Si Hafis adik Hana yang kembar tu baru habis SPM dia ni kerja tapi kalau boleh dibahagian dapur. Kau ingat tak masa buat BBQ kat rumah kami dulu tu.. si Hafis ni lah yang masak. Nasi goreng cina yang kau puji sangat tu air tangan dialah. Kata Iskandar.

Ye aku ingat dah. Memang dia pandai masak... Kau suruh lah datang esok masuk kerja terus. Adik Hana yang nama Haris tu pun kalau berminat boleh lah datang sekali.. kata Eric.

Haris tu kerja kat grocery shop Hana dialah yang selalu belikan kebab kat sini.

Aku JanjiWhere stories live. Discover now