3 minggu kemudian,
"Tak boleh!"
"Tak apalah..."
"Tuan, saya cakap tak boleh kan?"
"Biarlah dia..."
Bam!
Aku hentak meja sambil mata mencerun tajam memandangnya. Tuan Andriel yang terkebil-kebil itu nampak comel, tapi bukan itu motif aku sekarang.
"Tuan, kita boleh saman dia. Kenapa tuan nak butakan mata saja? Dia dah bocorkan maklumat syarikat ni!" Aku mula membentak kuat. Sikap profesional yang selama ini aku terapkan dalam diri sudah terbang begitu sahaja. Aku betul-betul sakit hati dengan sikap degil Tuan Andriel ni.
"Tak apalah. Kita sempat bertindak dan tak rugi apa-apa kan? Saya tak nak besarkan benda ni..." Sekali lagi dia membantah cadanganku walaupun nadanya hanya lembut dan...
Seperti pasrah.
Aku renung matanya tajam. "Tuan ada sorokkan sesuatu daripada saya kan? Now tell me. Siapa yang buat semua ni?" Tegas aku menyoal. Tuan Andriel pula hanya mengeluh beberapa kali sambil memicit dahinya. Kasihan dia..pasti keletihan memikirkan tentang masalah syarikatnya ini.
"Sumpah saya tak tahu, Diyyah. Saya cuma dah penat hadap semua ni. It's the same thing repeating over and over. Akhirnya saya biarkan saja. Dah letih naik turun mahkamah. Dia sentiasa ada cara nak cuba jatuhkan saya." Tuan Andriel berkata perlahan dan lemah. Bahunya juga kendur.
Aku terdiam seketika.
"But still, kita kena dapatkan keadilan! Mengalah dengan dia hanya buatkan tuan nampak lemah. Tak apa, saya bagi pihak tuan akan cuba sedaya upaya untuk tuntut keadilan bagi tuan. Just wait and see." Dengan yakin aku berkata. Kepala aku tegakkan, menunjukkan kredibilitiku sebagai seorang peguam.
Aku, Saidatul Mardiyyah.
"Wow, you look sassy, girl," komennya sambil tergelak kecil membuatkan aku mendengus tak puas hati. Sassy apanya? Aku nak jadi tegas ni. Karang kalau aku betul-betul keluarkan perangai masa dalam kem askar dulu, terkucil dia.
"Tuan selalu pendam sendirian apa yang tuan rasa kan? Tiga minggu saya kerja dengan tuan, tiga minggulah saya nampak tuan struggle sorang-sorang. Langsung tak mahu susahkan pekerja walaupun syarikat ada masalah. Pukul 10 malam pun tuan masih berjaya dekat office lagi. Those eyes. Dah macam panda saya tengok. Tuan kena jagalah diri. Saya tak sukalah tengok tuan macam ni. Kalau saya report kat Tuan Alvin, mahu dia kurung tuan dalam bilik." Aku membebel panjang sambil cekak pinggang. Mata pula pandang dia tajam-tajam macam bilah pisau.
"Janganlah marah...Garangnya awak ni. Cupcake mana boleh garang-garang. Tak comel." Dia muncung panjang sambil memalingkan wajah dariku. Konon-konon merajuk. Budak ni kalau aku wrestling karang.
"Cupcake lagi. Dahlah. Saya nak masuk bilik, nak buat kerja. Dan tuan sila balik sekarang. Saya tak kisahlah tuan nak kata saya kurang ajar ke apa tapi tuan kena balik sebelum saya call Tuan Alvin. Balik, rehat! Bukan buat kerja. Masa orang kena panic attack haritu tahu pula marah kalau orang nak buat kerja. Ni dia degil tak apa pula." Aku membebel perlahan pada hujung ayat tapi aku tahu dia dengar. Ah, lantak. Biar sedar diri sikit.
"Tak nak. Saya nak settlekan kerja sikit aje lagi. Pleasee..."
"No! Balik."
"Alah, tak na..."
Aku dengan selambanya keluarkan telefon pintar dari poket blazerku lalu berura-ura untuk menelefon seseorang membuatkan lelaki itu terus kalut ribut. Pastinya dia dah tahu apa aku nak buat. Aku sengih sinis.
