16

43 4 0
                                    

Ok aku akan ikut apa kata kau tapi dengan syarat...

Apa dia?

Aku nak kau jauhkan diri kau dari perempuan tu. Kata Zita.

Aku akan cuba tapi aku tak janji.

***
Macam mana dengan Ika ib? Tanya Ummi.

Alhamdulillah Ummi Ika setuju nak buang kanser payudara tu. Dia mungkin akan kehilangan sebelah payudara. Kata Ibrahim.

Sabarlah ib.

Ib tak pernah tak sabar Ummi. Ib tetap pegang pada janji ib...

***

Mana anak kamu long? Sejak berkahwin ni langsung tak tunjuk muka pada aku kata nenda.

Mana nak balik ye kalau asyik call memanjang tanya dah mengandung ke belum bonda ingat menantu aku tu mesin beranak ke? Marah pak long.

Amboi kau dah pandai kurang ajar dengan aku sekarang ye. Kau ingat sikit aku ni ibu yang mengandung dan melahirkan kau. Marah nenda.

Habis tu aku nak buat? Nak bagitau satu dunia. Marah Pak long.

Kurang ajar  nenda terus bangun dari kerusi untuk menampar muka Pak long tapi kakinya pulak yang tersadung ke karpet menyebabkan nenda terjatuh..

Tolong... Aku.

Kau kan tak habis-habis dengan lakonan kau kan bonda. Kau tunggu anak-anak kau yang lain datang aku tak kuasa nak jaga kau. Kata Pak long.

Kau apa lagi tercegat di situ. Mari balik. Arah Pak long.

***
Mak Engku didapati mengalami strok.  Kata doktor Hazwan.

Kini papa dan mak ngah menjadi penunggu setia nenda di hospital ini.

Hana, Iskandar.. bila sampai tanya tuan Hanif.

Baru lagi papa. Macam mana dengan nenda? Tanya Iskandar.

Nenda kena strok is.. pak ngah dengan mak ngah tengah uruskan dengan pihak hospital. Cerita papa.

Macam mana boleh jadi macam tu. Tanya Hana.

Nenda bergaduh dengan pak long masa nenda nak pukul pak long kaki nenda tersangkut di karpet dia terjatuh. Jawab papa.

Ya Allah.

Hana, Iskandar, Jasmine dan Khalid pulang melawat nenda. Hanan tak dapat pulang awal kerana ada perbicaraan di mahkamah.

***

Cik Hanan jaga-jaga ada kereta tu... Jerit Ijat.

Oleh kerana nak menyelamatkan Hanan Ijat mendorong dirinya sehingga tercedera.

Ijat..

Setelah selesai mencuci luka di klinik Hanan pun mengajak Ijat makan di sebuah gerai. Tapi Ijat awal-awal menolak katanya dia perlu menggantikan Hana mengutip laporan sale. Oleh kerana tangan Ijat cedera kerana menyelamatkan Hanan. Hanan menawarkan diri menjadi pemandu peribadi Ijat sepanjang tempoh itu.

Berapa umur kau Ijat? Soal Hanan.

25 tahun..

Kau tua pada aku rupanya. Kenapa kau kerja retail.. soal Hanan.

Saya sebenarnya tak minat kerja pejabat. Bukan tak cuba. Tapi tak memenuhi jiwa saya. Kakak Hana senior masa saya belajar dulu. Tempat kami praktikal pun sama. Jadi dari situ kami rapat dan bekerja sama membuka grocery shop. Cerita Ijat.

Jadi kau pun ada degree dalam bisnes ye balas Hanan.

Ye. Ringkas jawapan Ijat.

***
Abang Ijat kemalangan masa nak selamatkan Hanan dekat dengan pejabat. Kata Hana pada Iskandar.

Apa? Teruk ke? Macam mana dengan Hanan Soal Iskandar.

Boleh tahan teruk jugak tangan kanan Ijat cedera. Hanan tak ada apa-apa. Jawab Hana.

Jap aku call Hanan kata Khalid.

Khalid mendengar segala cerita yang disampaikan oleh Hanan. Daripada cerita itu dia dan Iskandar dapat mengagak siapa dalang disebalik kemalangan yang menimpa Ijat.

Khalid terus menghubungi abang Salleh memberi arahan untuk memantau di sekitar kawasan kedai dan pejabat mereka. Abang Salleh adalah bekas tentera perisikan jadi tak hairanlah dia mahir dalam bidang keselamatan.

Ijat telah diberikan cuti oleh Hana. Nasib baik semua kakitangan grocery shop Hana adalah mereka yang telah lama bekerja dengannya mereka pun faham cara kerja Hana jika Ijat bercuti.

Nenda sudah balik ke rumah tapi dia perlu penjagaan kursus. Iskandar dan Khalid menawarkan diri untuk menampung kos jururawat peribadi nenda. Walaupun begitu papa dan mak ngah tetap akan bergilir-gilir untuk menjaga nenda.

Aku JanjiWhere stories live. Discover now