Tanpa aku sedari, dah bergelen-gelen air mata jatuh dalam milo aku. Cis, mesti masin! Pantas aku menggeleng laju sebelum mengesat sisa-sisa air mata yang masih berbaki. Hesy, sudah-sudahlah fikir pasal tu, Saidatul. Buang masa saja.
Okey, milo dah masin. Biskut dah habis. Tapi aku masih lapar.
Argh!
Akhirnya, aku dengan tak rela hatinya bangun menuju ke bilik dan bersiap ala kadar. Pakai tudung bawal warna hitam, sarung sweater, stokin tak lupa sebab kaki itu juga aurat ya! Dan akhir sekali, benda alah mask ni. Tak pakai, kena samanlah kau. Tak pasal-pasal RM 1000 melayang.
Berhati-hati aku turun tangga, takut jatuh terpeleot nanti karang sia-sia aje. Tak sampai lima minit, aku sudah pun berada di dalam kereta. Termenung tak tahu nak makan apa. Ya Allah, seorang perempuan benar-benar complikentut.
Mc Donald?
KFC?
Texas?
Argh, aku tak tahulah!
Kring!
Sedang aku khusyuk berfikir, tiba-tiba abang long telefon. Ni yang rasa nak marah ni. Kalau lapar, telefon pun boleh campak dalam longkang tahu?
"Waalaikumussalam, ha nak apa. Cepat sikit cakap tu. Kakak nak pergi cari makanan ni. Lapar." Tanpa ada apa-apa mukadimah, terus aku kata begitu. Jangan buat main dengan orang lapar.
"MasyaAllah sistur. Kau ni kan. Tak, aku nak cakap aje yang anak saudara kau dah lahir. Kembar seiras lelaki perempuan. Dah tu je. Bye." Belum sempat aku proses maklumat yang abang long kata tadi, dia dah tutup telefon. Cis, tak guna.
Akhirnya aku sebagai adik yang baik pun mengalah dan telefon dia sekali lagi untuk dengar balik maklumat yang dia mahu sampaikan tadi.
"Ha, hello. Kau kenapa tutup call cepat sangat? Apa kau nak cakap tadi, Long?" soalku sebaik sahaja panggilan kami bersambung. Aku dengan abang long gelak kecil sebelum bunyi sedikit bising menerobos ruang pendengaranku.
"Yang, kakak ni. Cakaplah dengan dia."
"Kakak? Abang dah bagitahu ke anak kita dah lahir?"
"Dah, tapi dia jadi mak singa lapar tadi. Terus abang tutup telefon sebab seram. Sayanglah bagitahu."
Aku yang mendengar perbualan suami isyeri itu mula berasap. Dasar abang tak guna! Mengumpat aku eh? Ingat aku pekak ke sampai tak dengar dia kata apa? Baru aku nak bidas abang, tiba-tiba suara lembut Kak Effa berbunyi.
"Kakak, anak kami kembar tau! Nanti bila-bila free kakak datanglah jumpa diorang!" Ceria sungguh suara Kak Effa ketika itu. Ya, pastilah ceria. Siapa saja tak suka dikurniakan cahaya mata? Kembar pula tuu. Aku juga tumpang gembira dengan khabar ini.
"Yaaa. Tahniah Kak Effa! Nanti ada masa kakak datang jumpa twins tau! Kak Effa pun jangan ganas-ganas dalam pantang. Nanti jahitan terbuka, sakit sia-sia aje." Aku membebel ringkas kepada Kak Effa supaya dia ingat yang dia tu baru lepas bersalin. Karang buat hal nak panjat bukit macam masa mengandung haritu, naya abang aku.
"Yelah, kakak. Kak Effa dah insaf lepas jadi mak orang ni. Beranak pun dah separuh mati. Nasib baik tak berdarah ke lengan abang kamu akak cengkam." Kak Effa berkata kemudian tergelak kecil. Aku turut ketawa mendengarnya. Padan muka abang. Itulah, lembik sangat kan?
"Kakak sebenarnya kagum sebab abang long tak pengsan. Dia kan penakut."
Makin seronok aku bahan abangku yang seorang itu.
"Ah, sudah-sudah! Bini aku nak rehat. Kemain kau kutuk aku eh? Siaplah nanti kau beranak, aku kutuk kau kaw-kaw!" Serentak itu, talian dimatikan. Lah, abang long sentap hahaha!
Lama juga aku termenung sebelum sedar yang aku masih berada dalam kereta. MasyaAllah, dari tadi kata nak cari makanan tapi tak keluar-keluar pun! Akhirnya aku mengeluh perlahan sebelum mengucap bismillah dan memulakan perjalanan. Lantaklah, cari aje la kedai-kedai yang aku rasa nak makan. Just go with the flow orang kata.
YOU ARE READING
EPISOD LUKA
RomanceSaidatul Mardiyyah, seorang bekas askar. Dipenuhi kisah silam yang hitam membuatkan dia menjadi trauma akan segalanya. Tengku Arif Andriel. Siapa dia? Tunggu dan lihat sahaja.