BAB 15

302 37 7
                                    

Aku tarik nafas dalam-dalam, kemudian hembus. Tarik lagi, hembus lagi. Sekali lagi, hembus lagi.

Gulp!

Aku tunduk seketika memandang tubuhku yang sudah tersarung busana pengantin berwarna putih gading ini. Cantik. Tapi tak mampu menenangkan jantung aku yang macam nak tercabut ini.

Mana tidaknya? Kurang lima minit lagi aku bakal dinikahkan dengan Tengku Arif Andriel, bos yang selama ini aku hormati. Dialah yang selalu bantu aku jika aku dalam kesusahan. Tak sangka pada hari ini dia akan berjabat tangan dengan ayah aku sendiri untuk... menghalalkan aku sebagai isterinya yang sah.

Sungguh aku tak sangka.

Tunduk lagi. Suasana sedikit bingit dengan gelak tawa para tetamu, tidak aku endahkan. Bibirku masih tak henti berselawat dan berzikir untuk menenangkan hati yang gundah ini.

Tiba-tiba, terasa bahuku disentuh perlahan. Aku berpaling seketika.

"Kenapa menggigil ni kakak? Tenang. Insya-Allah semuanya berjalan lancar. Doa banyak-banyak." Ibu berkata lembut sambil menggenggam tangan sejukku ini. Aku hanya mengangguk kecil.

"Tengku Arif Andriel bin Tengku Alvin Adha." Suara ayah bergema. Dan serentak itu nafasku jadi pendek-pendek. Panik! Ya Allah!

"Ya, saya."

"Chill, babe. Jangan tahan nafas tu. Kau nak pengsan ke tahan nafas macam tu?!" bisik Melissa agak kuat. Tersedar dari lamunan, aku terus lepaskan nafas yang aku tahan sejak tadi.

"Aku nikahkan dikau dengan anakku Saidatul Mardiyyah binti Muhammad Ezad dengan mas kahwinnya seribu seratus ringgit, tunai."

Nafas aku tarik sekali lagi. Ini kemuncaknya. Detik terakhir sebelum statusku berubah serta merta.

"Aku terima nikahnya Saidatul Mardiyyah binti Muhammad Ezad dengan mas kahwinnya seribu seratus ringgit, tunai."

Nafas terhela lega. Alhamdulillah.

"Tahniah, kakak."

"Tahniah, Saidatul."

"Tahniah!"

Ya, tahniah untuk aku kerana telah sah dimiliki seorang lelaki yang bernama Andriel.

.
,
,

Aku tersenyum manis disamping lelaki yang baru bergelar suamiku ini. Tangan kecilku tenggelam dalam genggamannya buatkan hatiku rasa hangat. Tak pernah seumur hidup aku menyentuh lelaki yang bukan mahram. Dan bila tanganku digenggam lelaki yang berhak iaitu suami sendiri, aku rasa sebak.

Inilah indahnya menjaga ikhtilat sebelum berkahwin.

"Sayang?" Aku tersenyum lagi. Sejak akad nikah tadi, dia dah boleh panggil aku sayang. Katanya dah lama dia nak panggil aku begitu tapi masih belum halal. Jadi sekarang, segala sayang dia nak panggil pun boleh! Eee sukanyaa!

"Ya, abang?"

"Are you okay? Panas ke?" soalnya lembut sambil mengelap peluh di dahiku. Aku tersenyum kecil sebelum menggeleng. Biasalah berpeluh sikit. Lagipun dewan ni dilengkapi aircond! Tak adalah meruap sangat panasnya.

"Arif." Mendengarkan suara garau itu, terus aku berdiri tegak. Cuba menahan diriku daeipada tabik hormat dihadapan tetamu-tetamu ini. Mesti dia orang anggap aku pelik nanti! Hesy...

"Ya, pa? Mama mana?" soal Andriel.

"Ada dengan kawan dia. Saidatul okay? Kenapa pucat sangat papa tengok. Dah makan belum?" soal Tua... Eh papa. Nadanya lembut sekali. Sangat berbeza dengan sewaktu dia di kem latihan dahulu. Bahuku yang tegang tadi mula mengendur.

"Saidatul ok... okey, papa." Namun, aku masih tak mampu buang gagap ni bila berhadapan dengan papa.  Sedikit sebanyak, traumaku masih bersisa.

