Aku tarik nafas sedalam-dalamnya. Aku rasa mulut aku dah kering sebab daripada tarik asyik teguk liur berkali-kali.
Apa yang aku rasa sekarang?
Takut. Berdebar. Sakit.
Tapi, Alhamdulillah, dengan pujukan Tuan Andriel, sekarang aku boleh berhadapan dengan Tengku Alvin Adha A.K.A tenaga pengajarku dahulu. Sejujurnya, aku diserang panic attack tadi bukanlah disebabkan Tuan Alvin. Dia tak pernah buat perkara buruk pada aku. Setakat tengking atas kesalahan yang aku buat, itu sudah biasa. Askar kan? Nak lembut macam mana?
Namun, kehadiran Tuan Alvin mengingatkan aku kembali pada masa lampauku di kem askar dahulu. Kenangan yang paling perit dalam hidupku. Kenangan yang aku rasa takkan pernah aku lupakan sampai mati.
Kenangan apa itu? Biarlah ia menjadi rahsia dahulu buat masa sekarang.
Sekarang, aku kena yakinkan Tuan Andriel bahawa ayahnya tiada kena mengena pun dengan trauma yang aku alami sekarang. Kasihan Tuan Alvin jika dia menjadi mangsa keadaan walhal dia tak ada salah pun dengan aku.
"Tuan Andriel..."
"Yes cupca..." Aku terus buntangkan mata apabila dia nak sebut lagi nama panggilan itu. Ya Allah dia nilah! Aku sebat juga karang. Kalau ayah dia fikir yang bukan-bukan macam mana?!
"What's with that 'cupcake', Arif? Saidatul ni bakal menantu papa ke? Kenapa papa tak pernah tahu pun? Wait, didn't i tell you jangan bercinta? Kamu tahu tak bercinta tu haram? Hey, budak sekarang ni memanglah. Buat macam bercinta tu tak berdosa! Padahal dah terang-terang ia mendekati zina dan dah sebut pun dalam Al-Quran yang kita tak boleh mendekati zin..."
"Papa! Calm down! Arif tak bercinta dengan dia pun la! Hesy papa ni..." Tuan Andriel dan menggeleng sambil urut kepala membuatkan aku tergelak kecil. Itulah, siapa suruh cari pasal panggil aku nama macam tu?
"Dah tu? Cupcake bagai? Ada kamu nampak macam dia ni boleh makan ke?" soal Tuan Alvin tegas. Tu dia, sekarang dah nampak semula ketegasan seorang Major Tengku Alvin Adha. Aku dah ada ura-ura nak kena panic attack semula, tapi cepat-cepat aku beristighfar. Mengatakan pada diri sendiri bahawa Tuan Alvin hanyalah seorang ayah kepada bos aku.
"Orang tersilap sebut sikit aje. Tu pun nak marah. Tak nak kawan papa."
Aku teguk liur. Perlu ke aku pengsan? Ke gelak macam pontianak?
Ini Tuan Andriel?! CEO AAZ Holdings, salah satu syarikat yang paling gah dalam Malaysia ni? Seriously?!
"Kamu ni cuba jadi matang, Arif. Kamu tu pengarah syarikat tahu tak? Tak ada lagi papa tengok pengarah macam kamu ni. Perangai kalah budak darjah enam. Nak ada isteri macam mana ni?" Tuan Alvin tepuk kuat belakang Tuan Andriel sehingga lelaki itu mengaduh kesakitan.
"Ah, itaiyo! (It hurts!)" Dia mengaduh dalam bahasa yang aku rasa bahasa jepun kut. Entahlah, aku bukan tahu sangat pasal bahasa ni. Yang aku tahu pun bahasa Perancis sebab ambil kos tu zaman sekolah dulu.
Sedang aku terkebil-kebil, tiba-tiba mata Tuan Alvin memanah ke arahku. Tubuhku automatik tegak. Tangan pula seperti biasa, sudah tabik hormat ke arahnya.
Ah, aku malu. Tapi...aku sedar inilah yang perlu aku hadapi. Biarlah apa yang mahu mereka kata. Mereka tak tahu akan keperitan hidupku.
"Ya tuan!"
