"WUHU, adikku kesayanganku. Abangmu ini merinduimu sepenuh jiwanya!" Abang memeluk erat tubuhku sebaik sahaja sampai di rumah. Aku pula hanya reda sahaja dengan perlakuannya itu. Kata ibu, meroyan abang ni dah memang tahap parah jadi kena sabar ajelah.
"Tepi woi. Aku lemas ni." Sungguh, lemas gila bila dia peluk erat-erat macam ni. Dah macam kena peluk dengan beruang matahari! Aku merengek kecil sambil pandang ibu dan ayah meminta pertolongan mereka.
"Lepaskan adik kamu tu, Rian. Hesy, dah 27 tahun pun perangai macam budak lagi." Ayah membebel sambil menepuk kuat bahu abangku yang seorang ini. Dia terkekeh-kekeh ketawa lalu melepaskan tubuhku.
"Kalau macam tu, carikanlah Rian isteri. Rian nak anak macam abang long!" Dah mula dah meroyan nak kahwin dia ni. Betullah ibu kata yang dia ni dah sampai tahap parah.
"Kamu ni yang tak sabar-sabar sangat kenapa? Makan pun kadang-kadang ibu suapkan lagi kalau demam. Inikan nak beristeri. Cuba jadi matang dulu." Ibu pula ambil giliran meleter manakala abang dah tarik muncung panjang.
"Dahlah! Nak merajuk!" Dia hempas kaki dan naik ke tingkat atas sambil hentak-hentak kaki macam budak darjah lima. Masya-Allah, ni abang ke adik aku ni?
"Carilah bini kat dia, ayah. Kesian betul kakak tengok," kataku sambil ketawa terbahak-bahak dengan tingkah abangku itu. Ayah hanya menggeleng penat dengan perangai anak bujangnya.
Tak tunggu lama, aku terus bersalaman dengan ayah dan ibu. Kukucup pipi mereka dengan lembut dan ceria. Tak sabar nak berikan mereka khabar gembira tentang aku yang sudah diterima berkerja. Dapat bos baik pula tu!
"Ha, kakak. Macam mana interview?" soal ayah lembut sambil usap ubun-ubunku. Ibu pula peluk bahuku dari belakang membuatkan aku rasa sangat disayangi oleh mereka. Aku tersenyum. Biarlah orang luar buat aku macam sampah sekali pun, tapi aku sangat bersyukur yang keluargaku sangat menyayangi aku.
Aku senyum lagi.
"Alhamdulillah, ayah, ibu. Kakak dapat kerja!" Aku mengumumkan perkara itu dengan hati yang sangat gembira dan lapang. Aku dapat lihat yang mereka berdua agak terkejut sebelum terus merangkul aku dalam dakapan erat mereka.
"Alhamdulillah, anak ibu..." Ibu dah menangis. Aku pun turut sebaklah bila suara ibu bergetar macam tu. "Ibu janganlah nangis." Aku usap lembut belakang badan ibu.
"Ayah bangga dengan kakak." Giliran ayah pula tersenyum bangga dengan pencapaianku ini. Aku juga turut bahagia apabila mereka bahagia.
"Kakak janji, insya-Allah kakak akan kerja sungguh-sungguh. Bagi duit dekat ibu ayah. Hantar ibu ayah pergi Mekah. Tu impian kakak." Aku berkata sambil mengeratkan pelukan kami. Air mata sudah pun jatuh berderai-derai dek sebak dan terharu.
"Woi! Kau buat macam aku ni tak kasi duit pula kat ibu ayah. Dasar adik tak guna!" Tiba-tiba abang spoil mood. Cis! Tapi aku tak boleh nafikan yang selama ini, abang memang banyak sara kami. Aku pula macam biawak hidup tak kerja ni, lagi banyak beban yang dia tanggung. Nasib baiklah dia tu pensyarah lulusan luar negara. Mestilah gajinya juga tinggi. Tapi, aku tetap rasa tak suka bebankan dia seorang sedangkan aku juga sudah boleh berkerja.
