Saya Eric Achmed, saya ada temujanji dengan Tuan Iskandar.
Eric...
Sila duduk.
Perbincangan diantara Iskandar, Khalid dan Eric berjalan lancar. Kini baru mereka berdua tahu punca kenapa Eric merahsiakan perkahwinan mereka. Kata putus telah dibuat perkahwinan Eric dan Tasya.
Eric telah memberikan sejumlah wang untuk Tasya menjaga anaknya.
***
Tasya. Tegur Hana.
Duduklah lama sangat tasya berdiri tu. Hana tahu Tasya rindukan Eric. Tapi kandungan dan tubuh Tasya pun kena rehat jugak. Pujuk Hana meminta Tasya untuk duduk.
Kandungan Tasya kini masuk tujuh bulan dan Tasya jugak sudah empat bulan tidak bertemu dengan suaminya Eric. Sejak kejadian Eric menghalau Tasya dari kondonya gara-gara Tasya tidak mahu mengugurkan kandungannya.
Assalammualaikum.
Waalaikumussalam.. abang dah sampai. Kata Hana.
Dibelakang Iskandar berdiri seorang lelaki..
Tasya ada didalam masuklah.
Eric.
Tasya... I'm sorry..
***
Malam ini Eric bermalam kali kedua dikediaman Iskandar. Bangsal tempat meletak Iskandar dan Khalid kini telah diubah menjadi tempat khas untuk Eric dan Tasya bersama.
Abang dengan Khalid tak keluar ke malam ni? Tanya Hana.
Tak ada tempat best sayang nak melepak.. kata Iskandar. Selalunya dia dan Khalid akan bermain snuker di tiny house belakang rumah mereka tu. Tapi sejak Eric dan Tasya dah bersama Iskandar faham tentu mereka tidak ingin diganggu. Lagipun sekarang ada tanda-tanda keluarga mertua Eric mula memantau pergerakan Eric.
Intan mana sayang? Tanya Iskandar
Dah tidur abang lepas solat Isyak tadi. Jawab Hana. Mata Iskandar masih tertumpu kepada televisyen yang menyiarkan pertandingan badminton.
Hana pun mendekatkan tubuhnya kepada Iskandar. Tangan Iskandar diangkat lalu dia duduk di celah ketiak Iskandar. Iskandar tersenyum gembira kerana isterinya memang pandai mengambil hati dan manja bila bersama. Bahu Hana digosok lembut dan pipi Hana dicium lembut.
Love you sayang. Bisik Iskandar.
Love you so much abang.
Jom ke katil.. ajak Iskandar sambil tersenyum penuh makna.
***
Iskandar, Hana, papa dan Ijat kini berada di rumah papa. Satu mesyuarat sedang diadakan berkenaan outlet baru grocery shop suria.Ijat rasa kita dah boleh beli tingkat atas bangunan tu kak, di situ kita boleh jadikan pejabat rasmi syarikat, bilik mesyuarat dan tempat latihan. Cadangan mula dibentangkan oleh Ijat selaku pengurus operasi.
Papa pun setuju dengan cadangan Ijat tu Hana. Sebab papa nampak kedai kamu pun sentiasa ada pembekal yang datang kadang nak tunggu giliran masuk ke pejabat tu lambat. Pejabat kecil. Papa pun mengeluarkan buah fikiran ye.
Tapi papa kalau kita beli setingkat buat pejabat tentu pihak mereka tak mahu. Untuk kata Hana pulak.
Apa sayang beli je semua tingkat bangunan tu abang tambahkan modal. Kata Iskandar.
Maksud abang, Hana tak faham.. tanya Hana.
Abang Salleh cadang nak buka syarikat keselamatan tapi dia tak ada modal. Kalau sayang tak keberatan nanti sayang sewakan pada kami. Kata Iskandar.
Nak sewa buat apa itukan duit abang jugak yang keluar. Kata Hana.
Tak abang memang nak bagi bangunan tu kat Hana sebagai esat perniagaan Hana. Kata Iskandar.
Emmm...
Dengar ni Hana. Jika Hana ada esat kekal ini akan memudahkan Hana untuk membuat pinjaman, atau kalau sayang nak buka cawangan baru kebolehpercayaan lebih tinggi bila kita ada esat. Kata Iskandar.
Ok faham.
Papa setuju..
Up too you boss kata Ijat.
Tapi Hana tak pandai nak buat macam mana.. kata Hana.
Itu sayang jangan risau abang akan lantik diri abang untuk jadi peguam yang mewakili sayang.
Sokong kata papa dan Ijat serentak.
***
Ijat rasalah. Lauk ni saya yang masak kata Hanan.Untuk Ijat sahaja ke akak kat sini tak nak pelawa ke? Usik Hana.
Akak...
Makan Ijat jangan tengok je. Banyak kerja kamu nak selesaikan nanti jangan dilayan Hanan dan Hana ni diorang memang suka bergurau. Kata papa.
Pakcik saya sebenarnya nak mintak izin untuk berkawan dengan Hanan. Kata Ijat.
Kawan macam mana tu tanya Iskandar sambil tersenyum.
Abang is.. tegur Hanna.
Ijat. Sejujurnya pakcik sangat berkenaan dengan kamu pakcik tak nak kamu dengan Hanan berkawan sebolehnya pakcik nak kamu ada tindakan menjadikan Hanan suri yang halal untuk kamu. Kata Encik Hanif.
Alhamdullillah. Saya memang berniat kearah itu tapi saya segan dengan kak Hana dan Encik Iskandar.. saya ni orang biasa-biasa sahaja pakcik. Mak dan abah pun asal orang kampung. Mereka cuma kakitangan kerajaan biasa-biasa sahaja. Cerita Ijat.
Mak dan ayah kamu kerja apa Ijat? Soal papa.
Abah kerja di pejabat pertanian. Mak pulak kerja pejabat perpaduan daerah. Jawab Ijat atau nama sebenarnya Mohd Rohaizad bin Adam.
Pejabat perpaduan? Samalah dengan makcik. Kata Puan Anizah. Siapa nama mak kamu Ijat.
Roslinda, makcik. Dah dekat nak pencen jugak mak saya tu.. kata Ijat lagi.
Roslinda binti Rosli ke Ijat? Tanya mama lagi.
Ye.. makcik. Macam mana makcik tahu? Tanya Ijat.
Ya Allah kecilnya dunia ni. Itu kawan makcik dari zaman budak-budak. Kami masak ITM sama-sama duduk sebilik lagi.
YOU ARE READING
Aku Janji
ActionHana Anisa telah ditunangkan oleh nendanya pada usia 21tahun dengan abang sepupunya Adam Adli. Adam Adli kemudian telah melanjutkan pelajaran ke luar negara dalam bidang kejuruteraan mekanikal Gas. Tiga tahun ditinggalkan oleh lelaki itu, kini Adam...