"Awak ni...suka paksalah! Tak sukanya. Eiii dislike! Dislike!" Dia mula mengemas barang yang bersepah di atas meja tapi mulut masih tak berhenti membebel tak puas hati dengan aku.
Aku ketawa kecil melihatkannya. Comel.
.
,
,"Assalamualaikum..." Aku memberi salam perlahan dek kerana keletihan. Tadi aku bebelkan Tuan Andriel sebab tak cukup rehat, tapi alih-alih aku pula yang overworked. Lihat saja sekarang. Pukul 11 malam baru reti nak balik rumah. Ini pun aku terus balik rumah tanpa singgah mana-mana. Mujurlah tak terserempak dengan hantu.
"Waalaikumussalam."
Mendengarkan ada orang jawab salam, terus aku terlompat akibat terkejut. Ya Allah, makhluk mana ni?! Ada orang belum tidur ke?!
Aku pandang si dia.
"Abang ni kan!" Terus aku sepak kaki dia berkali-kali sebab geram sangat. Dah kenapa duduk dalam gelap macam ni ha?! Jantung aku sikit lagi nak tercabut tahu tak?
"Aduh! Hesy, mana abang tahu kau nak balik. Ingatkan memang nak bertapa kat office tu." Dia menyinis selamba membuatkan aku terus rasa nak sepak dia lagi. Mulut celupar betul!
"Aku ada kes kena settlekan la. Sebab tu balik lambat. Abang pun tahu aku ni kalau selagi tak settle kerja aku takkan balik." Aku berjalan perlahan dan mengambil tempat disebelahnya yang sedang menyiapkan kerja di laptop. Mungkin tengah buat soalan exam memandangkan pelajarnya dah nak exam final.
"Still, itu bukan alasan untuk kau overworked. Abang tak suka tengok kau pressure macam ni. Abang jadi teringat apa yang dah perlaku kat kau dulu. Abang... tak boleh..." Dia mengelak daripada berpandangan dengan aku, tapi aku tahu dia dah nak menangis memandangkan suaranya dah bergetar.
"Dont think about that anymore abang. If i can heal, why dont you?" soalku lembut sambil menepuk belakang abang yang sudah sedikit teresak. Dia ni dah kenapa tiba-tiba menangis?
"Abang tak boleh, kakak. Dah tiga hari abang tengok kau balik lambat, keletihan, tak cukup tidur, dan tiga hari tu jugalah abang asyik risaukan kau. Aku tahu, kau yang alami semua ni tapi aku yang nampak dengan mata kepala aku betapa teruknya kau dulu. Lifeless. Dying. Aku dah tak sanggup, kak. Serius, aku tak sanggup. Aku harap kau tak lupa, tangan ni la yang pangku kepala kau masa tu. Aku... Aku pun trauma, kakak. I just cant let it go yet..."
Aku yang tadinya selamba kini sudah tak mampu tahan air mata. Ya, benar. Abanglah salah seorang insan yang pernah lihat betapa teruknya keadaan aku dahulu. Aku jadi sampah, dia yang kutip aku. Cantikkan aku semula.
Ya, dialah.
Muhammad Rian.
"Abang, kau jangan nak emo malam-malam ni. Kita lupakan episod luka tu ya? Move on pada episod bahagia pula. Like, masa kita pergi jalan-jalan kat Korea haritu! Banyak kau belikan aku barang-barang abe handsome!" Aku berceloteh riang buatkan abang mula melakar senyuman semula.
Ya...Episod luka ini, tak sepatutnya terus menghantui hidup kami. Hidup aku.
Namun, bagaimana mahu padam episod itu, jika seluruh ceritanya masih ada?
.
,
,Semalam tak sampai pun 15 :( Tapi takpe! For today, to unlock new chapter, 20 votes and 15 comments!🧁
YOU ARE READING
EPISOD LUKA
RomanceSaidatul Mardiyyah, seorang bekas askar. Dipenuhi kisah silam yang hitam membuatkan dia menjadi trauma akan segalanya. Tengku Arif Andriel. Siapa dia? Tunggu dan lihat sahaja.