Suap. Suap lagi. Suap sekali lagi.
Sambil termenung, aku menyuapkan mi goreng basah yang sedap gila ini ke dalam mulutku. Yalah, suap sendiri aje sebab tak ada laki nak tolong suapkan heh.
Tengok mi goreng ni pun aku rasa nak menangis lagi. Tengok? Banyak kan kisah pahit aku? Tapi malaslah aku layan. Takkan hidup ni nak asyik menangis aje pagi petang siang malam?
Mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku keluar seorang diri? Aku ni mesti tak ada kawan kan?
Tak, bukan tak ada kawan. Cuma Rara dan Yaya kan seorang askar, jadi tak selalu ada di rumah. Sekarang pun, mereka ditugaskan bersama di Sabah sana untuk menjaga kawasan sempadan. Entah bila balik pun aku tak pasti, tapi kalau mereka balik mesti aku ajak keluar lepak bersama-sama.
Dan ya, aku tak ada kawan lain selain mereka. Seorang Saidatul Mardiyyah ni memanglah extrovert tapi aku susah nak percaya orang. Berkawan sekadar berkawan sahaja. Untuk menceritakan hal sulit atau masalahku, memang taklah. Dah berkali ditikam belakang, aku mula serik.
"Hello miss. Awak makan boleh tak jangan termenung? Tempat penuh ni."
Tersentak. Aku terus angkat wajah memandang gerangan yang menegur tadi. Ya Allah, nasib tak gugur jantung aku!
"Hello, Mr. Saya termenung pun tangan saya laju aje suap mi masuk mulut. Makanan baru aje sampai dalam lima minit lepas. Any problem with that?" Aura seorang askarku mula membuak-buak bila ada orang kacau aku tengah makan.
"Whoa, chill. But can i sit here? Saya janji tak kacau awak," pintanya lembut. Aku pula buat tak kisah dengan suara cair melelehnya itu. Aku pandang dia sekali lagi. Oh, kacukan rupanya. Mata hijau. Macam mata... Eh lupakanlah, Saidatul! Kebetulan aje tu.
"Miss, jangan tenung mata saya macam tu. Zina mata."
Aku telan liur berkali-kali. Ya Allah, malu! Terus aku larikan pandangan tanpa sebarang balasan. "Ha, duduklah. Tu, hujung sana. Jamgan dekat-dekat. Awak menggatal, minta number phone, minta alamat, minta nama, saya sepak sampai hujung kedai ni. There, i warned you." Aku berkata tegas sambil memincingkan mata. Tak mahu dia anggap aku ni bergurau saja.
"Ya ya. Garang betul awak ni." Dia menggumam geram. Aku boo layan. Memang aku garang pun. Tak tahu ke aku ni kadet yang paling garang dalam kem dulu?
"Eh awak..." Sekali lagi dia panggil aku. Aku yang sedang asyik makan terus hempas sudu. Sakit hatilah! Dari tadi asyik panggil-panggil. Aku nak makan cepat-cepat, balik, lepas tu tidur! Esok ada interview pula. Karang bangun lewat, terlepas interview tu. Hesy geram!
"Apa benda lagi awak nak? Jangan sampai saya betul-betul tendang awak sampai hujung kedai sana." Aku berkata dingin tanpa memandang wajahnya.
"Uish... garangnya..." Tiba-tiba suara seorang perempuan kedengaran membuatkan mataku terbuntang luas. Terus aku pandang dia yang bersuara itu.
Kelihatan di hadapanku kini ada seorang lelaki jepun dan wanita yang sangat-sangat cantik.
"Saya cuma nak cakap yang kawan saya dah sampai. Janganlah marah." Lelaki itu berkata lagi. Aku pula ketap bibir erat-erat. Ya Tuhan, malunya aku.
"Duduklah. Maaf ya, saya kalau tengah lapar terus jadi harimau jadian." Aku berkata lembut dan menjemput wanita itu tadi duduk disebelahku. Lelaki jepun itu pula duduk di sebelah lelaki yang aku tak kenal nama itu.
"Biasalah tu. Aku pun sama!" Dengan selamba badaknya dia cakap aku-kau dengan aku. Tapi, jujur kata, aku lebih selesa begini.
"Nama kau apa?" Buat pertama kalinya, aku Saidatul Mardiyyah memulakan langkah untuk mengenali seseorang. Bagus!
YOU ARE READING
EPISOD LUKA
RomanceSaidatul Mardiyyah, seorang bekas askar. Dipenuhi kisah silam yang hitam membuatkan dia menjadi trauma akan segalanya. Tengku Arif Andriel. Siapa dia? Tunggu dan lihat sahaja.