⋆。˚ ☁︎ ˚。⋆。 Enchanted - Jung Jaehyun ⋆。˚ ☁︎ ˚。⋆。
aku hadir ke sekolah seperti tiada apa apa yang berlaku. hari jadiku tahun ini benar benar membosankan. bagaikan di dunia baru.
"hai hana" tegur gyuri.
"happy birthday" aku tersenyum kepada gyuri. gyuri orang pertama yang mengucapkannya. aku bangga betul dengan kekasih jaemin ini.
langkahku dibawa ke kelas. kenapa seperti gelap gelita kelas aku ini? bukan patutnya pagi pagi seperti ini lampu sudah terbuka? tombol pintu aku buka.
"HAPPY BIRTHDAY HANA!" jerit rakan rakan kelasku. ouh patut lah mereka semua berpakat. awal betul diorang datang ke sekolah hari ini.
lagu selamat ulang tahun dinyanyikan oleh mereka. mata aku teralih ke arah jaehyun. dia tidak nyanyi pun lagu itu. sebaliknya dia menjerit supaya kami diam kerana kami menganggunya makan pagi.
siapa sahaja tidak terasa hati dengan perangai jaehyun? terus tiada moodaku untuk menyambut ulang tahun bersama rakan rakanku.
"hana, nah hadiah" minju menghulurkan satu kotak yang dihias cantik. aku memeluknya. sempat dia bisikkan sesuatu kepadaku. terkejut sungguh terkejut.
pintu diketuk. guru matapelajaran sejarah masuk ke kelas. pembelajaran dimulakan. dalam mindaku masih lagi terkenangkan bisikan minju. haish tidak mungkin dia seperti itu. aku percayakan dia.
"hana" panggil jeno perlahan. aku masih tidak berganjak kerana sibuk memikirkan bisikan minju.
"hana" suara jeno dikuatkan sedikit. masih lagi aku tidak berganjak.
"kim hana!" okey kali ini aku memandang jeno dengan muka terkejut.
dia memuncungkan bibirnya ke belakangku tanda ada orang sedang memanggilku.
ouh mark.
mark memanggilku untuk duduk di sebelahnya. aku hanya pergi ke arahnya tanpa berfikir apa apa.
"hana. kalau kau tak sanggup tahan dengan perangai jaehyun. lepaskan jaehyun hana" ujar mark
muka blur aku ditayangkan kepada mark. apa yang dia merepek ni? huh?
"hana, aku boleh treat kau lagi bagus dari jaehyun"
"ha? apa kau merepek ni? aku dengan jaehyun okey sahajalah"
"hana, kau nampak terseksa sendiri bila dengan dia"
aku geleng dan cepat cepat ke arah tempat dudukku.
jaemin yang berada dihadapanku sekarang memandang pelik.
"yah hana, kau okey? kenapa kau pucat tiba tiba ni?" ujar jaemin
aku menggeleng lagi. pandangan ku terarah ke belakang dimana beradanya tempat duduk jaehyun. dia bergelak sakan dengan yura sekali lagi.
keluhanku dilepaskan lagi.
aku menyeksa diriku lagi ke?
YOU ARE READING
(C) Enchanted - Jaehyun Jeong
RomanceSetiap yang diimpikan tidak semestinya harus memilikki