"Tak adalah. Maksudnya, aku dapat kerja ni bolehlah tolong kau. Aku tak nak jadi biawak hidup yang selalu menyusahkan kau. Cukuplah kau dah lama berkorban untuk aku. Sekarang aku nak kau cari life kau pula, abang," kataku serius. Abang ni asyik merengek nak kahwin, tapi calonnya yilek. Bukan ibu ayah tak pernah kenalkan, tapi memilih!
"Boleh aje kalau ada yang tinggi, putih, macam model, suri rumah, nak anak rama..."
Aku letak tanganku betul-betul diatas permukaan muka abang. "Cukup. Stop. Tak payah kahwin."
"Hoi, aku nak kahwin! Mana boleh tak kahwin! Aku nak anak macam abang long!" Dia merengek-rengek sambil tarik hujung lengan baju aku macam budak kecil tak dapat lolipop.
"Memilih sangat tu pahal? Kita ni, janganlah tengok rupa. Kalau cantik macam Angelina Jolie sekalipun, tapi perangai buruk buat apa? Cari yang boleh bawa kau ke arah yang baik. Bukan heret kau ke arah yang tak betul!"
Ambik kau aku bebel lima kerat. Terus insaf abang dibuatnya.
.
,
,AKU tersenyum yakin sambil membetulkan baju kemeja putih dan kain hitam yang digosok kemas ini. Ya, aku sekarang kelihatan seperti seorang peguam yang berkaliber. Hilang terus segala imej comotku dahulu kini diganti dengan wajah yang suci dan berseri.
Mahu saja aku tangkap gambar aku banyak-banyak lepas tu send dekat senior yang pernah kutuk aku dulu. Tapi biarlah, apa-apa pun biar Allah yang balas. Takkanlah kita nak balas kejahatan juga dengan kejahatan? Kalau macam tu, tak ada bezanya aku dengan dia.
Oh ya, lupa mahu beritahu aku berkerja sebagai apa disini.
Setelah aku menghentikan kerjayaku sebagai seorang askar, aku menyambung kembali pengajian di universiti dan dan mengambil bidang perundangan. Dan hasilnya, disinilah aku. Menjadi seorang peguam bagi syarikat gah yang bernama AAZ Holdings ini.
"Diyyah!"
Aku berpaling. Kelihatan Tuan Andriel sedang berjalan tenang menghampiriku dengan sebelah tangan masuk ke dalam poket. Cool, tapi aku tak berminat.
"Yes, tuan."
"Awak kalau ada apa-apa tolong inform saya okey. Jangan pendam sendiiri lepas tu keras kejung kena panic attack sorang-sorang dalam bilik. Kalau saya tahu awak buat macam tu, siaplah. Faham?" Dia berkata tegas membuatkan aku hanya melepaskan keluham dan mengangguk. Dia ni buat aku macam budak kecil!
"Dahlah tuan. Jangan berdiri tengah-tengah alam ni. Saya nak masuk pejabat." Aku mula keluarkan suara profesional agar dia tahu kami ni ada di tempat kerja. Bukannya diluar.
"Baiklah." Dia akur lalu senyum sekilas sebelum melangkah pergi ke arah pejabatnya yang sebenarnya sama aras aje dengan aku. Ya, pejabat peguam ni selang dua bilik aje daripada pejabat CEO. Best kan? Hahaha!
Aku pula turut ajelah dia yang berjalan macam siput sedut tu. Diva betul gayanya. Selangkah-selangkah macam orang nak pergi catwalk buatkan aku jadi geram pula. Eiii. Nak maghoh ni.
"Tuan ni nak masuk pejabat ke nak pergi catwalk? Saya banyak kerja nak kena settle ni. Dahlah first day masu...."
"Andriel!"
Kejung.
Aku terhenti.
Fail yang aku pegang tadi terus jatuh menghempas lantai. Dan bukan fail sahaja yang jatuh, malah tubuh aku juga melorot ke lantai. Bibirku pula mula menggigil hebat.
Ya Allah...
Dia ke..?
Betul-betul dia ke...?
"Saidatul?"
YOU ARE READING
EPISOD LUKA
RomanceSaidatul Mardiyyah, seorang bekas askar. Dipenuhi kisah silam yang hitam membuatkan dia menjadi trauma akan segalanya. Tengku Arif Andriel. Siapa dia? Tunggu dan lihat sahaja.