"Okeylah kalau macam tu. Malam ni rehat ya? Arif, bibik dah kemas dan hias bilik kamu tu. Nanti bawa Saidatul rehat ya? Kesian dia mesti penat." Pesanan itu diberikan sebelum papa melangkah pergi. Sebaik sahaja kelibat papa hilang, aku terus dongakkan kepala memandang suamiku itu.

"Abang rasa papa terasa ke sebab Diyyah masih takut dengan papa? Diyyah tak sengaja. D... Diyyah masih trauma..." luahku perlahan sambil menguis kainku ini. Tak sedap hati melihatkan wajah keruh papa tadi. Rasa berslaah sangat!

"Dia terasa kejap aje tu. Alah, papa fahamlah keadaan Diyyah. Jangan fikir banyak sangat tau?" Kepalaku yang masih berbalut tudung, Andriel usap perlahan.

Aku hanya mengulas senyuman kecil sambil mengangguk. Semoga, papa tak rasa yang aku benci atau sisihkan dia...

.
,
,

Suasana di ruang makan ini riuh sekali. Adik beradik Andriel ni memang kecoh dan lucu. Ini kalau dah lama-lama aku selesa dengan mereka, boleh masuk geng ni. Aku pun kecoh juga!

Tapi disebabkan ada papa dihadapan, aku langsung tak berani bersuara meskipun papa sejak tadi banyak ketawa dan tersenyum ceria.

"Saidatul, makanlah. Kenapa termenung, sayang?" soal mama prihatin. Aku terus pandang mama kalut-kalut. Senyuman aku pasang sebelum bersuara. "Nak makan dah ni, ma. Sedap tomyam mama buat!" ujarku ceria. Yalah, kalau dengan mama, boleh je aku bercakap macam orang normal. Masa memasak tadi pun kecoh dapur dengan gelak tawa kami berdua. Mestilahh mama pelik bila nampak aku diam je. Kontra betul. 

"Eh mengada-ngada. Kamu yang banyak tolong mama tadi. Basically itu kamulah yang masak. Sedap tak isteri kamu masak, Arif?" Aku mengetap bibir apabila mama tanya Arif tentang masakanku pula. Aduh mama!

"Sedaplah! Kan isteri kesayangan Arif yang masak." Serentak itu, bahuku dipeluk erat oleh Andriel kemudian disahut dengan usikan usikan abang dan kakaknya.

"Gedik ah, adik!"

"Gelii aku nengoknya!"

"Pikir kau sorang ke ada bini ha, budak?"

Dia terus buat muka. "Nak flex sikit pun tak boleh. Huh." Aku terus tergelak. Gediknya laki aku ni. Macam tak percaya dia pernah jadi bos aku. Eh, tapi apa bezanya? Masa jadi bos pun gedik juga! Tengok lipas pun menjerit macam nampak hantu!

"Kamu kena faham yang adik kamu tu tengah in love. Jangan dikacau! Doa doalah cepat sikit papa dapat cucu lagi." Papa pula berseloroh membuatkan keadaan sekali lagi jadi gamat dengan usikan usikan nakal.

"Ha, doalah banyak-banyak. Nak merasa juga dukung baby ni," kata Andriel selamba membuatkan aku terus pukul bahunya. Gatal! Tak sampai sehari lagi kahwin dah sebut pasal anak! Depan orang pula tu!

"Ha lepas tu kau kerja siapa nak jaga, Arif?" soal Irin, kakak sulungnya.

"Well well well, since papa yang nak sangat, kita bagi papa la yang jaga." Sekali lagi dengan selamba badaknya dia suruh papa jaga anak kami. Hesy tak tahu malu betul laki aku ni Laaa!

"Eh suka hati dia je. Papa nak dating dengan mama dah tua-tua ni! Sila hantar anak kamu ke pengasuh ya. Kami busy." Papa berkata sambil mencuit hidung mama.

Kami terdiam..

Lama...

"Ewwww papa what is this? PDA?!"

"Papa dah tua tau. Kena sedar hakikat tu!"

"Hahaha papa! Flirty flirty papa tu dah tak jalan pa. Anda dah tua! Hahahahaah!"

Aku juga turut tertawa. Kuangjo punya anak-anak.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 06, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

EPISOD LUKAWhere stories live. Discover now