Tuan Alvin berkerut. "Saidatul, kita bukan di kem sekarang. Saya juga bukan seseorang yang kamu perlu hormat sampai macam ni. Zaman tu dah lama berlalu sejak awak berhenti, Saidatul." Dia berkata tenang tapi tetap terselit tegas.
"Saya sebenarnya dah lama nak tanya, tapi saya mengaku saya memang ego. Jadi, saya akan tanya awak hari ni. Kenapa awak berhenti, Saidatul Mardiyyah? Apa yang dah jadi? Saya kenal awak. Awak bukan mudah putus semangat. Mesti ada sebab kenapa awak berhenti."
Dup!
Soalan itu. Soalan yang...membunuh.
Aku pandang Tuan Alvin lama. Akhirnya, aku membuat keputusan untuk bersuara setelah sekian lama berdiam diri. "Saya dibuli, tuan. Seteruk mana, apa dah jadi, kenapa saya dibuli, saya masih tak sedia nak luahkan semuanya. Tapi ya, untuk pengetahuan tuan, itu sebabnya saya berhenti." Aku tersenyum perit setelah meluahkan perkara itu.
Tuan Alvin kelihatan sangat terkejut dengan kata-kataku tadi. "Awak dibuli? Kenapa awk tak pernah bagitahu saya? Awak dibawah jagaan saya, Saidatul! Awak sepatutnya beritahu saya tentang apa dah jadi!" Suaranya mula naik tinggi seperti sedang menahan marah. Mendengarkan itu, aku terus menunduk memandang lantai. Tak berani angkat wajah.
"Pa, calm down. She's still scared." Tuan Andriel kelihatan sedang menenangkan ayahnya.
"Macam mana papa nak sabar? Papa rasa gagal sebagai seorang ketua tahu tak? Anak buah papa kena buli, tapi papa tak tahu!" Tuan Alvin sekali lagi bernada tinggi membuatkan bahuku terhinjut.
"She must have her reason, you know? Kita bagi dia masa bertenang, boleh? Tak boleh paksa dia macam ni. Nak bercakap pasal masa lalu, perit sangat pa. Arif faham dia. Jadi, papa pun kena faham ya?" Lembut Tuan Andriel memujuk lagi. Aku mula rasa nak menangis dengan sikap Tuan Andriel. Ya Allah, pertama kali aku jumpa manusia yang faham aku selain keluargaku. Padahal, kami baru sahaja berkenalan.
"Saidatul, saya minta maaf sebab naikkan suara pada kamu ya? Saya cuma rasa kecewa. Saya tak salahkan kamu. Maaf sekali lagi ya?" Kali ini Tuan Alvin lebih tenang dan mampu tersenyum membuatkan hatiku sedikit lega.
"Tak apa, tuan. Terima kasih sebab prihatin dengan keadaan saya. Jujur, tuanlah ketua yang paling banyak ajar saya untuk cekalkan hati, kuat dengan segala ujian dan sebagainya. Untuk itu, saya nak berterima kasih sangat-sangat. Banyak jasa tuan pada saya." Aku sudah mula bisa menerima kehadiran Tuan Alvin sedikit demi sedikit. Syukurlah.
Tuan Alvin senyum sekilas. "Kamu antara kadet harapan saya juga, Saidatul. Tak apalah, saya doakan awak berjaya dalam bidang yang awak ceburi sekarang. Kerja elok-elok ya?" Dia berikan senyuman hangat seorang ayah membuatkan aku turut sebak.
Tunggulah, nanti suatu hari pasti aku akan ceritakan Tuan Alvin tentang apa yang berlaku. Kini...biarlah segalanya masih tersimpan rapi dalam genggamanku.
Dan...biarlah aku simpan sendiri segala episod luka yang berulang tayang ini...dalam diriku.
.
,
,Done! To unlock next chapter, gimme 20 votes and 15 comments!🧁 Saya penat ii tulis, korang boleh bagi saya happy dengan komen tu ya!🥺
YOU ARE READING
EPISOD LUKA
RomanceSaidatul Mardiyyah, seorang bekas askar. Dipenuhi kisah silam yang hitam membuatkan dia menjadi trauma akan segalanya. Tengku Arif Andriel. Siapa dia? Tunggu dan lihat sahaja.