29

73 3 0
                                    

Hana menyertai mereka membeli belah di salah sebuah boutique pakaian wanita. Setelah selesai membawa anak bujangnya bertemu doktor.

Sayang duduk pegang baby je. Tunjuk je baju mana yang sayang berkenaan abang akan ambil. Kata Iskandar

Abang tahun ni raya kita nak pakai warna apa? Hari tu masa perkahwinan ayah Imani kita dah sedondon berwarna ungu, kenduri kesyukuran rumah Ummi warna pink. Abang cuba tengok warna royal blue dengan kuning mustard tu macam cantik je.

Kedua baju itu di cuba..

Dua-dua cantik nak pilih yang mana ni? Kata Hana.

Ambillah dua-dua satu kita pakai untuk hari raya satu lagi untuk majlis akikah Han. Jawab Iskandar.

Abang cantik ye baju gaun budak perempuan tu.. untuk Intan sehelai dua boleh kan. Kata Hana sambil tersenyum.

Ye lah...

Sori, Hanan lambat sikit tu budak berempat tulah. Akak pilih dah baju raya? Tanya Hanan. Baru sampai.

Abang Iskandar kamu dah siap bayar pun Hanan. Patutlah lambat akak masuk tadi tengok kamu tak ada. Jawab Hana. Haris, Hafis, ayu dengan Lily pilihlah baju akak belanja.

Betul ke kak Hana. Haris nak kurta lah senang nak guna solat jumaat. Kata Haris.

Hafis pun macam tu jugak. Tapi nak jugak lah baju melayu sepasang buat teman papa pagi raya. Papa tak suka sangat kurta ni papa suka paten baju  melayu Johor kata Hafis.

Memang anak papa kata Hanan. Pilihlah baju kamu dengan papa sekali.

Baik sisters.. kata mereka serantak.

Ayu, Lily pilih lah.. kata Hana.

Seganlah kak. Kata Lily.

Nak segan apa Lily. Akak patut berterima kasih kat Lily tolong temankan si ayu ni. Nak harap budak berdua tu. Emmm.. ke laut lah jawabnya. Hafis tu boleh tahan tak kuat menyakat si Haris tu menyakat nombor satu. Kata Hanan.

Akhirnya ayu dan Lily memilih sepasang baju kurung moden warna yang sama hijau. Hafis dengan Haris pun sama memilih warna hijau..

Gatal.. kata Hanan. Sabar je lah.

Hanan membeli dua pasang baju kurung moden bersama Shaw dan sepanjang caftan. Untuk Ijat sepasang baju melayu berwarna sama dengan Hanan dan dua helai kurta. Sepasang jubah muslimah untuk ibu mertuanya dan sehelai kurta untuk bapa mertuanya. Untuk mama juga sepasang jubah muslimah, papa sehelai baju melayu Johor yang dipilih oleh Hafis.

Selesai membeli boutique itu Hana dan Iskandar terus pulang ke rumah. Manakala Hanan dan Ijat mengambil hamper raya khas untuk kakitangan grocery shop. Haris dan Hafis membawa ayu dan Lily berjalan-jalan ke jalan tar.

***

Abang kita singgah kat kedai emas sekejap Hana ingat nak bagi mama dengan ummi seutas gelang sorang. Kata Hana.

Boleh jugak tu. Abang pun dok fikir nak bagi apa Ummi tu pun boleh tahan koleksi baju dia. Bijak lah sayang ni. Kata Iskandar

Isteri abang kan.

Seutas rantai leher untuk Intan. Dua utas rantai tangan untuk mama dan Ummi. Untuk Hana, Iskandar memilih satu set rantai tangan jenama pandora sesuai untuk wanita moden dan bekerja seperti Hana.

Untuk papa dan Iskandar. Hana memilih seutas jam tangan. Sebenarnya Hana membeli melalui atas talian.

***
Nah untuk awak kata Hafis. Pakailah hari raya nanti masa kami datang beraya kat rumah awak. Kata Hafis. Lily akan pulang ke kampung neneknya di Johor.

Insyaallah..terima kasih Hafis.

Emmm.... Sama-sama. Balas Hafis.

Woiii, ayu.. panggil Haris pada ayu.

Awak tak boleh panggil elok-elok sikit ke? Marah ayu.

Sori. Nah untuk kau nanti kita pergi raya kat rumah Lily kau pakailah tudung ni. Aku belanja..

Malam raya mereka semua berkumpul di rumah Hana. Kebetulan jugak mak ngah pun berhari raya di sini. Pak long Nordin dan mak long Azza pun tinggal bersama Tasya.

***

Mereka semua berkumpul di tiny house milik Iskandar dan Khalid untuk memasak. Sebab dihadapan dah itu memang mereka pasang tempat BBQ.

Suasana di rumah Hana.

Hafis dan Iskandar mengambil tugas memasak lemang dan ketupat.

Didalam Hanan dan puan anizah sibuk menyediakan rendang ayam kampung dan kuah kacang beserta sate.

Hana dan ayu menyediakan juadah kuih-muih.

Haris tukang kalut. Sambil-sambil itu sempatlah dia bermain bunga api bersama intan dan anak-anak Jasmine adik-adik Jasmine juga 2x5 dengan Haris.

Di rumah Jasmine mereka menyediakan juadah hari raya seperti rendang daging, lontong dan sambal jawa.

Di rumah Tasya pula.

Mak long Azza dan Tasya menyediakan juadah nasi Arab. Ketupat periuk kera dan rendang daging.

Pagi raya selepas bersarapan mereka bersama-sama ke masjid.

Pulang dari masjid mereka menuju ke rumah Tasya melawat Pak long dan berhari raya. Dari rumah Tasya ke rumah Jasmine. Kemudian berkumpul di rumah Hana.

Disebelah petang mereka ke rumah Ummi.

Tasya dan Eric pula ke rumah ami.

Hari raya ke tiga. Mereka berhari raya ke rumah Lily. Kerana keluarga Lily mengadakan majlis rumah terbuka.

Senyum ke telinga masing-masing bila melihat pujaan hati memakai baju sedondon. Hanan buat muka menyampah.

Selepas seminggu berhari raya majlis akikah Ishan pun berlangsung.







You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 18, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Aku JanjiWhere stories live. Discover now