"ARGH!"
Mendengarkan jeritan nyaring Tuan Andriel itu, aku terus selak kain dan berlari pantas ke biliknya. Tak sampai seminit, aku dah ada di hadapan pintu besar yang tertera namanya itu.
Bam!
Pintu itu aku tendang kasar kerana ia terkunci dari dalam. Dengan itu, pintu terbuka luas menampakkan isi dalamnya.
Mataku terbuntang luas.
Tuan Andriel sedang terketar-ketar di atas meja dengan wajah pucatnya. Saya ulang. Di. Atas. Meja! Mataku terus meliar mencari puncanya Tuan Andriel jadi begitu tapi tak ada apa-apa yang pelik pun?
"Tuan, kenapa ni?" soalku sedikit hairan.
"Tu!" Terketar-ketar dia menunjukkan ke suatu tempat iaitu di belakang almari yang menempatkan fail-fail yang berlambak. Aku pandang lama tempat itu. Apa benda? Tak ada apa pun?
"Apa? Tak ada apa pun ni?"
"L...lipas! Lipas tu! Argh! Dia naik atas badan awak Diyyah!" Sekali lagi menjerit kuat dan serentak itu aku rasa ada sesuatu merayap di atas badanku. Aku pandang lipas yang sedang elok merayap dengan pandangan selamba lalu tangkap dia dan buang ke luar.
Ini je ke sebabnya Tuan Andriel menjerit macam nampak hantu tadi?
"Dah tuan, turun. Dah tak ada dah lipas tu. Ya Allah, saya ingatkan apalah tadi. Rupanya lipas aje." Aku urut dada yang masih berdebar kencang dek kerana panik tadi.
"Eii Diyyah! Macam manalah awak boleh pegang binatang tu?! Gelilah!" Dia menggeletis geli sambil sanitize tangannya berkali-kali. Tak cukup dengan itu, dia sembur pula aku dengan sanitizer tu.
"Umph! Tuann! Janganlah! Masuk mulut saya ni!" Aku menjerit-jerit sambil menutup muka barulah dia berhenti.
"Sorry. Nak sanitize awak aje."
Kepala otak dia sanitize sampai masuk mulut. Eii aku geram aje dengan bos seorang ni. Perangainya masyaAllah, memang best je kalau lempang. Dua kali lima dengan Rian. Pening kepala aku dibuatnya.
Aku lihat Tuan Andriel hela nafas perlahan lalu mengemaskan barang-barangnya yang bersepah di atas meja. Habis tumpah air kopi di atas kertas kerjanya. Aku tak tahulah dia nak guna ke tidak lagi kertas itu.
"Macam mana awak boleh rileks gila, Diyyah? Saya separuh mati takutkan lipas tu tadi. Awak selamba aje buang benda tu dengan tangan!" Dia berkata teruja sambil pandang aku dengan mata bersinar-sinar.
"Tuan lupa ke saya ni askar? Lebih daripada lipas saya dah pegang. Well, masa saya kena campak dalam hutan, saya diberi sebatang mancis saja untuk hidup. So, how do you think i survived? Makan saja apa yang ada asalkan halal." Aku berkata selamba. Teringat semula kenangan waktu aku ditinggalkan berseorangan di dalam hutan bersama hanya sebatang mancis. Susah itu susah, tapi latihan itulah yang harus kami, para askar tempuhi.
Ia merupakan latihan asas untuk kami survive dalam misi nanti. Kalau lembik, macam mana nak hidup? Sikit-sikit geli, sikit-sikit takut. Itu belum lagi cerita pasal latihan menembak. Ah, memang teruk.
Tuan Andriel yang mendengar sudah ternganga luas. "Seriously?!" Aku hanya ketawa kecil sebelum mengangguk. Jakun sangat bos aku ni. Mesti anak manja kat rumah. Ini kalau campak dalam hutan ni, tak sampai setengah jam dah menangis.
"Eh dahlah. Tak jadi kerja saya layan tuan ni." Aku berkata lalu berpaling untuk keluar dari bilik itu. Namun. Langkahku terhenti apabila kedengaran suara Tuan Andriel memanggil.
"Diyyah."
Aku angkat kening. "Ya tuan?"
"Thank you jadi heroine saya harini!" Dia senyum manis membuatkan wajahku terus memerah. Ya Allah, kenapa lelaki ni senyum manis sangat?!
Aku berdehem perlahan. "No problem tuan. I can be your heroine anytime!"
.
,
,Aku ketuk pen perlahan di atas meja sambil mengeluh perlahan. Seketika kemudian, aku mula mendesis kesakitan. Kepala aku pegang dan urut sedikit.
Sakitnya...
Aku jatuhkan kepala ke atas meja sedikit kuat. Haih, datang migraine pula dah. Kalau dia datang, memang satu apa pun tak jadi kerja. Berdenyut-denyut aje dari tadi.
Melissa dah tawarkan nak hantar aku balik, tapi aku tak mahu. Tak apalah, aku tunggu saja waktu kerja habis barulah aku pulang. Tak naklah menyusahkan Melissa sebab dia pun nampak penat tadi.
"Haih, sakitnya..."
Tok tok tok!
Belum sempat aku memberi kebenaran untuk masuk, wajah Tuan Andriel sudah terpampang di hadapanku. Ehh?
"Ya tuan? Ada apa?" soalku lemah sambil cuba tegakkan semula kepalaku walaupun berdenyut sangat kuat sekaarang. Kalau di rumah ni, dah lama aku bergolek sebab sakit sangat.
"Mel beritahu awak migraine. Come, saya hantarkan awak balik." Dia berkata tegas sambil mengangkat beg tanganku yang masih berada di atas meja.
Ehhh?
"Eh tuan. Tak payahlah. Saya balik sendiri." Serak suaraku saat berkata. Aku ni kalau migraine, terus sekali pakej demam. Haish...
"Jangan mengada, Mardiyyah. Saya nak hantar awak balik. Sekarang." Sekali lagi dia bernada tegas membuatkan aku sedikit takut. Akhirnya aku mengalah dan berdiri perlahan-lahan. Terhuyung-hayang aku berjalan. Sakit di kepala semakin mencucuk-cucuk membuatkan aku jatuh terduduk.
Ya Allah...
Dah tak mampu fikir apa-apa, aku terus menangis teresak-esak kerana sakit yang teramat sangat. Tiba-tiba pula....
Aku jadi teringat...
Rasa sakit ini sama dengan rasa sakit ketika...
Bam!
Aku rebah ke bumi.
.
,
,Funfact : kepala saya tengah berdenyut gila masa tulis ni :)
YOU ARE READING
EPISOD LUKA
RomanceSaidatul Mardiyyah, seorang bekas askar. Dipenuhi kisah silam yang hitam membuatkan dia menjadi trauma akan segalanya. Tengku Arif Andriel. Siapa dia? Tunggu dan lihat sahaja.