BAB 3

302 53 0
                                    

Aku buka peti.

Tutup.

Buka lagi.

Tutup lagi.

Buat kali kesepuluh, aku menguap panjang.

Penat ulang alik, akhirnya aku rebahkan badan ke atas katil. Bosannya... Baru tadi ibu ayah dan abang pergi, aku dah mula rindu dengan mereka. Tiba-tiba pula mereka kena pergi awal sebab Kak Effa dah masuk hospital. Dah rasa contraction gamaknya. Semoga Allah mudahkan urusan Kak Effa melahirkan anaknya. Aamiin!

Yang aku ni, dari tadi asyik bukak tutup peti sebab aku lapar dan bosan sebenarnya. Bukan tak ada kereta. Bukan juga tak ada lesen atau duit. Tapi aku malas. Kalau dah namanya malas memang tak jadi kerjalah, Saidatul oi! Jadinya aku buat keputusan untuk termenung ajelah sambil makan biskut cicah milo yang agak tawar ini. Sendunya hidup...

Bila aku tenung biskut ni lama-lama, aku mula terkenang kembali kisah pahit saat berada dalam kem latihan askar dahulu. Tak pasal-pasal ada setitis air mata jatuh dalam milo aku. Ish!

Aku hela nafas panjang.

Peritnya saat itu, tak pernah aku lupakan.

3 tahun lalu,

"Saidatul, aku laparlah wei. Jom kita pergi buat maggie kat bawah nak tak?" Rara merengek perlahan sambil tarik-tarik tanganku membuatkan aku mencebik geram. Asyik lapar aje budak ni.

"Kau ada stok maggie ke? Aku punya dah habis Yaya bedal sampai dua pek semalam. Dasar kawan tak guna." Aku sengaja cakap kuat-kuat biar minah tu dengar apa yang aku kata. Yaya hanya tersengih-sengih sambil memegang sebelah lagi tanganku. Nak pujuklah kiranya. Cis!

"Alah, nanti aku gantilah balik. Lapar weh semalam. Nak period kut. Sorry tau Sasa." Dia buat gaya kucing merenyam tak mandj setahun. Aku terus tolak kuat tangannya dan juga Rara daripada terus memegangku macam lesbian!

"Ha yelah. Rara, ambil mangkuk kau tu cepat. Air panas kat bawah tu dahlah dekat dengan bilik senior. Habislah kalau diorang nampak aku lalu kat situ. Mesti kena paksa basuh tandas diorang." Aku buat muka ngeri bila terbayangkan wajah-wajah seniorku itu. Jujur, aku sudah banyak kali dibuli teruk oleh mereka seperti menyental tandas, basuh baju mereka dengan tangan dan sebagainya. Dan, hanya aku aje yang kena buli macam tu. Sebab apa? Sebab aku hodoh kata mereka.

"Wehh, aku lupa pasal senior tak guna tu. Tak payahlah, Sasa. Aku takpe lapar pun asalkan kau tak kena buli dengan diorang." Rara berkata sambil menarik aku yang sudah berdiri untuk duduk semula. Aku tergelak kecil mendengar kata-katanya itu. Aduhai, Rara.

"Tak apa, Ra. Kau gastrik tau. Kalau tak makan nanti kena attack tengah malam macam mana? Aku tak suka tengok kawan-kawan aku sakit tau." Aku berkata sambil memeluk bahu Rara erat. Yaya juga turut sama tersenyum melihatkan kami.

"Ha yelah. Tapi kalau diorang nak buat hal lagi dengan kau, kau jangan berani halang aku untuk masuk campur. Kau ni pun satu, Sasa. Kalau aku nak tolong, mesti kau tak bagi. Ingat aku ni lembik sangat ke? Kalau lembik tak adanya aku boleh jadi askar ni." Dia membebel geram sambil memincingkan mata ke arahku. Aku pula hanya mengeluh. Sebenarnya kalau boleh, aku tak nak mereka masuk campur sebab aku rasa macam aku ni lemah sangat sampai orang lain kena tolong. Faham tak? Haih, aku tahu aku komplikentut.

"Yalah. Dahlah, jom." Malas mahu bercakap panjang, aku terus tarik tangan Rara dan Yaya untuk turun ke bawah.

Dan seperti yang aku jangka, lalu saja di hadapan bilik mereka...

"Saidatul Mardiyyah!"

Automatik, badanku jadi tegak.

"Ya, saya!

"Ha, datang juga kau akhirnya kan? Lama kau tak lalu sini. Kenapa? Takut aku suruh kau buat macam-macam?" soalnya sambil menapak selangkah demi selangkah mendekati aku, Rara dan Yaya. Namun, belum sempat senior yang bernama Rina itu buat apa-apa padaku, Rara terlebih dahulu menepis.

"Kak Rina ni kenapa? Asyik cari masalah dengan kawan saya! Saya pun pelik sebab setahu saya tak ada pula dia buat perangai dengan senior-senior sampaikan kau orang berdendam macam ni!" Rara, atau nama sebenarnya Raihana berkata kuat tanpa sedikit pun rasa gentar. 

Aku telan liur. Rara ni kalau marah, memang seram.

"Ra, dahlah tu..."

Rina tertawa kecil. Tak semena-mena, tudungku ditarik kasar sehingga kepala terteleng ke arahnya. Ya Allah, sakitnya leher aku..

"Kau tanya kenapa?! Ni, budak ni. Dahlah miskin, hodoh, lembap! Ada hati nak jadi askar konon. Eh, aku tak sukalah kau mencemarkan nama baik askar. Tak adanya askar hodoh macam kau ni! Ahaha, aku rasa kalau penjahat tengok kau pun dah pengsan sebab hodoh sangat." Rina menghina aku tanpa rasa bersalah sambil tangannya masih lagi melekat dihujung tudungku.

Tubir mata terasa panas. Mereka layan aku begini, kerana aku hodoh kah?

Aku hanya membisu saat Rara dan Yaya bertengkar mulut dengan mereka. Air mata yang jatuh menitis, aku biarkan membasahi baju. Namun, tiba-tiba biskut yang aku bawa sekali dengan mangkuk tadi dirampas kasar. Aku mendongak walaupun leher terasa seperti mahu patah.

Biskut itu... dilempar ke tanah.

Dipijak.

Berkali-kali.

"Tak ada makanan pun layak masuk dalam mulut kau yang macam sampah ni. Busuk!"

Aku angkat bola mataku memandang wajah Rina yang masih lagi seronok memijak biskut kering itu. Tanpa aku sedari, diluar kawalanku...

Pang!

"Kaki kau lagi tak layak pijak atas makanan ni."

Jeda.

Namun, setelah beberapa ketika, aku mula menyedari apa yang telah aku lakukan tadi. Mata terbuntang luas, nafasku jadi tak sekata. Aku takut! Mereka... akan bunuh aku!

"M...maafkan saya. Saya tak sedar apa yang saya b..."

Buk!

"Saidatul!"

EPISOD LUKAWhere stories live. Discover now