Dengan sekali lafaz sahaja Hanan sah menjadi isteri kepada Ijat.
Bijak pasangan ini memilih hantaran. Hantaran Hanan berupa kelengkapan rumah. Manakala hantaran Ijat kereta dan beberapa kelengkapan gajet yang diperlukan oleh Hanan.
Oleh kerana Hanan menggunakan kereta yang dibeli oleh papa kepada Hana jadi kereta itu dijadikan kereta keluarga ini kerana Haris dan Hafis pun dah mempunyai lesen memandu.
Papa dan mama terus pulang ke kampung bersama mak ngah kerana mak Su meninggalkan nenda seorang diri ketika ketika jururawat yang membantu menjaga nenda keluar membeli barang keperluan nenda.
Aduhai nenda seakan jatuh di timpa tangga. Dengan keadaan tak berkeupayaan sekarang geran tanah dan barang kemas milik nenda telah dibawa lari oleh mak Su.
***
Kini Ijat dan Hanan diberi tanggungjawab untuk menjaga rumah papa dan si kembar Haris dan Hafis.Bukan main suka lagi budak berdua tu bila tinggal bersama Ijat. Hujung minggu ada sahaja aktiviti seperti berbasikal, badminton dan futsal. Kalau tak sempat pingpong pun menjadi aktiviti hujung minggu mereka. Meja pingpong itu milik Iskandar tapi kini menjadi tempat lepak Iskandar dan Khalid jugak menyertai mereka bersukan.
***
Erkkk.... Ah... Bie.. sakit jerit kecil Tasya.Sabar dear. Tunggu doktor cakap teran baru dear teran tau... Pesan Eric.
Tasya mula rasa hendak bersalin ketika semua ahli keluarga mereka berkumpul untuk pulang ke kampung. Mereka terpaksa pulang segera kerana mak Su meninggalkan nenda seorang diri dengan membawa lari geran tanah dan barang kemas nenda.
Eric terus menghubungi ambulans untuk membawa Tasya ke hospital.
Weekkkk....
Akhirnya Tasya selamat melahirkan seorang bayi lelaki..
Assalammualaikum Ally panggil Eric kepada anaknya.
***
Nasib tak menyebelahi nenda rumah nenda terbakar kerana pergelutan diantara pak long dan mak Su. Sebaik sahaja mengetahui mak Su mencuri geran tanah dan barang kemas nenda pak long balik ke kampung. Kemudian dia kembali semula ke bandar mencari mak Su. Setelah menemui mak Su, pak long membawa mak Su pulang ke kampung..
Pada mulanya ayah chik dan pak ngah berjaya meleraikan pergaduhan itu. Keadaan pulih setelah pak ngah tapi malam itu.. mak Su membuka gas di dapur kemudian membaling api.
***
Macam mana dengan daddy dan mummy. Tanya Tasya sambil mengendong bayinya.Sabar Tasya.. pujuk Hana. Kau tak boleh macam ni kau baru 20hari bersalin. Ingat anak kau. Eric sudah tidak pulang sebaik sahaja dia membawa pulang Tasya pulang dari hospital. Ini menyebabkan emosi Tasya lagi terganggu.
***
Jenazah dibawa dari hospital dalam keadaan sudah dimandikan kerana jenazah dalam keadaan sangat teruk.
Selesai solat jenazah, jenazah mula diturunkan dan dibawa ke tanah perkuburan..
Hana dengan Iskandar balik esok sahajalah kata papa. Dah lewat malam ni. Hana pun tengah sarat tu.
Tasya kamu habiskan berpantang di sini ye. Pujuk mak ngah. Nanti kamu boleh tolong bagikan semangat untuk mummy kami. Kesian dia fobia dengan kejadian tu. Kata mak ngah.
Betul kata mak ngah kamu tu Tasya. Papa kamu masih tak sedarkan diri lagi. Pasal Eric tu nanti Iskandar dan Khalid akan uruskan. Kata papa.
***
Eric melihat keadaan keretanya yang telah pecah cermin...Eric kau ok ke? Kalau kau nak guna kereta gunalah kereta aku dulu pelawa Khalid.
Tak ada Khalid, Iskandar korang berdua dah banyak tolong aku. Aku ni lelaki dan seorang ayah sekarang sampai bila aku nak terus hidup dengan bayang-bayang mereka. Cuma satu aku minta. Sepanjang ketiadaan aku tolong jaga Tasya dan Ally baik untuk aku. Ucap Eric.
Kalau macam tu kau cakap kami tak boleh buat apa-apa. Tapi kalau kau perlu kan kami terus hubungi kami kata Iskandar.
Insyaallah.. aku gerak dulu nanti budak-budak aku akan datang ambil kereta ni kata Eric.
Baiklah.
Eric berjalan dari grocery shop, klinik haiwan, pejabat guaman Khalid dan Iskandar... Mr.diy dan beberapa lagi kedai sebaris bangunan ini.. kakinya terhenti di sebuah restoran western food.
Kedai untuk dijual.
Hello Sir...
Thomas.
Eric.
***
Ting tong.... Eric turun dari kereta Thomas.Setelah berbual panjang dengan Thomas. Thomas menawarkan diri untuk menghantar Eric ke tempat tujuannya.
Eric..
Assalammualaikum ami.
Waalaikumussalam syukran ya anak..
Tubuh ibu itu dipeluk erat dan air matanya mula mengalir..
Ampunkan Eric.
Aku dah lama ampunkan kamu Eric.
Ami, Eric ada sesuatu nak bagitau. Ami dah dapat cucu? Gambar Ally ditunjukkan kepada Ami ( ami panggilan seperti umi, ibu, mama tapi digunakan oleh orang Pakistan)
Anak Baizura? Tanya ami.
Tak. Tasya.. isteri kedua Eric. Tasya baru keluar hospital dan sedang berpantang sekarang. Cerita Eric.
Macam mana dengan Baizura? Dia masih bersama kakak kamu? Tanya ami.
Ye, mereka masih bersama sebab itu dia tak mahu mengandung dan melahirkan anak. Eric rasa Eric dah tak sanggup nak tanggung semua ni ami. Eric nak lepaskan Baizura. Kata Eric.
Dulu lagi ami suruh Eric buat macam ni. Tapi Eric... Kata Ami tergantung begitu sahaja. Harta tu tak bawa kita ke mana-mana pun Eric. Ami bersyukur sangat bila Eric kembali kepada fitrah manusia. Tinggalkan maksiat itu semua Eric. Anak dan isteri macam mana. Tak sabar ami nak jumpa mereka berdua.
Insyaallah ami. Selesai segala urusan Eric dan Baizura. Eric akan bawa ami jumpa Tasya dan Ally..
Comel ye anak kamu ni Eric. Kata Ami yang melihat cucunya di layar telefon Eric.
Kuat menyusu ni ami. Cerita Eric kepada Ami terpancar wajah ke gembiraan Eric.
Macam kamu masa kecik kuat menyusu..
YOU ARE READING
Aku Janji
ActionHana Anisa telah ditunangkan oleh nendanya pada usia 21tahun dengan abang sepupunya Adam Adli. Adam Adli kemudian telah melanjutkan pelajaran ke luar negara dalam bidang kejuruteraan mekanikal Gas. Tiga tahun ditinggalkan oleh lelaki itu, kini Adam...