"Abang..." Aku mencebik sedih sambil mata berkaca-kacaku ini menghala ke arah suamiku. Meminta simpati daripadanya agar dia beri apa yang aku mahu.
Andriel tersenyum manis sambil mengusap ubun-ubunku berkali-kali. "Ya, sayang. Nak apa ni? Nak makan ke?" Dia menyoal sambil tarik aku untuk duduk di atas ribaannya. Eish, tak berat ke aku ni? Dahlah tengah bawa perut besar ni.
"Abang, lepaslah. Diyyah berat ni." Aku cuba melepaskan diri tapi dia lebih utuh peluk pinggang aku. Memang taklah aku boleh lepas sebab tenaga dia lebih kuat.
"Nope. Best aje peluk sayang. Macam peluk teddy bear." Dia kucup pipiku berkali-kali membuatkan aku menggeliat geli. Eii mengadanya bakal bapak orang ni.
"Hmm, abang. Diyyah mengidam..." Aku tunduk sedih. Bermain-main dengan jariku sendiri sebab tak nak bersabung mata dengan Andriel. Aku malu sebenarnya nak minta bukan-bukan kat dia. Kesian suami aku ni.
"Tak payah cakap pun abang tahu dah. Hmm, sayang nak makan apa ni?" Sambil-sambil tu dia tepuk belakang aku macam budak kecil. Bestnya dimanjakan macam ni! Kau ada? Tak ada? Lemah!
"Diyyah..." Aku jeda. Ya Allah, malunyaa! Anak mama, awak ni minta bukan-bukan betullah. Kesian papa tu haa nak layan karenah kita.
"Diyyah nak hidu minyak petrol."
Akhirnya aku nyatakan juga hasratku itu. Pelik? Ya pelik. Tapi aku teringin sangat-sangat nak hidu minyak petrol tu! Wangi gilaa!
Mata Andriel terbeliak luas. "Sayang! Hesy mengarut apa ni? Mana boleh hidu petrol. Bahayaaa!" Dia menggeleng tanda tak setuju. Aku pula rasa nak memberontak aje bila dia tak bagi apa yang aku nak.
"Kenapa pula tak boleh? Kata nak bagi semua yang saya nak! Awak tak sayang saya dah ke?!" Bahasaku juga mula berubah sebab sakit hati sangat. Bencinya! Benci!
"Sebab abang sayanglah abang tak bagi sayang hidu petrol tu. Bahaya la!"
Aku mencebik geram dengan balasannya itu. Alasan! Padahal dia memang tak mahu turutkan permintaan aku kan?
"Awak dah tak sayang sayaaa. Awak benci sayaa." Aku mula menangis teresak-esak seperti anak kecil. Andriel pula kalut memujuk tapi aku tak kisah. Dialah yang buat aku menangis macam ni!
.
,
,"Kakak!"
Aku tersentak lalu terus bangun mendadak. Nafasku turun naik kerana terlalu terkejut dengan sergahan itu. Ya Allah, aku mimpi apa tadi?! Gilaaanya! Aku mimpi aku mengandung?! Anak Tuan Andriel?!
Terus mataku menjegil ke arah abang yang hanya sengih selamba itu.
"Kau tak boleh kejut aku elok-elok ke?" soalku geram sambil melemparkan bantal yang berwarna merah jambu ke arahnya. Dia tergelak-gelak lalu dengan mudah menangkap bantal itu.
"Oi, aku nak selamatkan kau daripada memalukan diri aje kak. Cuba kau tengok siapa ada kat sebelah kau."
Aku menoleh pantas.
Dont tell me...
Please dont tell me...
"Hai, Diyyah!"
Tuan Andriel sedang tersenyum manis sambil melambai kepadaku.
Oh no.
"H... Hai tuan. T... Tuan dah berapa lama kat sini?" Aku ketawa kekok walhal jantung dah rasa nak pecah, luruh dan sebagainya. Kalau Tuan Andriel ada sejak tadi....kiranya dia dengar ke apa aku meracau dalam mimpi tu?!
"Sejak awak cakap awak mengidam nak hidu minyak petrol?"
MasyaAllah.
Otak aku jatuh. Nak kutip, eh hilang.
"Hahaha...Biasalah tu tuan...Mimpi je tu..." Aku ketawa lagi walaupun dah rasa nak menangis sekarang ni.
"Alang-alang awak dah mimpi mengandung anak saya tu, jom kita kahwin?"
.
,
,Apa aku tulis ni😭😭😭😭
YOU ARE READING
EPISOD LUKA
RomanceSaidatul Mardiyyah, seorang bekas askar. Dipenuhi kisah silam yang hitam membuatkan dia menjadi trauma akan segalanya. Tengku Arif Andriel. Siapa dia? Tunggu dan lihat sahaja.