02

12 2 0
                                    

⋆。˚ ☁︎ ˚。⋆。  Enchanted - Jung Jaehyun ⋆。˚ ☁︎ ˚。⋆。

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

⋆。˚ ☁︎ ˚。⋆。  Enchanted - Jung Jaehyun ⋆。˚ ☁︎ ˚。⋆。

"hai hana" sapaan itu buat aku terkejut saat aku sedang menggariskan nota di bukuku. habis senget garisan tersebut. pandanganku terarah kekanan memandangkan orang yang memanggil aku itu berada di kanan.

"first of all sorry sebab aku rosakkan nota kau. second aku nak tanya soal jaemin dan gyuri" tersentak aku seketika apabila soalan mengenai jaemin dan gyuri keluar dari mulut jaehyun.

"k-kkenapa jaehyun? kau nak tanya apa?" aku cuba untuk beraksi dengan normal tapi aku gagal.

"kau tahu aku suka gyuri kan?"

"haah aku tahu."

"aku ingatkan gyuri akan bersama dengan aku. rupanya tidak. selama ini aku mati mati ingatkan dia suka aku sebab dari segi layanan dia... nampak dia macam sukakan aku.. patutlah bila aku mengajaknya ambil gambar waktu pertanding bola jaring tempoh hari dia mengelak... haish" 

sayu sahaja ayat jaehyun seperti dia kesal dengan perangai gyuri. aku cuba untuk memujuk jaehyun supaya dia tidak menangis. nampaklah juga air mata bertakung di tubir matanya.

"macam mana kau nak hadap hari hari kau nanti hana? jaemin duduk di hadapan kau. pasti susah" jarinya menunjuk ke arah tempat duduk jaemin.

"aku okey je. nak taknak aku kena juga move on. aku taknak kena tuduh perampas" ujarku lalu menyambung melakukan kerja dihadapanku yang tergendala. jaehyun hanya mengangguk. 

"aku pergi dulu" tempat duduk dikananku menjadi kosong. rupanya ada yang senasib dengan aku. sukakan orang itu tapi hurmm.

guru matapelajaran matematik memasukki kelas. jaemin yang menghilangkan diri ke kelas gyuri masih belum pulang. pasti dikelas gyuri tiada guru yang masuk.

"hana, jaemin mana?" soal guruku. buntu aku hendak menjawab. mahu menipu atau jujur sahaja?

"jae---"

"maaf saya ke tandas tadi" susuk tubuh jaemin berada di hadapan pintu kelas. guruku hanya mengangguk tanda dia membenarkan jaemin masuk ke kelas.

"fuh selamat" ujar jaemin perlahan tapi masih didengari aku, minji dan jeno disebelahnya.

"kau pergi mana tadi ?" bisik jeno

"jumpa buah hati hehe" 

tanganku tiba tiba sahaja terasa seperti digenggam. aku memandang minju. dia hanya menganggukkan kepalanya tanda aku boleh buat untuk move on daripada jaemin.

hujung mataku yang boleh menampakkan sisi buta terlihat jaehyun yang memandangku. aku mengalihkan pandangan ke arahnya. cepat cepat dia buat seperti tiada apa yang berlaku.

(C) Enchanted - Jaehyun JeongWhere stories live. Discover now