"Saidatul Mardiyyah! Aku tak nak tengok muka mengantuk kau dalam kelas aku. Pergi basuh muka sekarang!" Jerkahan itu membuatkan aku yang tadinya tersengguk terus mengangkat wajah secara mengejut. Bibir dan tubuhku terus menggigil sebaik sahaja bertamu mata dengan Tuan Alvin.9 Ya Allah, apa kau buat ni Saidatul?!
"M... maaf, tuan!" Aku terus bangun dan tantas berjalan menuju ke arah tandas yang berada di hujung blok sana. Langkahku longlai dan lemah seiring dengan air mata yang mengalir lesu membasahi pipi.
Aku... nak balik. Aku dah tak sanggup! Aku dah tak sanggup teruskan latihan ini.
Bayangkan sajalah, semalam pintu bilik kami diketuk kuat pada pukul 3 pagi! Dan tak semena-mena kami disuruh tukar uniform rasmi serta-merta. Tak cukup dengan itu, selang beberapa minit kami disuruh tukar kasut pula. Nak menangis aku dibuatnya tapi aku tahu kalau menangis, lebih teruk aku dimarahi.
Jadi lebih baik diam dan pendam.
Setelah aku membilas muka berkali-kali, nafas dalam kutarik. Saidatul Mardiyyah, kau boleh. Kau boleh buat semua ni! Kau bukan lemah! Kau boleh tempuhi semua ini! Kata-kata semangat aku tiupkan buat diri sendiri supaya aku tidak terus putus semangat.
Nanun sebaik sahaja aku sampai di hadapan kelas...
"Kau masuk tandas tadi pergi basuh muka ke tidur?!" Sekali lagi jerkahan kasar menerobos ruang pendengaranku. Aku ketap bibir lalu menghela nafas perlahan. Kepala kutundukkan sedikit. "Maaf, tuan.
Tuan Alvin melangkah setapak demi setapak ke arahku dengan megah. Tangannya pula masih utuh memeluk tubuh. Aku bagaikan anak kecil yang menanti hukuman oleh ibu ayahnya. Aku tahu memang salah aku sebab tak cekap. Jalan lembap macam kura-kura! Sepatutnya aku sebagai pelatih askar tak boleh jadi lembap!
"Aku tanya... kau masuk tandas pergi tidur ke basuh muka?! Jawab bila aku tanya!" Sekali lagi jerkahan itu membuatkan aku tersentak. Namun tidak lama sebelum aku juga bersuara perlahan. "Saya basuh muka, tuan. Maaf kerana saya tidak cekap." Aku tunduk sedikit tanda hormat kepada Tuan Alvin yang masih lagi berwajah singa.
"Duduk! Sekali lagi aku tengok kau mengantuk dalam kelas aku, siap kau. Satu kelas kena denda sebab kau. Nak macam tu?"
Aku teguk liur kesat.
"Tak nak, tuan." Setelah itu aku terus bergegas ke tempat dudukku tanpa mempedulikan pandangan simpati rakan-rakanku. Aku tahu ini baru secebis daripada cabaran yang perlu aku lalui. Ibu pernah kata, nak jadi askar hati kena kental. Tak boleh lemah, tak boleh lembik!
"Saidatul Mardhiah! Senjata yang ada kat tangan aku ni namanya apa?" soal Tuan Alvin sambil merenungku tajam. Aku sedikit menggigil apabila menyedari yang aku langdung tak dengar waktu dia perkenalkan senjata api itu tadi. Ya Allah, apa aku nak jawap ni?!
"S... s..."
"Gagap apa?! Tadi masa aku mengajar kau tidur. Sekarang aku nak kau jawab senjata ini namanya apa. Kalau gagal jawab, satu kelas ni akan lari dekat pantai dengan kasut besi yang basah macam latihan haritu. Nak?!" Sekali lagi bahu aku terhinjut hebat. Aair mata mula mengalir membasahi pipi mulusku. Kuatkanlah aku Ya Allah...
"M16, tuan!"
Tuan Alvin tersenyum.
"M16 ya, Saidatul Mardiyyah?"
Aku semakin menggigil. Aku main bedal aje jawab sebab aku betul-betul tak tahu apa jawapannya! Ya Allah, habislah aku.
"Okay, guys! Get ready for larian di pantai. 10 rounds! Make sure basahkan kasut tu betul-betul! Terutamanya kamu, Saidatul! Dan tahniah juga sebab dah buatkan kawan-kawan kau terpaksa tanggung kecuaian kau."
Aku katup mata kesal.
