Adam dan Zita kini tiba di lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur.
Alhamdulillah hubungan mereka berdua kini pulih selepas kejadian cubaan langgar lari yang dibuat oleh Zita terhadap Hana. Tetapi telah kena kepada Hanan dan Ijat..
Kejadian kemalangan itu membuka satu pertemuan tiga mata antara Hana, Jasmine dan Zita.
Kau tahu apa yang kau buat Zita? Tanya Jasmine.
Aku tak buat apa-apa. Jawab Zita.
Ok kalau nak bermain-main mari kita kata Jasmine. Bila kak long kawasan tunjuk taring.
Zita kau ni cantik tapi sayang Zita kau tak pandai nak goda laki kau tu. Atau kau dah tak hebat atas katil kata Jasmine.
Merah muka Hana. Gila lah kak min.
Macam kau tahu hebat ke tak? Kalau sejak kami kahwin berapa kali je Adam sentuh aku itu pun masa kami bersama dia sebut nama perempuan ni apa hebatnya kau Hana sampai semua orang tergila-gilakan kau. Marah Zita.
Tak dapat air rupanya.. kesian lemah. Kata Jasmine.
Apa kata kau pulak buat perkara yang sama pada dia. Cuba kau jual mahal... Dalam masa yang sama kau goda dia. Kata Jasmine sambil tersenyum.
Aku tak faham..
Mudah je. Bila dia balik kerja kau buat konon-konon kau dengan mandi berkemban keluar tandas tak tahu dia balik kau lucutkan kain tuala tu...
Atau kau cuba nite kiss konon kau sedang mimpi basah dan usap buah dada kau... Banyaklah benda nak goda lelaki ni. Tapi jangan bagi dia sentuh kau jual mahal. Kita tengok selama mana dia tahan kata Jasmine.
Sejak pertemuan itu Zita mula mengoda Adam. Semua ilmu yang diturunkan oleh Jasmine menjadi panduan Zita.
Selain itu Zita juga belajar memasak dengan Hana. Oleh kerana masakan melayu kurang di minati oleh Adam jadi Zita lebih banyak belajar masakan barat dan cina. Nasi goreng cina air tangan Zita menjadi penarik kepada Adam. Akhirnya Adam kalah juga dengan godaan Zita.
Ganas ye Jasmine. Kau memang selalu ke buat macam ni kat Khalid? Usik Iskandar.
Kalau aku memang selalu kena cakaran harimau.. hahaha pecah jawab Khalid dan Iskandar.
Satu hari Adam sendiri membuat keputusan untuk bekerja di luar negara kebetulan ada seorang pegawai mereka baru pulang dari Abu Dhabi. Jadi dia pun cuba mengisi kekosongan jawatan itu. Ini kerana tak tahan gangguan dari nenda dan daddy terhadap mereka berdua.
Zita pun telah selamat melahirkan anak. Mereka berdua tidak dapat pulang ke Malaysia kerana Adam terikat dengan kontrak.
***
Bonda bangun dah pagi ni kata mak ngah.. seperti biasa selepas subuh mak ngah Aida akan ke bilik nenda untuk menukar lampin dan menyucikan najis jika nenda terbuang air besar...
Erkkkkkkkkkkkmmm.... Bunyi yang dikeluarkan dari mulut nenda. Abang tolong Aida abang bonda kena sawan. Berlari pak ngah ke arah nenda.
Ini sakaratul maut cepat ajar dia syahadah...
Ngah kepada.. tanya papa sebaik sahaja mendengar jeritan mak ngah.
Lailahaillallah.....
Lailahaillallah........
Lahhhh..
Innalillahiwainnalillahirojiun..
***
Nenda dikebumikan bersebelahan kubur arwah mak Su.Mak Su mati kemalangan sejurus melarikan diri selepas membakar rumah nenda. Akibat kebakaran itu badan pak long terbakar separuh badan. Mak long yang sempat keluar meminta pertolongan.
Untuk kali pertama Eric mengikut Tasya pulang ke kampung. Eric masih belum sembuh sepenuhnya dari kemalangan jalan raya tempoh hari jadi dia perlu menggunakan kerusi roda untuk bergerak.
Tanah rumah nenda itu kini telah Adam bina rumah baru untuk daddy dan mummy.
Hana tak dapat balik ke kampung kerana dia baru sahaja bersalin malam tadi. Mama dan papa pada mulanya ingin balik ke rumah mereka di sana tadi ditengah oleh Iskandar risau mereka berdua memandu malam. Tak sangka nenda menghembuskan nafasnya subuh tadi.
Setelah seminggu pengkebumian nenda barulah papa dan mama melawat cucunya.
***
Cucu tok Ma ni buat apa tu? Tanya mama.
Saya tengah menyusu lah tok Ma. Saya suka benar berkepit dengan mama saya. Jawab Hana.
Budak lelaki Hana memang macam tu tak sama dengan perempuan. Kata mama. Tapi masa mama menyusukan Haris dan Hafis itu lagi mencabar dua-dua kuat menyusu lelaki bila balik kerja terpaksa mama baring terlentang. Nasib papa kamu tu rajin dan pandai masak kalau tak, tak berasap lah dapur. Kata mama.
Tahun ni nampaknya kita semua kena beraya di bandar sebab kamu pun masih berpantang lagipun daddy dan mummy kamu Adam dan Eric nak hantar ke pakar sarat. Rumah kita Di sini pun dekat.
Hana ikut sahaja.
Walaupun sudah habis darah nifas Hana masih lagi berpantang.
Betul ni sayang larat nak puasa? Tanya Iskandar. Risau benar dia Hana berpuasa.
Betul abang kalau Hana tak larat nanti Hana berbuka. Kata Hana..
Kalau betul bagi abang peluk dulu. Kata Iskandar. Hana pun memeluk pinggang isterinya.
Peluk je jangan lebih-lebih kata Jasmine.
Kak min, kata Hana bila mendengar suara Jasmine. Tubuh Iskandar di tolak lembut.
Jasmine kau ni potong kata Iskandar.
Kau jangan main-main sentuh Hana tu, memang Hana tu dah lepas darah nifas tapi bahagian dalamnya belum kuat lagi. Amaran Jasmine pada Iskandar.
Ye Jasmine aku tahu tu tapi kena cas jugak tenaga rindu ni. Tak dapat nak peluk malam padat peluk sekejap macam ni pun syukur Alhamdulillah. Kata Iskandar.
Hana ni kak min bawak kurma dengan beberapa jenis campuran herba untuk meningkatkan tenaga dan memperbanyakkan susu ibu. Terang Jasmine.
Ini macam bau Safran dengan madu.. kata Hana.
Betul tu Hana ada ada Safran, kismis, kurma dan madu lebah batu. Sedap Hana, kak min selalu amalkan pada bulan Ramadhan. Kata Jasmine.
Orang lelaki boleh minum jugak ke? Soal Iskandar.
Boleh je. Min pun selalu berkongsi minum dengan Khalid. Jawab Jasmine.
YOU ARE READING
Aku Janji
ActionHana Anisa telah ditunangkan oleh nendanya pada usia 21tahun dengan abang sepupunya Adam Adli. Adam Adli kemudian telah melanjutkan pelajaran ke luar negara dalam bidang kejuruteraan mekanikal Gas. Tiga tahun ditinggalkan oleh lelaki itu, kini Adam...