BAB 14

257 58 13
                                    

"Argh!" Sebaik sahaja Andriel kata begitu, aku tak dapat menahan diri lalu menjerit sekuat hati. Mukaku pucat lesi seperti baru lepas kena kejar hantu.  Bibir juga menggeletar akibat malu yang melampau.

"Diyya..."

"Jangan panggil nama saya! Tak nak! Tak nak dengar!" Akibat malu yang teramaat sangat, tak pasal-pasal Andriel kena marah dengan aku.  Itulah. Siapa suruh buat kerja gila. Dahlah aku baru je sedar daripada pengsan! Ada ke pula dia pergi lamar aku?!

Abang pula apa lagi? Daripada tadi bantai gelak macam orang tak siuman. Benci!

"Tuan ni. Siapa ajar tuan melamar orang macam tu?" Aku marah dia lagi. Andriel yang terkulaat-kulat itu terus pandang aku. "Lepas tu, macam mana?"

Aku mengeluh kuat sambil merentap selimut yang menutupi tubuhku. Lantas aku duduk tegak di atas katil empuk itu. Pandang dia tajam. "Pergilah jumpa mak ayah perempuan tu!" Kasar jawapanku. Tak peduli dah dia dia aku ke apa. Aku sakit hati betul sekarang ni. 

"Okey, kejap lagi saya turun jumpa parents awak." Dia sengih. Aku pula rasa macam nak penggal dia hidup-hidup. Boleh pula diaa bergurau dalaam masa-masa gawat ni? Cari pasal namanya.

"Tuan ni kan. Boleh tak jangan bergurau?" Aku bersuara agak kuat dan marah. Tak suka! Abang pula dah terpinga-pinga tengok kami gaduh macam tu sekali.

Seketika, mata Tuan Andriel mula meredup. Dia pandang aku dalam. "Siapa kata saya bergurau? Okey salah saya lamar awak macam tu tadi, but i really wanna marry you, Saidatul Mardiyyah."

Kali ini aku terdiam. Riaknya yang tak main-main itu buatkan aku jadi takut. Betul ke Tuan Andriel ni? Kenapa tiba-tiba?

"Saya suka awak dan nak halalkan awak. Dan saya betul-betul tak ada rasa nak bergurau sekarang." Sekali lagi Andriel bernada serius. Matanya memandang tepat ke arahku membuaatkan aku terdiam kelu. 

"Bro, kalau kau memang suka adik aku, jumpa ibu ayah." Kali ini abang pula buat aku rasa nak tercekik. Apa abang ni buat keputusan tak tanya aku dulu?!

"Tapi saya perlukan persetujuan dia dulu, abang. Saya tak akan paksa kalau dia memang tak suka saya. Saya tak nak dia tak ikhlas jadi isteri saya walaupun saya betul-betul serius nak kahwin dengan dia. Salah saya juga melamar tiba-tiba begini kan?" Tuan Andriel ketawa kecil dan hambar membuatkan aku rasa...lain.

"Tak payah tunggu dia bersuara, Riel. Dia adik aku. Aku tahu. Daripada mata dia dia pun aku tahu dia memang sukakan kau. Kalau tidak, dia takkan berusaha keras untuk siasat kes syarikat kau sampai tak tidur. Aku kenal Diyyah. Dia takkan korbankan masa tidur dia untuk buat kerja. Tapi kau, terkecuali. Kau bijak kan, Andriel. Fikir la sendiri." Bahu Tuan Andriel, abang tepuk dua tiga kali sambil tersenyum. Aku pula memang dah biru muka bila abang bongkarkan rahsia aku. Cis,  tak guna!

Tuan Andriel kelihatan sangat terkejut. "Awak tak tidur, Diyyah? No wonder awak kena migrain hari ni. Kenapa awak buat macam tu?" Dia agak marah padaku membuatkan aku hanya tertunduk.

"Saya tak suka tengok tuan dipijak kepala macam tu. Saya tak suka tengok tuan sedih." Aku berkata tanpa memandang wajah lelaki itu. Ah, apa aku ni? Jujur benar. Argh!

"Ha, tengok. Nak kata tak sama-sama suka lagi?  Aku hempuk kepala sorang-sorang kang! Dah kau, Andriel. Turun! Jumpa mak ayah aku. Tak payah nak mengorat dengan adik aku sangat. Dah halal suka hati kau la nak bagi selori gula pun." Abang ketuk kepala Tuan Andriel macam member.

Aku pula hanya diam tak berkutik. Masih malu. Terkejut tadi pun tak habis lagi, tiba-tiba ditambah dengan confession Tuan Andriel pula. Nak pecah otak aku!

"Abang Rian, saya turun dulu. Saya nak jumpa mak ayah Diyyah." Tanpa apa-apa amaran, dia kata begitu. Mataku terbuntang luas mendengarkannya. Weh, jangan buat gila weh! Ibu dan ayah mana tahu apa-apa pasal aku dengan Tuan Andriel! Mahu tak terkejut orang tua tu nanti.

"Tuan jangan buat kerja gila, tuan. Saya ni pekerja tuan saja. Kalau tuan nak ambil saya jadi isteri juga, saya harap tuan tak menyesal," ugut perlahan. Aku nak dia fikir betul-betul sebelum menyesal di kemudian harinya. Aku ini... banyak sangat kekurangan. Terlalu banyak.

"Sebelum saya buat keputusan, saya dah istikharah, Diyyah. Dan jawapannya adalah awak." Dengan senyuman, dia berkata. Aku pula sudah terpana mendengarkan jawapannya itu.

Dia buat solat istikharah?

Ya Allah...

"Kalau macam tu, baiklah."

Tanpa sedar, aku juga sudah mengukir senyuman kecil.

EPISOD LUKAWhere stories live. Discover now