Inilah, yang harus aku hadapi.
.
,
,"Kakak..." Lembut suara itu bergema memanggilku tapi cukup buatkan jantung aku macam nak gugur. Aku terus bangun mendadak sambil dadaku naik turun mencari nafas.
Aku... Aku dah lambat untuk ke latihan! Aku akan diherdik lagi!
Belum sempat aku turun dari katil, tubuhku ditahan lembut oleh seseorang. Ubun-ubunku juga diusap sayang membuatkan aku semakin tenang dan larut dalam belaiannya. Aku dongakkan wajah memandang ibu yang sedang tersenyum lembut itu.
"Ibu..."
"Turun makan dengan ibu ayah ya? Abang oun dah tunggu tu. Jom." Tanganku ditarik lembut untuk turun dari katil membuatkan aku tersenyum. Ah, ibu.
"Ibu turun dulu, boleh? Kakak nak gosok gigi, cuci muka, dan mandi. Nanti lepas siap kakak turun terus ya?" Aku usap lembut tangan tua ibu itu. Ibu hanya mengangguk sebelum keluar daripada bilikku.
Aku jeda seketika.
Ya, inilah aku sekarang.
Tiga tahun lepas, aku sudah menamatkan perkhidmatan aku sebagai seorang askar dek peristiwa hitam yang aku rasa aku tak akan pernah lupa. Tiga tahun jugalah, aku didiagnosis sebagai pesakit kemurungan dan trauma.
Aku juga... ada tabiat pelik sekarang. Setiap kali orang panggil nama aku walaupun hanya lembut, aku terus akan tabik hormat dan berdiri tegak seperti sewaktu aku berada dalam latihan askar dahulu. Pelik, bukan? Memalukan, bukan?
Tapi ya, itulah yang harus aku hadapi selama tiga tahun ini. Dan kerana itulah aku masih tak dapat kerja walaupun ada kelulusan tinggi kerana aku menyambung pelajaranku sebaik sahaja berhenti menjadi askar. Sudah banyak kali aku layak ditemu duga tapi tetap gagal kerana sikap aku yang satu ini. Sekarang, aku masih mencari kerja tapi tidaklah meletakkan harapan terlalu tinggi.
Benarlah, letak harapan pada manusia, kau akan kecewa.
Tapi aku juga rasa segan dengan ibu ayah dan abang. Sejak aku disahkan sakit mental ni, mereka jaga aku macam kaca. Sikit pun tak sakitkan hati, malah buat aku rasa disayangi. Tapi bila lama-lama begini, rasa macam menyusahkan oranglah pula. Aku ni belajar tinggi-tinggi buat apa kalau tak kerja?
"Kakak, apa kau buat lagi dalam bilik tu? Abang hempuk dengan senduk kayu ni karang. Orang panggil keluar makan tak keluar-keluar. Ini mesti bberangan kahwin dengan putera raja." Suara abang bergema kuat dari luar bilik buatkan aku terus mengetap bibir. Dasarr abang tak guna!
"Sabarlah! Orang tak mandi pun lagi," rungutku geram apabila abang dah mula buat perangai dia tu. Abangku yang bernama Rian ni suka sangat kacau aku. Eh tapi jangan salah faham. Dia baik! Baik sangat. Tapi itulah, perangai menyakat dia tu dari kecil sampai besar tak hilang!
"Tak payah mandilah, kakak. Kau tak busuk pun. Jom makan. Nak suruh ibu ayah tunggu lama-lama ke?" Dia membebel lagi di balik pintu besar itu. Aku pula hanya diam. Tapi kalau aku tak mandi...
"Ingat kakak, kau bukan dalam kem askar dah sekarang. Tak ada orang akan sepak kau kalau kau tak mandi awal sekali pun." Serentak itu, pintu terbuka dari luar. Ah, aku lupa nak kunci.
"Abang tahu kau masih dibayangi masa hitam kau, tapi abang tahu kau kuat. Sekarang ni, enjoy life kau, okey kakak? Kau dah lama menderita." Abang berkata lagi sambil mengusap kepalaku lembut.
"Tapi abang... nanti mereka pukul aku lagi kalau aku tak mandi..." Aku akhirnya teresak-esak dalam dakapan abang.
Trauma.
YOU ARE READING
EPISOD LUKA
RomanceSaidatul Mardiyyah, seorang bekas askar. Dipenuhi kisah silam yang hitam membuatkan dia menjadi trauma akan segalanya. Tengku Arif Andriel. Siapa dia? Tunggu dan lihat sahaja.