BAB 8

208 57 12
                                    

"DIYYAH!" Aku dengar suara Tuan Andriel yang panik sedang berlari menuju ke arahku, tapi aku tak mampu berbuat apa-apa. Mataku melekat lama pada wajah si dia. Lama.

Setitis, air mata jatuh ke lantai.

Setitis lagi. Kemudian, berjuraian sehinggalah aku teresak-esak seperti anak kecil. Tubuhku menggigil, nafasku sesak.

Ya Tuhan, masa silamku. Masa hitamku. Ia muncul kembali menghantui hidup. Satu demi satu kejadian perih bagaikan berulang tayang di dalam mindaku.

Sakit.

Sakit.

Sakit!

Dihadapan aku ini, Major Tengku Alvin Adha. Salah seorang tenaga pengajarku sewaktu di kem dahulu.

Aku...

Takut.

Telinga, aku tutup erat-erat sambil memeluk lutut. Tak mahu dengar apa-apa. Sungguh, aku tak mahu dengar segala yang berlegar di ruangan telingaku sekarang ni! Ia menyesakkan! Menyakitkan! Menyeksakan!

"Diyyah! Alright now take a deep breath. He's not a bad person, Diyyah. He's my father." Lembut sekali Tuan Andriel bertutur membuatkan aku sedikit demi sedikit jadi tenang. Tak tahu kenapa, suaranya bagai lembut mendayu menyebabkan hati yang resah gelisah tadi kini mengendur.

Tapi, tak bermaksud mataku sudah lepas daripada wajah Tuan Alvin.

"Papa, Arif rasa dia takut dengan papalah. Papa kenal dia ke?" Aku dengar Tuan Andriel berbisik dengan ayahnya. Kuat gila masalahnya. Macam bukan berbisik pun ada juga.

"Kenallah. Dia kan kadet under papa dulu." Dengar saja suara itu, tubuhku terus jadi kejung lagi. Sumpah, selagi aku dengar suara dia, selagi tu aku akan jadi macam ni. Ya, sangat teruk. Kalau yang melihat, pasti mereka akan kata aku ni attention seeker tapi tak. Aku betul-betul takut sekarang.

"Ya Allah, patutlah! Hish, pa, pergi masuk bilik Arif dulu! Nanti Arif masuk." Tuan Andriel kelihatan menolak sedikit tubuh tua itu untuk masuk ke dalam biliknya.

Tak lama kemudian,

"Open your eyes, Diyyah. Tak ada papa kat sini. You're fine now. Trust me. Now, bangun boleh? Kita bercakap dalam bilik saya." Suara Tuan Andriel sekali lagi kedengaran. Aku yang sudah sedikit tenang terus mengangguk berkali-kali lalu gagahkan diri untuk bangyn.

Ya Tuhan...sudah dua kali aku begini. Sudah dua kali Tuan Andriel lihat sisi lemahku. Aku malu. Sangat malu...

"Come on, cupcake. Raise your head. Peguam kena berani. Kena lantang. Mana aura askar awak dulu? Let it out, okay?" Tuan Andriel tersenyum manis kepadaku. Aku yang tadinya tunduk, terus tegakkan kepala.

Apa dia panggil? Cupcake?

Cupcake?!

Daripada sedih, takut, tiba-tiba bertukar jadi malu yang teramat sangat! Apa benda Tuan Andriel ni?!

"Apa tuan panggil saya tadi?" soalku agak terketar-ketar sebab malu. Emosi aku sungguh dah celaru sekarang. Semua sebab Tengku Arif Andriel! Tadi sedih, lepas tu takut, lepas sekarang jadi macam ni!

"Cupcake. Kek cawan. Sebab bila awak menangis je terus muka bulat awak tu jadi merah-merah. Squishy macam kek cawan."

Selamba dia angkat bahu sebelum melangkah masuk ke dalam pejabatnya dan tinggalkan aku macam tunggul tak betul kat luar ni. Tengku Arif Andriel ni...

Memanglah!

.
,
,

Short update.10 votes and 6 comments to unlock next chapter!🧁

EPISOD LUKAWhere stories live. Discover now