Lelaki itu hanya senyum sekilas melihatku yang hanya selamba. Seketika, dia mengetuk-ngetuk pen di permukaan meja. Kaki disilang, tubuh dipeluk. Wajahnya megah. Terserlah aura seorang Tengku dan pengarah syarikatnya.
Auranya... seperti seseorang.
Seseorang yang...
Mengingatkan itu, nafasku jadi tersekat-sekat. Tapi aku tahankan sahaja kerana tidak mahu merosakkan interview kali ini. Aku tak mahu hampakan keluargaku lagi.
"So, Cik Saidatul Mardiyyah..."
Tidak dapat tidak, aku...
"Ya, tuan!" Tubuhku terus tegak. Suaraku kuat melengking memenuhi segenap ruang bilik ini. Aku menggigil menahan rasa takut dan malu namun masih lagi statik ditempatku. Tangan pula masa setia tabik hormat kepadanya.
Ya Tuhan, aku tak mahu begini.
Sungguh aku tak mahu.
Tapi, aku tak boleh.
Bantu aku Ya Allah!
Aku dapat dengar suara Tuan Andriel sangat panik sekarang ini. Kehulu hilir mencari bantuan. Aku mahu menegah, tapi sumpah aku tak boleh bergerak sekarang. Atau lebih tepat, aku terlalu takut untuk bergerak.
"Saidatul, berdiri tegak! Jangan lembik macam orang tak makan setahun!"
"Saidatul ni, aku tak fahamlah kenapa boleh masuk askar. Tengok dia berdiri tegak macam ni pun penjahat boleh pengsan. Dengan muka hitamnya, jerawat penuh lagi. Eii hodoh!"
Aku makin menggigil apabila suara suara itu makin kuat menerpa pendengaran. Ya Allah, sakit. Terlalu sakit!
"Diyyah. Diyyah, you're fine. Now take a deep breath. Istighfar. You're fine...You're fine..." Berulang kali dia mengulang ayatnya mengatakan aku akan baik-baik sahaja. Namun bukan itu yang menarik perhatianku tapi...
Dia tak panggil nama penuh aku. Diyyah. Dia panggil aku Diyyah.
Mengenangkan itu, tubuhku mula mengendur serta merta lalu aku jatuh terduduk di atas lantai. Dada masih berombak laju tapi aku sedikit tenang daripada tadi.
"Diyyah, awak dah okay? Bangun boleh tak? Saya dah suruh PA saya buatkan air untuk awak. Awak kena tenangkan diri ni." Dia berkata lembut membuatkan aku hanya mengangguk perlahan. Dengan berhati-hati, aku bangun walaupun kakiku sebenarnya rasa lemah longlai.
"Careful."
Setelah beberapa ketika, akhirnya aku berjaya duduk di atas sofa empuk yang berwarna krim itu. "Maafkan saya, tuan. Saya... memang selalu macam ni. Kalau tuan tak boleh ambil saya kerja pun, saya faham." Aku berkata setelah betul-betul tenang dan rasional.
"Tell me, awak kenapa? I don't wanna judge you, Diyyah."
Sekali lagi dia panggil aku Diyyah. Hati rasa hangat.
"Saya bekas askar, tuan. Saya... trauma. Soal apa saya trauma, saya belum selesa nak ceritakan semuanya. Tapi saya memang tak boleh orang sebut nama penuh saya. Saya automatik akan jadi macam tadi. Dan sebab itu jugalah, banyak syarikat tolak saya berkerja. Saya faham. Siapa je nak ambil orang macam saya ni berkerja, tuan?" Aku berkata panjang lebar sambil tersenyum pahit.
"Siapa cakap tak ada? Awak ada kelulusan tinggi, cukup syarat-syarat yang syarikat ini perlukan. And for that, tahniah you're hired. Boleh masuk kerja esok." Dengan selamba badaknya dia kata aku sudah diterima berkerja di AAZ Holdings.
Hah?!
Apa?!
"Tuan ni elok-elok la. Janganlah main-main dengan saya!" Aku berkata keras sambil mengetap bibir. Lelaki ni, kalau tak mengenangkan bos aku memang dah sampai atas bumbubg syarikat ni aku tendang.
"Bila masanya saya main-main? Saya serius ni." Dia masih lagi dengan nada selamba-seriusnya itu membuatkan aku sedikit demi sedikit mula percayakan dia.
"Tapi tuan..."
"Tak payah buat alasan awak tak layak, awak menyusahkan, awak ni bla bla bla saya tak nak dengar. Tu semua alasan lapuk. Saya tak suka." Kali ini dia bersuara tegas pula membuatkan aku menekur memandang lantai.
"Baiklah kalau macam tu. Terima kasih tuan! Saya hargai kepercayaan yang tuan berikan pada saya. Boleh tak saya masuk kerja harini?" soalku teruja. Nasib baik tak terlompat-lompat macam kera dapat bunga. Tak sabarnya nak beritahu semua orang yang aku dah dapat kerja!
"Kepala otak awak kerja harini. Awak sedar tak awak baru lepas kena panic attack?" Aku terus pandang Andriel bila dia kata begitu. Eh...CEO pun cakap macam ni? Selamba gila...
"Tapi kan saya dah okey?"
"Okey apanya kalau tangan tu duk menggigil lagi? Saya tak kira, sekarang awak balik rehat. Esok sharp pukul lapan masuk kerja. Tapi kalau awak tak sihat lagi, jangan datang. Saya ketuk kepala awak nanti." Tuan Andriel membebel lagi membuatkan aku ketawa kecil. Lelaki ni kalau membebel...mengalahkan mak nenek!
"Yalah, saya rehat. Terima kasih, tuan. Saya betul-betul hargai segala keprihatinan tuan. Selama ni, kalau saya kena attack, mereka akan...gelakkan aje saya. Kata saya ni penakut. Tapi tuan berbeza. Terima kasih." ucapku ikhlas sambil menghulurkan senyum padanya.
"Saya fahamlah Diyyah. Ayah saya askar. Saya tahu macam mana perasaan awak. Ya, saya hampir-hampir juga trauma sebab pernah masuk sekolah askar dulu. Itu pun sekejap sebab saya betul-betul tak tahan. Awak sampai dah berjaya dapat pangkat, saya bangga awak mampu bertahan." Panjang lebar dia berkata. Mataku mula panas menahan air mata. Baiknya lelaki ni...
Eh kejap.
Ayah dia askar?
"Ayah tuan askar?" soalku perlahan. Dia angguk berkali-kali mengiyakan apa yang aku soal tadi.
Aku telan liur.
Bukan kut...
YOU ARE READING
EPISOD LUKA
RomanceSaidatul Mardiyyah, seorang bekas askar. Dipenuhi kisah silam yang hitam membuatkan dia menjadi trauma akan segalanya. Tengku Arif Andriel. Siapa dia? Tunggu dan lihat sahaja.