12

41 3 0
                                    

Aku terima nikahnya Bibi Fatima binti Mamu Muhammad berwalikan adiknya Mamu Jamaluddin bin Mamu  Muhammad dengan Mas kahwinnya ringgit Malaysia satu ribu ringgit sahaja...

Sah.

Sah.

Sah..

Alhamdulillah...

***
Mail, saya serahkan kakak saya kepada awak. Saya tahu awak orang yang jujur dan setia. Tolong jaga kakak saya baik-baik. Kata mamu Jamaluddin.

Insyaallah Jamal. Saya tak berani nak janji bulan dan bintang tapi saya janji selagi saya bernafas saya akan jaga dia sebagai mana aku janji akad nikah itu saya ingin dia jadi bidadari syurga saya.. jawab pak Ismail.

Terima kasih mail. Balas mamu Jamaluddin.

Kakak berbahagialah dengan suami kakak. Jaga rumah tangga kakak baik-baik lupakan apa yang berlaku dulu. Doa abang dan ayah itu biarlah Allah sahaja yang tentukan. Kita yang hidup kena jadi lebih baik. Jangan ulang apa yang dilakukan oleh mereka. Kata mamu Jamaluddin.

Terima kasih dik...

***

Malam ini bibi Fatima dan pak Ismail sah menjadi suami isteri. Bibi Fatima kini tinggal di rumah pak Ismail.

Jemput makan mak, abah. Kata Hana.

Terima kasih Hana. Abah dah banyak susahkan kamu dah is. Seharian kamu berdua kesana kesini. Kata abah.

Betul Hana. Duduk lah dulu minum air sama-sama kami. Kata bibi Fatima.

Ye lah. Hana sebenarnya segan dengan kedua ibu bapa Imani. Walaupun Imani telah tiada tapi hakikatnya dia sebenarnya orang luar dalam keluarga ini.

Jangan segan dengan mak Hana. Kami dah anggap Iskandar macam anak kami sendiri. Siapa pun pilihan Iskandar tetap kami layan seperti anak kandung kami. Ucap bibi Fatima.

Terima kasih mak, abah.

Dah lewat malam ni. Abah rasa penat pulak jomlah emaknya kita masuk ke bilik. Kata Pak Ismail.

Amboi abah awal masuk ke bilik ? Tanya Iskandar yang baru keluar dari bilik selepas menidurkan anaknya intan.

Pengantin baru. Kamu pun pengantin baru jugak. Anak pun dah tidur. Jadi tak rasa kita ikut sunah nabi. Kata Pak Ismail sambil ketawa. Iskandar pun tak kurang hebatnya ketawa.

Aduh... Jerit pak Ismail dicubit bibi Fatima.

Tak apalah abah dulu. Is nak minum air dulu nanti is masuk bilik dengan Hana. Abah nak senaman tu pastikan stamina tu kuat abah. Kata Iskandar sambil ketawa.

***
Dah tidur ke?

Belum.

Sedapnya bau rambut sayang..

Bismillahirrahmanirrahim..

***

Mana mak abah?

Mak kamu tengah mandi. Kita berdua je ke masjid ni? Tanya pak Ismail.

Nampaknya begitu lah Hana pun macam tak siap mandi lagi tu. Kata Iskandar.

Ye lah.. mari lah kita. Kata Pak Ismail sambil tersenyum.

***

Hani masak apa tu. Tegur bibi Fatima.

Hani buat mee goreng dengan roti jala je mak, kuah kari semalam ni masih elok. Bolehlah kita cicah dengan roti jala ni. Kata Hana.

Cekap ye Hana di dapur. Mak tak cekap sangat di dapur. Tapi abah kamu memang cekap. Dia pandai masak macam-macam jenis masakan. Mak dari kecil tak dibenarkan ke dapur dah tua-tua ni nak masak pun menu tertentu je yang mak pandai. Imani pun sama macam mak. Tak pandai masak. Cerita bibi Fatima.

Jemput makan mak. Kata Hana yang sudah siap menyediakan juadah sarapan pagi mereka.

Ya Allah sedapnya roti jala ni. Kata bibi Fatima.

Assalammualaikum.

Waalaikumussalam, Saiful. Masuklah mak bawa isteri kamu tu sekali.

Kenalkan ini isteri baru abang Iskandar kamu. Kata bibi Fatima.

Apa khabar saya Hana. Kata Hana.

Saya Asiah. Rasanya Hana ni lagi muda pada saya. Berapa umur Hana? Tanya Asiah

Dua puluh enam, kak. Jawab

Dah agak. Iskandar tu sebaya dengan Saiful mereka ni kawan sekolah dulu masa arwah ayah Iskandar bekerja di sini. Kata Asiah.

Oh ye ke?

Betul tu Hana. Kata Saiful. Mana abah dengan is?

Kat surau kejap lagi sampai lah tu.

Assalammualaikum..

Waalaikumussalam. Panjang umur. Abang ni Saiful dan Asiah pun ada di sini. Kata Hana.

Hello bro, mereka pun berpelukkan.

Lama tak jumpa. Kau diam-diam je tau nanti bini kau ada isi baru aku tahu kau kahwin baru. Usik Saiful.

Aku memang ada plan nak jemput kau datang rumah Ummi nanti kami ada buat majlis sikit. Jawab Iskandar.

Berapa lama cuti ni? Tanya Saiful.

Seminggu je. Bawak Hana dengan Intan bercuti. Balas Iskandar.

Khalid apa cerita lama betul tak dengar khabar. Soal Saiful.

Alhamdulillah. Sejak ada anak ni baru tahu rasa macam mana. Balas Iskandar.

Jasmine dah selamat bersalin rupanya. Lama betul tak dengar khabar diorang berdua. Kata Saiful

Alhamdulillah baik semuanya. Hana ni sepupu si jasmin. Kata Iskandar.

Kau Iskandar memang suka jalinkan hubungan keluarga kan... Usik Saiful.

Ikut sunnah nabi....

Aku JanjiWhere stories live. Discover now