Sayang. Panggil Iskandar kepada Hana.
Ye abang. Jawab Hana sambil melipat kain baju yang dibeli mereka. Pakaian ini telah dicuci siang tadi di kedai dobi. Nasib baik Iskandar membeli sebiji luggage untuk memasukkan pakaian mereka.
Abang nak bagitau ni. Kita tak balik rumah Ummi kita akan terus balik ke rumah kita. Kata Iskandar.
Hana terhenti memasukkan pakaian ke dalam luggage.
Habis tu macam mana dengan Ummi. Tanya Hana.
Abang Ibrahim sepupu abang berkahwin dengan Ika saudara susuan abang. Ika menaruh hati pada abang. Jadi untuk mengelakkan kejadian itu berulang lagi Ummi minta kita keluar dari rumah Ummi. Cerita Iskandar.
Patutlah abang suruh Hana kemaskan barang-barang kita masuk dalam beg luggage tapi kita bawak sikit je dalam kereta. Kemudian abang bawa kami shopping. Rupanya sebab kita nak pindah. Ummi dah tahu ke? Tanya Hana.
Ummi mahu kita keluar tapi selepas majlis kesyukuran nanti. Tapi abang rasa baik kita balik ke sana sehari sebelum majlis. Abang tak nak Ika dengan abang Ibrahim ada masalah. Kata Iskandar lagi.
Faham. Balas Hana.
Jangan risau rumah kita tu lagi dekat dengan rumah mama dengan papa. Sayang nak balik rumah bila-bila masa pun boleh. Kita pun berjiran dengan Jasmine. Kata Iskandar.
Betul ke abang? Terima kasih. Sayang abang. Lalu tubuh Iskandar dipeluk erat oleh Hana.
I love you sayang.
Love abang..
Sayang kemas dulu ye. Tapi abang macam mana dengan barang-barang sekolah Intan. Tanya Hana.
Itu semua abang dah ambil abang hantar pada pak Salleh yang jaga rumah kita tu. Abang beli rumah tu masa Khalid baru berkawan dengan Jasmine tapi rumah tak siap lagi.
Abang rapat ye dengan abang Khalid? Tanya Hana.
Abang dengan Khalid tinggal serumah masa mula-mula kerja dulu. Masa tu Ummi mintak abang keluar sebab nak jaga hati abang ib dengan Ika. Lepas mereka berdua pindah ke abu Dhabi abang nikah dengan Imani. Abang nikah awal masa tu umur abang 24tahun. Imani umur 27tahun. Imani bunting pelamin, jadi sejak tu kami tinggal dengan Ummi. Masa umur intan empat tahun mereka berdua kemalangan jalan raya. Akibat daripada kejadian itu intan fobia dia gagal mengeluarkan kata-kata dan tidak memberi apa-apa reaksi. Hampir dua tahun intan jadi seperti patung bernyawa dah bermacam-macam cara abang buat. Satu hari tu intan hilang masa keluar dengan Ummi dan bibik. Cerita Iskandar sambil melihat Hana.
Hana ingat. Masa tu Hana nak tengok tapak baru grocery shop Hana. Tiba-tiba ada seorang budak perempuan duduk mencangkung badan dia ketar macam ketakutan. Subhanallah Hana jerit bila dia nyaris-nyaris di langgar troli. Intan dengar suara jeritan Hana terus menangis Hana lari peluk dia. Jawab Hana.
Sebenarnya itulah kali pertama intan memberi reaksi positif terhadap sesuatu. Sejak dia bertemu dengan Hana barulah intan memberi respon. Abang pulak masa tu pernah Jasmine dan Khalid nak temu kan kita tapi abang tolak. Sebab abang berkenalan dengan seorang perempuan ni dia seorang bisnes woman. Mula-mula kenal tu nampak ok, cara dia bercakap dengan Intan dan Ummi bila selalu jumpa dia mula macam tunjuk tindak balas tak suka pada intan. Abang keliru jadi ambil keputusan untuk solat istikharah...
Apa yang abang jumpa lepas solat istikharah tu soal Hana seakan tidak sabar.
Abang jumpa Hana.
Betul-betul lah abang. Betul. Kalau tak Caya tanya kat Khalid. Disebabkan mimpi dalam istikharah tu abang ambil positif abang tolak semua perempuan yang cuba untuk dekat dengan abang. Sampai hari kita kat kampung.
***
Hati-hati memandu nanti. Pesan pak Ismail.Baiklah abah. Jawab mereka.
Kalau nak balik sini lagi jangan lupa bawak balik cucu baru abah. Usik Pak Ismail.
Pecah ketawa mereka semua.
YOU ARE READING
Aku Janji
ActionHana Anisa telah ditunangkan oleh nendanya pada usia 21tahun dengan abang sepupunya Adam Adli. Adam Adli kemudian telah melanjutkan pelajaran ke luar negara dalam bidang kejuruteraan mekanikal Gas. Tiga tahun ditinggalkan oleh lelaki itu, kini Adam...