"Ha, kakak. Meh duduk sebelah ayah. Dah gosok gigi belum ni?" Ayah menyoal lembut sambil mencuit pipiku. Aku julingkan mata manja sambil menolak tangan tua itu. Eii, ayah suka sangat main tarik-tarik pipi macam ni. Anak dia dah besar tahu tak?
"Kakak, lusa ibu ayah nak pergi KL. Abang Rayyan kamu cakap Kak Effa dah nak bersalin. Due date minggu depan dah. Ibu ingat nak tengok-tengokkan Kak Effa kamu tu sebab Rayyan busy dengan projek baru dia. Yalah, syarikat dia baru nak naik kan? Ibu dah pesan suruh cuti dulu tapi dia kata tak boleh sebab dia kena pantau staf baru." Ibu memulakan bicara dengan menyatakan hasratnya untuk ke Kuala Lumpur. Aku pula hamya terangguk-angguk perlahan. Hajatnya nak ikut juga, tapi aku ada interview juga lusa!
"Kakak nak ikut tapi ada interview la ibu. Ibu pergi je la dengan ayah dan abang. Kakak tak apa aje duduk rumah sorang. Macam tak biasa." Aku ketawa kecil melihatkan muka risau ibu lepas aku cakap yang aku nak duduk sendirian.
"Eish, kalau macam tu aku tak payah pergilah. Aku teman kau kat rumah." Abang buat keputusan. Aku pula buat muka annoying bila dia dah masuk mode abang protectivenya itu. Hesy!
"Kau ni... Nanti Kak Effa nak bersalin, mestilah Abang Long gelabah gila-gila nanti. Kau tu kenalah ada dengan dia. Tak apa, jangan risaukan aku. Aku ni bekas askar tahu tak? Pernah tembak orang pun. Tumbuk orang pun pandai. InsyaAllah, tak apa." Aku meyakinkan mereka bahawa aku ni boleh aje hidup sendirian. Aku juga perasan muka mereka berubah apabila bercakap soal kerjaku dahulu. Tapi aku dah tak kisah. Bagi aku, masa lampau tu biarkanlah berlalu. Cuma itah, trauma saja yang selalu menghantui aku tapi aku percaya suatu hari nanti aku pasti akan sembuh dengan izinNya.
"Kakak, betul ke ni? Ayah risaulah. Kakak tu perempuan." Ayah masih lagi risaukan anaknya ini. Hesy, nampak aku macam lembik sangat kee?
"Betullah, ayah. Walaupun kakak perempuan tapi kakak percaya kakak kuat. Skill kakak tak hilang lagilah. Sekali sepak orang tu, melayang jugalah sampai atap rumah." Aku berseloroh membuatkan mereka semua ketawa kecil. Baguslah, tengok mereka senyum pun hati aku sudah bahagia.
"Okey, tapi kalau ada apa-apa jadi kakak kena cepat cepat call Wais jiran kita tu tau. Dia lelaki, senang sikit tolong kakak. Okey?" Ibu pula bersuara tegas. Kali ini dia petik pula nama jiran sebelah yang boleh tahanlah kacaknya tu. Tapi jangan risau, dia bukan watak utama dalam novel sebab dah ada bini hahaha.
"Ya, bu. Fahamm."
"Oh ya, goodluck untuk interview kakak kali ni. Company mana pula kakak minta?" soal ayah. Aku hanya senyum gembira apabila mengingatkan interview kerja yang aku dapat itu.
"AAZ Holdings, ayah. Ayah kenal kann? Kakak sebenarnya tak sangka pun boleh dapat interview dekat syarikat gah macam tu. Haritu saja-saja je minta. Tapi semalam dia call untuk datang interview. Kakak bersyukur sangat!" Aku luahkan segala keterujaanku pada mereka yang juga tumpang gembira.
"Alhamdulillah, baguslah! Kakak buat yang terbaik ya? Ayah tahu anak ayah ni boleh buat punya. Kan?" Aku sengih mendengarkan itu. Terasa macam budak darjah enam nak UPSR aje.
"Mestilah boleh! Kan anak ibu ayah!" Serentak itu, aku diapit oleh ibu dan ayah di kiri dan kananku membuatkan aku rasa lemas. Terkapai-kapai aku dibuatnya ingin melepaskan diri tapi mereka buat tak tahu aje. Ya Allah, dah tua pun kuat lagi rupanya.
Aku akhirnya reda saja. Dan tersenyum.
Bahagia.
YOU ARE READING
EPISOD LUKA
RomanceSaidatul Mardiyyah, seorang bekas askar. Dipenuhi kisah silam yang hitam membuatkan dia menjadi trauma akan segalanya. Tengku Arif Andriel. Siapa dia? Tunggu dan lihat sahaja.